Nak buat Diet Atkins? Baca FAQ Ni Dulu. - Fatihah Fazlin

Ahad, 17 Mei 2015

Nak buat Diet Atkins? Baca FAQ Ni Dulu.

Assalamualaikum semua..

Bak kata Kelvin Zahri, nak start apa-apa diet sekalipun, kita mesti tahu dan faham 100% tentang diet tu dan ketahanan diri kita.  Tak semua orang mampu buat diet kalori dan tak semua orang mampu buat atkins. Study dulu dari A to Z. Kalau tak masaklah korang.




Pengalaman nik dulu..masa mula-mula nak start buat diet atkins... fuhh.. segalanya nik selongkar. Google habis pro dan contranya. Selama sebualan beratkins, alhamdulillah hasilnya lumayan. Cuma dah tak mampu nak teruskan sebab nafsu makan nasi mebuak buak dan allergik dengan telur. Terlampau lampau algergiknya,.. huaaaa

Okeyyy.. mari kita merungkai persoalan kalian dan nik sendiri dulu masa mula-mula nak start diet atkins...


1. Macam mana nak mula diet Atkins?
Soalan ni banyak yang ditanya dalam group FB Kelab Diet Atkins Malaysia tu. Pastu ramai akan jawab baca la attach file dan dokumen yang dorang dah sediakan. Kena rajin membaca. Betul tu. Ilmu kena cari. Fahamkan dulu apa itu diet Atkins. Google je kat internet ada banyak info pasal diet Atkins ni. Kalo nak personal aku ajar pon boleh gak. Komen je sini nanti iolls reply.

2. Milo tanpa gula/ susu boleh minum?
Milo tak boleh minum (fasa 1 2 3 tak boleh). Dalam milo sendiri dah ada gula. Apa-apa air yang rasa manis kalau boleh elakkanlah. Minum je air masak! 

3. Oat boleh makan?
Oat tak boleh makan dalam atkins sebab kandungan karbohidrat tinggi. Tapi ini adalah menu terbaik untuk diet kalori.

4. Serbuk perasa contoh lada sulah boleh guna dalam diet atkins atau tidak?
Serbuk perasa yang asli tanpa campuran garam dan gula serta tepung adalah digalakkan. Tetapi serbuk seperti serbuk kunyit, ajinomoto, kiub-kiub tu sume dah ada kandungan perasa tersembunyi yang mengandungi karbohidrat. So berhati-hati. Konkluksi, beli yang semulajadi !

5. Pil supplement 
Makan supplement untuk menampung segala jenis vitamin yang akan berkurangan sebab kita sedang diet. Supplement yang digalakkan contoh dari brand Blackmores. Nik ad ajumpa supliment dari ikan kod, kat label tulis 0 carbs. Mrand mc oceons.

6. Boleh ke derma darah semasa sedang dalam proses induction?
Boleh jika kiraan tekanan darah normal. Sebelum derma tu akan kena cek dulu. 

7. Collagen
Digalakan untuk berhenti ambil kolagen terutamanya serbuk kolagen kerana selalunya ia berperisa dan manis. Ingat apabila manis maka akan ada karbohidrat. 

8. Buah-Buahan
Buah tak boleh ambil semasa dalam fasa induksi dan fasa 2 diet atkins. Say no to sebarang buah-buahan. huuhu

9. Malam tak boleh makan ke?
Makan selewatnya lagi empat jam korang nak tidur. Kiranya tu last makan untuk kasi peluang kepada badan digest makanan tu. Kena pandai urus masa. Macam nik kerja syift ni, memang masak la.. hahaha

10. Ayam KFC boleh makan tak?
Ayam KFC boleh makan sekiranya korang gigih buang salut tepung ayam tu. Kalo rasa tak mampu nak buang sampai abis tepung dia maka anggaplah tak boleh makan. 

11. Sayur coleslaw KFC?
Sayur tu dah dicampur dengan kuah manis. Digalakkan takyah makan la ye.

12. Lobak merah dan tomato
Ini sayur yang selalunya ada dalam hampir kesemua makanan kat Malaysia ni. Sayur ni kalau fasa 1 elakkan. Manis dan kandungan karbohidrat agak tinggi.

13. Sembelit. Jalan penyelesaian?
-Minum air mengikut jumlah berat. 25kg = 1 liter air.
-Minum teh orang kampung tanpa gula.
-Minum cuka apple sesudu + air suam segelas setiap pagi.
-Minum psylium husk sesudu + air suam segelas atau lebih
-Minum apa2 air atau produk yang berfungsi untuk melawaskan sistem pembuangan asalkan tidak mengandungi karbohidrat yang tinggi dan masih dalam kawalan pengambilan karbohidrat yang dibenarkan sehari.

14. Nescafe / coffee addicted.
Pengambilan nescafe atau kopi masih boleh diambil sekiranya tanpa gula. Benda ni penulis asal kepada FAQ dah test kat dia sendiri. Cuma NO SUGAR ! Other suggestion, beli nescafe decaf, tak ada kaffien. Tau kan benda ni bahaya.

15. Low blood pressure leh buat diet Atkins tak?
Boleh. I am a low blood pressure person. Now dah improve. Diet macam biasa macam orang normal.

16. Cheat day boleh ke?
Cheat day tak digalakkan jika baru start Atkins. Percayalah sekali dah cheat maka korang akan selamanya cheat. Sampai bila pon tak kurus-kurus lah.. Contoh terdekat nik sendiri. Dan menyesal sampai sekarang. Reinduction dah jenuh !

17. Bila nak beralih fasa dari induction ke fasa 2, 3, atau 4?
Bila berat terkini sudah hampir 10kg atau 5kg ke berat ideal atau berat target. Peralihan fasa kedua hanya tambah 5g carb untuk melihat samada berat masih turun atau tidak. Jika tidak maka kekal di fasa 1 sehingga mencapai berat hampir kepada berat ideal/ target. Jika sudah mencapai berat yang hampir ke ideal, boleh terus kepada fasa 2 dan 3. Bila dah mencapai berat ideal, boleh berada didalam fasa 4 untuk lifetime maintenance.

18. Kenapa berat statik? Makan dah ikut seperti yang dicadangkan. Tapi masih statik?
-Cuba tambah lemak baik kedalam makanan diet Atkins anda. Contoh lemak baik : Mentega, butter, minyak zaitun. Eat fat to lost fat. Buat juga jadual pemakanan harian untuk semak semula dimana kesalahan atau makanan yang telah diambil berlebihan.
-Cuba tambah waktu rehat. Tidur dengan cukup. Kurangkan aktiviti yang memakan masa waktu tidur.
-Kurangkan stress, tekanan atau apa-apa yang menyebabkan korang tertekan. Jangan emosi dan cepat marah. Hormon dalam badan akan bertindak untuk defend badan bila korang stress so berat takkan turun.

19. Bagaimana mengira kandungan karbohidrat dalam sesuatu makanan?
Boleh google terus ataupon lihat kandungan nutrisi sesuatu paket makanan. Perlu lihat juga kandungan asas pembuatan makanan tersebut. Berhati-hati dengan kandungan makanan yang dilarang didalam diet Atkins tetapi karbonya masih rendah seperti yang ditunjuk didalam kandungan nutrisi walhal sebenarnya mengandungi karbohidrat tersembunyi.

20. Makan telur banyak, tak tinggi kolesterol ke?
Penulis asal artikel ni dah test kat diri sendiri. Telur paling banyak sehari makan sampai 10biji. Setakat ni ok je level kolesterol (baru ni buat medical check up. Tapi lain tubuh lain tindakbalasnya. Kalau nik dulu tak boleh ambik telur lebih 2 biji sehari. Allergic. Bab kolestrol nik dah cek, im okey with that. :) 

21. Injection vitamin c atau injection kecantikan, ganggu diet atau tidak?
Yang ni pun, penulis asal kata dia sendir cuba. Tak mengganggu diet Atkins, malah kesan lebih cepat sebab toxin cepat kuar dari badan bila kita buat injection vitamin c / kecantikan ni.

22. Apa menu diet atkins?
Sila rujuk menu diet atkins nik ye.. tak pun google je la. Berlambak kat google ni..Yang femes dengan pengamal atkins ialah telur, ayam, daging, ikan, sayur, air kosong dan air teh hijau, termasuklah cuka apple dan juga produk melawaskan pembuangan yang masih dalam kandungan karbohidrat terkawal. Selain daripada tu TAK BOLEH! Srevia boleh. 



23. Ibu menyusu anak boleh diet Atkins?
For me, tak digalakkan. Lepas BF anak pun boleh lagi. 

24. Sukatan makanan harian
Semua makanan yang dibenarkan dalam diet Atkins boleh diambil tetapi korang kena jaga-jaga sukatan makanan yang korang makan. Contoh: Kobis boleh dimakan tetapi perlu disukat pengambilannye untuk sehari. Jangan terlebih had 20g carb (untuk induction phase). Contoh lain, brokoli dan bunga kobis boleh dimakan tetapi harus disukat. Bukan orang kata boleh makan tapi korang melantak makan kubis bunga dan brokoli banyak-banyak. Buat portion makanan untuk 3 kali makan sehari atau 4 kali makan sehari. Jika terlebih pengambilan karbohidrat maka ketosis tidak berlaku.

25. Menu sebenar dalam diet Atkins?
Menu yang paling digalakkan dalam diet Atkins adalah SAYUR HIJAU. Seeloknya 80% dari diet induction phase adalah daripada sayur. 20g carb yang perlu diambil, 80% daripadanya adalah digalakkan daripada sayur-sayuran yang dibenarkan dalam Atkins.

26. Boleh ke makan buah pagi + air, pastu tghari n ptg sambung mkn makanan atkins?
Boleh tapi kalo dalam fasa 3 4 boleh la. Kalo fasa 1 dan 2 masih tak boleh lagi. Ye berat akan turun, tapi ketosis lambat. Kenapa nak risaukan ketosis even berat turun? bacalah di SINI.


Bila dah abis baca ni, esok korang dah boleh slow slow mulakan atkins. Bagi yang baru nak mencuba, good luck. Jangan mudah putus asa. Ramai dah kawan-kawan lain yang dah berjaya kurus. 

Untuk pengetahuan FAQ ni dibuat oleh atkiners yang nik lupa siapa. Blognya pun nik cari tak jumpa. Awak, saya share perkongsian awak kat blog saya ye. Kalau awak baca bagitahu ye, saya akan buat backlins. Terima kasih sebab share something yang bermanfaat ni..



7 ulasan:

  1. yeah... sye pernah ber atkins jgk last year.. dh turun 10 kg n dah naik smule 5kg... nak cuba reinduction smule tapi ntah laa asyik kelaut jek.... tp turun gak 2-3 kg then berat pn mcm dh statik kowt skung.. sadis btol... hahaahhaha!! xtau nk buat cmno dh... ade tips x..?? hihihi! other than cuba mkn lemak baik ape lg... istiqomah...

    BalasPadam
  2. dengar jugak diet ni kurang elok. Bila tak ambil carb, supplement lain pun kurang.. cth, tak makan nasi, khasiat dr lauk dan sayur pun kita tak ambil sangat. Unless kalau ratah. Tp khasiat dr nasi tu pun kita x dapat. Pas tu katanya baik diet secara seimbang. makan je apa saja dlm kuantiti tertentu dan workout hari2..bakar balik kalori yg kita dh makan tu. Cik Anis dh try..alhamdulillah..berjaya..turun 8 kilo dlm 8 bulan. Lambat, tapi maintain.hehe

    BalasPadam
  3. pernah buat dulu, then i give up..hahaha..

    BalasPadam
  4. kakmi pernah buat...alhamdulillah hampir berjaya tapi x sempat nak teruskan coz kakmi dah pegnen (masa anak sulung)......

    BalasPadam
  5. dulu pernah amalkan.. kejap je... hoho

    BalasPadam
  6. pergh... banyaknya rules!!! baru nak berjinak2 belajo pasal diet atkins ni.

    BalasPadam
  7. saya baru nak jinak2 ngn atkins ni hahaha
    sejak bergelar penganggur bebas ni lemak pun smkin bermaharajalela sedihh baq hang

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard