Misi menawan Bukit Kutu? - Fatihah Fazlin

Isnin, 26 Oktober 2015

Misi menawan Bukit Kutu?

Assalamualaikum.


Yes!!! Saya excited dan bersemangat untuk daki bukit kutu! 

Misi menawan Bukit Kutu.. berjayakah? Fuhh.. Kelmarin 25 Oktober nik dan beberapa kawan newbie yang lain cuba cabar diri untuk mendaki bukit kutu, untuk kali pertama. 

Perasaan nak mendaki dah lama muncul, cuma banyak kekangan. Kelmarin tanpa plan awal, kami redah wa tawakal. Masing masing semangat nak mendai Bukit Kutu yang ketinggiannya lebih 1000m dari paras laut. Yang nik baca, kalau ketinggian melebihi 1000m, dah boleh dikatogerikan sebagai gunung. Hehehe. So we gonna hike the mountain?? 

Jam 7.30am kami bertolak dari Kkb. Beli sarapan dulu Di dataran KKB yang harganya mahal dan tak sanggup dah nak beli. Sorry. Lepas tu terus bertolak ke Kampung Pertak, perkampungan orang asli moden. Yang mana tak jauh pun dari pekan KKB. tak sampai 15 minit berkereta. Kat kg Pertak nilah kaki Bukit Kutu. Kita akan start kat sini. 

Dah namanya newbie. Memang newbie lah jugak. Cuma confident je lebih. Hahaha. Dah la tak tahu jalan. So dengan rendah diri kami sepakat ikut je geng-geng di depan kami tanpa sepatah kata. 

Berikut adalah beberapa gambar hari kejadian.

Dalam sejam lebih mendaki... sampai kat sini. Masa ni muka boleh senyum lagi sebab duk teringat view cantil kat puncak. Padahal kat sini ni kami dah jauh salah jalan. Simpang yang sepatutnya sudah jauh kami tinggalka ... makaaa... 

Tinggi. Nik meranggkak naik kat atas.
Seronok berjalan. Tak tergesa-gesa. Rilek. Sambil nikmati keindahan hutan. 

Mereka dah kedepan. Ambo sibuk selfie.

Takdelah ke depan sangat. Ambo masih boleh kejar lagi. Yang paling depan tuhhh.  Semangat betul. Dia tak tau dah salah jalan. Kami semua sama-sama tak tau.

Berpeluh pun senyum je.. 

Where??? Mana bukit Kutu???? Masa ni nak dekat dah. Tapi bukan dekat dengan Bukit Kutu.. dekat dengan Lata Medang. Sedih.

Kami nak naik Bukit Kutu. Nak melihat pemandangan indah dari puncaknya yang ohsem. Nak melihat ciptaan Allah yang tiada tandingan.. tapi sayang. Geng yang kami ikut dari belakang tu rupanya berhaluan lain. Mereka menuju ke Lata Medang dan kami hanya sedar itu semua bila dah sampai ke Lata Medang yang masyaallah view air terjunnya superb cantik dan hebat. 

Jumpa satu pasangan tepi air terjun ni. Nik tanyalah dorang..

Nik: kak... Sebelah mana jalan ke Bukit Kutu ek?

Akak: salah jalan ni dik. Bukit Kutu simpang kanan masa awal2 tadi lagi. 

Nik: hahh??? 

Akak: *senyum* *macam nak gelak pun ada* takpe dik.. sini pun okey. Boleh mandi. 

Nik: Ala.. frustnya macam ni.

Akak: Naik lagi next time ye. 

Masa ni dah rasa macam nak rebah je. Hahaha. Bukan sebab penat, tapi kecewa. Betapa ai is bersungguh sungguh dalam perjalanan tu. 

Hampa. Mula-mula rasa geram sangat. Marah kat diri sendiri. Rasa sia-sia. Dua jam kami bersemangat nak menuju ke puncak Bukit Kutu. Tapi akhirnya sampai ke tempat lain. Simpang yang kami sepatutnya ke kanan tapi kami ke kiri. Sedih. Kecewa.  Misi menawan Bukit Kutu untik kali pertama gagal kerana silap percaturan. Hahaha. Next time insyaallah. Dalam masa terdekat. 

Tapi.. walaupun pendakian ni tak capai matlamat, nik bangga. Sebab nik mampu berjalan 2 jam mendaki untuk ke Lata Medang. Walaupun penatnya hanya Allah je yang tahu. Hehe. 

5 ulasan:

  1. alamakkk....seronoknyaaa....fatihah...nanti karang kalau ada apa - apa cerita best yang mencabar cerita dekat belog ehhh...... yaya suka...
    fatihah...yaya nak jemput join pertandingan Dove .... mana tahu bertuah ... dapat rangkaian produk Dove bernilai RM100 !! ^_^

    http://www.yayacendana.com/2015/10/peluang-mendapatkan-rangkaian-produk.html

    goodluck tauuu ^_^

    BalasPadam
  2. akk dh tak larat nak naik bukit lagi hahahaha..mengahhhhh hahahhahahaha

    BalasPadam
  3. Bestnya..dah lama tinggalkan benda2 mcm ni...:)

    BalasPadam
  4. tak apa..yakin ada hikmahnya..pasti..Allah lebih tahu kan...

    BalasPadam
  5. seronoknya.. lama tak hiking... tak dak geng..

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard