Novel Andai Itu TakdirNya 2, Meleleh Ayaq mata ! - Fatihah Fazlin

Jumaat, 29 Mei 2015

Novel Andai Itu TakdirNya 2, Meleleh Ayaq mata !

Assalamualaikum.


Sekarang ni susah sangat nak beli novel. Sempena edisi GST ni, semua kena cut cost ! Pakaian pun dah tak nak beli dah. Pakai je apa yang ada. Beli kalau ada yang sudi belanja je. Kalau dulu sebulan sekali akan ada satu atau dua novel, dan baju baru, sekarang a Big NO !







Intamu sesegar embun nan pagi

Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar mengeringkan
Segala keindahan yang penuh kepalsuan...




Novel Andai Itu Takdirnya 2, Meleleh Ayaq mata ! Benarkah kenyataan nik ni? Sesungguhnya ini benar tidak dustaa. Sedih yang amat sangat masa baca novel ni..sama sedihnya macam baca Andai Itu TakdirNya yang dulu beberapa tahun lepas. Dari awal sampai akhir memang melalak la dalam bilik sesorang. Lepas tu mulut tak berenti mengata kat Syed Aizril. Hisshhh. geram je ! 


Sampai satu tahap, rasa macam nak jadi Aleya, nak bangkit pukul dan marah kat Syed Aizril balik. Sesuka hati jeee nak layan anak orang macam tu..eeiii.. emo tau dak baca novel ni. Rasa macam dekat je dengan kita. Tapi tak nak lah jadi macam tu kan...


Oh..bagi sesiapa yang belum baca lagi novel ni, boleh ambik feel baca sinopsis dulu. Tapi lepas tu kena pergi beli lah sebuah sebab rugi tau kalau dah baca sinopsis tapi tak baca keseluruhan cerita. Insyaallah tak mengecewakan. Penulisan Siti Rosmizah memang best ! 

Sisnopsis:

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya.
“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”
Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana!
Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja.
“Aku dah tak sayangkan kau! Kau gagal jadi seorang isteri! Di hati aku kau dah tak ada! Kosong Aleya! Kosong!” Berkecai hati Aleya mendengarnya! Aleya terseksa! Hidupnya menderita! Dia dipisahkan dari anak-anaknya!
“Kau tak malu ke dengan jiran nak bagi makan dekat depan ni? Kau nak jadi pengemis kau punya pasal! Jangan kau nak buat anak-anak aku jadi pengemis sama!" 
Aleya nampak anak-anaknya melambai tangan padanya bersama air mata menitis-nitis di pipi mereka. 
“Kesian anak-anak aku Umi. Aku tak sempat bagi anak-anak aku makan. Kenapa dia layan aku macam pengemis? Ya Allah! Tak tertahan sakitnya perbuatan dia! Kuatkan aku ya Allah! Kuatkan aku!” Aleya menangis semahu-mahunya sambil memeluk erat bekas makanannya.
Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya!
“Leya masih isteri abang. Leya tanggungjawab abang.” Sebak suaranya.
“Isteri? Tanggungjawab? Layak ke saya jadi isteri pada orang yang terhormat macam awak Encik Aizril? Isteri yang dihalau macam anjing kurap! Isteri yang dicaci! Isteri yang dimaki! Dihina! Dicemuh! Masih layak ke perempuan macam saya jadi isteri awak Encik Aizril!” Jelas kelukaan pada setiap patah katanya.
“Abang akan terus berjuang sampai ke nafas abang yang terakhir! Apa jadi sekalipun Leya tetap akan jadi milik abang!” kata Syed Aizril bersama air mata basah di wajah.
“Saya akan pastikan hubungan saya dengan awak akan terlerai! Saya tak akan tunduk dengan awak lagi! Awak jangan harap saya akan masuk semula dalam sangkar hidup awak!”
Perlu ke Aleya berpaling lagi? Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Maafkan mama sayang, mama dah tak mampu menelan! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.


2 ulasan:

  1. Dulu zaman remaja suka jugak baca novel tapi bila dah start keje dah hilang dah mood membaca tu hehe

    BalasPadam
  2. OMG OMG OMG ! Memang kene beli lagi !!! Memang air mata Lia asyik meleleh je time bce andai itu takdirnya, nanti bce andai itu takdirnya 2 pasti dh banjir ! hahahha. tk sabarnye nk beli ! XD

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard