Resepi: Sup telur mudah dan simple. - Fatihah Fazlin

Jumaat, 14 Ogos 2015

Resepi: Sup telur mudah dan simple.

Assalamualaikum..

Hai korang. Salam Jumaat !

Sup telur mudah dan simple | Siapa pernah buat sup telur ni? Huaaa.. seriously ni baru tahu adanya resepi sebegini.. Telur pun boleh buat sup? Aku yang duduk di gua ke atau mereka yang biasa buat ni terlau canggih? hahaha.



Memandangkan nik ni jenis yang suka masak(baru suka dulu tak suka), so sup telur ni memang kira the best resepi la. Sebab senang gila nak buat. Nak nak lagi bagi yang pemalas tahap gaban tu. krik krik.

Meh korang.. ramai ramai kita buat sup telur! hahaha.. nik kongsikan resepi dan cara nik yang tak seberapa ni ye. Insyallah boleh telan. hahah

Bahan bahan sup telur:

Telur 4 biji
Ubi kentang
Kiub ayam/Sup bunjut
Sohun
Halia
1 biji bawang besar
1 biji bawang merah (hilis halus)
1 biji bawang putih (hilis halus)

Macam biasa, cara nak buat sup telur ni tak susah, malah senang yang amat. Tumis dulu hirisan bawang merah dan bawang putih.. Bila dah macam naik bau, masukkan 5 cawan air. 

Lepas tu m asukkan je terus halia dan ubi kentang(kalau nak rebus awal pun boleh). 

Bila ubi kentang dah empuk, masukkan telur. Ada tips yang nik baca.. nak masukan telur tu korang pecahkan telur dalam sudip. Masukkan perlahan lahan dalam periuk..  

Lepas tu boleh masukkan sohun yang dah di rendam dalam air panas. Masa ni jugak boleh masukan bawang besar. Last sekali boleh masukan kiub ayam. Tapi nik tak guna kiub ayam. Nik guna sub bunjut biasa je. Mana-mana pun boleh ye korang. 

Then sup telur ayam korang dah siap. ! Selamat mencuba.

7 ulasan:

  1. senang.. dan nampak menyelerakan.. boleh jadi menu kalau nak cepat.. ^_^

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ;D

    saya jual iphone,samsung,oppo,powerbank dan gadjet lain.
    jemput singgah blog saya

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    dan ig saya @nurnasuha96_

    whatsapp : +60196117811

    BalasPadam
  3. dapnyeee..tengah2 sakit ni, kalau ade orang masakkan macam ni pun rasa dah bersyukur sangat2,,huhu

    Advanced Joint Health: Apa beza Gajah Afrika dan Gajah Asia?

    BalasPadam
  4. Sedap ker nik? Mana sedap dgn sayur air pecah telur hehe

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard