Apa ada di Empangan Selangor? - Fatihah Fazlin

Khamis, 29 Oktober 2015

Apa ada di Empangan Selangor?

ASSALAMUALAIKUM..

Hi korang...
Sementara tengah rehat ni, nak ambik masa sikit untuk update blog. Petang kelmarin alkisahnya kawan nik ajak makan lepas balik kerja tu. Demi tidak menghampakan orang jauh, so nik pun okey jelah. Lagipun kalau balik kerja duduk kat bilik tu memang boring sangat. Memang ternanti-nanti orang ajak keluar. So, sebelum pergi makan tu, nik decide nak pergi tengok sunset kat Empangan Selangor dulu. Sebab dah lama sangat tak tengok. Tapi sayangnya takde sunset. Apa yang ada?

Apa ada di Empangan Selangor?


Sejak menetap di Hulu Selangor ni, dah banyak kali dah nik singgah kat Empangan Selangor ni. Jatuh cinta dengan viewnya yang memang sangat cantik dan sejuk mata memandang sejak kali pertama singgah dulu. Memula singgah dulu masa nik otw nak balik kampung ikut jalan Bukit Fraser. Serius best korang. Dan tempat ni macam dah popular dah. Sebab bila nik google, ramai kot yang pernah datang sini.




Mohon maaf sebab letak gambar yang ada muka ambo gedabak besar kat situ. hahahaha. Lets focus at the view. Subhanallah cantik. Sebab tu nik suka datang sini sambil termenung mengadap Empangan. Almaklumlah, kat sini takde laut. Bagi pencinta laut macam nik ni, dapat tengok benda cantik macam ni pun kira okey dah.




Nik rasa kalau nampak awan lagi cantik kan? Ni masih musin jerebu so awan pun malu-malu nak keluar. hahaha. Korang kalau datang Hulu Selangor, terutamanya Kuala Kubu Bharu jangan lupa singgah sekejap sini tau. Kalau nak berkelah kat sini pun boleh rasanya. Kalau hari minggu ada penjual aiskrim. Bawak anak-anak! best! 



Tapi, sayang sikitlah... kalau korang tengok ada sampah yang dibuang merata tempat. Tak terkutip dan dikutip. Sedikit mencacatkan tarikan pada tempat ni. Mungkin kena letak tong sampah kat sini sebab setiap kali nik datang sini memang ramai je orang yang menyinggah. so, kemungkinan untuk dorang buang sampah tu tinggi. -_-

Akhir sekali, terimalah 'peace' dari nik. hahahaha. Eh, btw korang Empangan Hulu selangor ni dekat je dengan Bukit Kutu yang ni kononnya daki hari tu. Dekat jugak dengan Sungai Chilling. Dan dekat jugak dengan Lata Medang dan Sungai Pertak. Semua satu jalan dan korang akan sampai di Empangan ni dulu kalau dari KKB..tu je nak bagitahu..

Ada dua tiga empat entry lagi dalam draft ni. Tak sempat nak siapkan. 


2 ulasan:

  1. cantik view dia...lain kali ambik gmbr full laaa...boleh nak usha tmpt ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. tak terfikir pulak.. xpe nanti akan g lagi sini insyaallah... kita ambik setiap sudut full.

      Padam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard