Kundasang: Desa Dairy Farm - Fatihah Fazlin

Sabtu, 30 Mei 2015

Kundasang: Desa Dairy Farm

Assalamualaikum..


Kundasang: Desa Dairy Farm | Hihi.. meneruskan satu lagi entry kesinambungan sempena kedatangan adik kesayangan ke negeri di bawah bayu ni. Memandangkan plan untuk ke pulau di batalkan atas sebab sebab tertentu, nik buat keputusan untuk ke Kundasang terus. Mula-mula rasa macam nak bermalam kat sana, tapi tak jadi jugak. eheksss..


Walaupun dah dua kali nik menapak kat Kundasang ni, tapi masa pergi kali ni tetap juga guna waze.. Maafkan kami.. Takut silap jalan sebenarnya. Tapi seriously senang je jalan nak pergi Kundasang ni.  Dari KK, just straight je jalan. Kalau jenis manusia yang suka berjalan, senang je korang nak sampai kundasang ni.  


Masa pergi hari tu, nik bertolak jam 8.30am dari kota kinabalu ke Kundasang. Jarak perjalanan dalam 100km macam tu. Terlambat sikit sebab masa tu baru balik dari kerja malam. So  korang kalau nak ke Kundasang ni better pergi awal sikit la. Lebih lebih lagi kalau nak balik ke KK petangnya. Banyak masa sikit untuk jalan-jalan. Jangan jadi macam nik, pergi lewat dah tak sempat nak singgah banyak tempat tempat lain. Tambah pulak pergi hari jumaat, nak solat jumaat lagi kan..




Tempat pertama yang kitaorang terjah di sini adalah Desa Dairy Farm. Tempat wajib lah ni kan. Macam yang orang ramai dok kata la, kat sini memang sejuk. Eh actually tak sejuk sangat-sangat tapi boleh rasa la jugak. Tapi tak panas.  Dalam kereta lagi dapat  rasa suasana nyaman Kundasang. Seronoknya orang orang sini kan? Malam malam takyah nak berkipas aircond bagai.

Tiket nak masuk Desa Dairy Farm ni RM4 seorang kalau tak silap nik. Tiket korang boleh beli kat pintu masuk dia. Tapi tak menahannya jalan dalam kawasan ladang ni tak bertar. Kenapa eh? Kalau bertar lagi best kot sebab berlubang dan tak rata. eh.. ke memang tak perlu nak tar? entah.





Sampai saje kat Desa Dairy Farm, terus turun tarik nafas. Best ! Hahaha. Bau lembu la kalau dah namanya kat ladang lembu. Tapi suasana dia tu yang bestnya.Sejuk berangin. Gambar kenangan haruslah banyak ye korang. hahaha. Kalau tak nanti menyesal sebab tak mengabadikan Kenangan di kaki Gunung Kinabalu ni.

Oh kalau korang nak tahu(bagi yang tak tahu) Desa Dairy Farm Mesilau ni jugak ornag panggil New Zeland in Sabah. Tengok jelah rumput-rumput dia tu, memang macam kat NZ dah kan?




Pemandangan dia memang cantik. Lagi cantik kalau ada kamera best! huaaa.. nik ni cuma guna kamera handphone je. Gambar jadi suam-suam kuku. humm..  Tapi kat sini kalau hujung minggu ramai orang. Penuh parking katanya. Nasib baik nik pergi hari bekerja. Orang tak ramai, tapi itulah. Dalam tak ramai tetap tunggu turn nak bergambar kat atas batu besar kat bawah ni. Nak posing pun tak syok sebab ada orang lain duk menengok.






Ini kesayangan saya. Amat! Si bongsu. Manja. Dalam telefon gambar dia je yang banyak.. Semua tempat gambar dia mesti ada. Kalau tak bagi monopod, merajuk.. haihh..


This is the view beberapa km sebelum jumpa Desa Dairy Farm, Mesilau. Subhanallah cantikkan? 



Amat ! 

Ini jugak hero kesayangan ! Dua dua tak menyempat nak posing maut. 
Tukang gambar nilah yang penatnya.



Ya ampunn.. bulat macam tembikai cina muka bila pakai spek ni.. Yang gemuk bertambah gemuk !

Kat belakang tu tempat jual sourvenir susu segar dari ladang.. Freshh oii.. Kami masuk tengok-tengok kejap je. Tapi si amat ni nak beli keychain pulak.. TERBELILAH dia fridge magnet barang saketul. Pastu kitaorang belu susu segar sekotak kongsi 4 orang. hehehe. Jimat. HAHAHA. Kami minum kat luar. Ada kerusi meja payung khas untuk duduk minum-minum. yeay...

Amat teguk sekotak air susu tu ! eh.


Orang nak pose, dia pun nak menyibuk jugak. 


 Yuyien.


Kami tiga beradik ! 



Dalam jam 12 tengahari. Kabus dah mula banyak yang muncul. Dan yang sayangnya, kami tak sempat nak bagi lembu-lembu ni makan. Tak sempat nak tengok lembu ni secara dekat. Tak sempat nak tengok cara pemprosesan  nak dapatkan susu lembu. huaaaa.. sebabnya kami datang sebelah pagi. Selalunya benda ni semua akan dibuat pada sebalah petang dalam jam 3. Tapi takpelah kan, takdak rezeki.. 



Ini penulis kamu. Happy yaww.. Lepas ni kita cerita destinasi kedua di Kundasang pulak ye.. Baibai.


Desa Diary Farm, Mesilau
Mesilau Highland, Kundasang, Ranau, Sabah
Tel: (+6088) - 889 562


3 ulasan:

  1. teringin nak pegi KK again huhu

    BalasPadam
  2. Da lama teringin nk g tmpt cam nie tp tu la..
    Takot naik kapal terbang..huhuhu..

    BalasPadam
  3. dua tahun lepas ada pergi desa Dairy farm..memang best!

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard