Cara letak "MESEJ HELP" dan nombor telefon waris di lock screen jika kecemasan - Fatihah Fazlin

Sabtu, 8 Ogos 2015

Cara letak "MESEJ HELP" dan nombor telefon waris di lock screen jika kecemasan

Assalamualaikum..


Cara letak "MESEJ HELP" dan nombor telefon waris di lock screen jika kecemasan | Masa duk tengah sibuk sibuk kerja pagi tadi, sempat nik berbual dengan best friend forever and ever *lah sangat* pasal handphone. Dia la yang mula dulu. Dia kata di handphone kita ni ada satu cara untuk  letak "MESEJ HELP" dan nombor telefon waris di lock screen jika berlaku kecemasan.

Rupanya senang je. Dengan cara ni, kalau kata kita tertinggal handphone di mana-mana, then no waris yang kita akan setting nanti akan sentiasa ada kat lock screen kita. Ini bagi smartphone yang buat screen lock la ye..

Oh untuk makluman, fon nik guna ni Samsung Galaxy Note 3. So munggkin ada beza la sikit sebanyak kalau korang guna fon lain eh.

First, korang kena pergi dekat SETTING.  Dekat setting tu korang kena pilih bahagian Device. Sesetengah fon kena pilih display. Cek satu satu ye. Then scroll ke bawah tekan kat LOCK SCREEN.


Lepas tu dia akan keluar macam kat bawah ni kan.. Korang kena pilih Owner Information. Dia berbeza ikut fon. Macam kawan ni, fon dia tulis Owner Info. Tengok yang dekat-dekat sama, dialah tu. hhihi



Bila korang tekan kat owner information tu dia akan kelua pop up macam kat bawah ni. Haaa.. kat dalam tu korang boleh la tulis apa yang korang nak tulis. Make sure tulis juga no telefon yang boleh dihubungi kalau berlaku kecemasan nanti ye. Tekan OK. Siap !




Dan korang boleh tengok hasilnya kat lock screen korang la. Insyaallah menjadi. Ni ha kat bawah ni contoh kat telefon nik.. hehehe... Amacam..



Selamat Mencuba....

1 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard