Berjalan lagi di Bukit Fraser. - Fatihah Fazlin

Isnin, 26 Oktober 2015

Berjalan lagi di Bukit Fraser.

Assalamualaikum.

Setiap entry ada gambar harus ada gambar jam ni. Hahaha. 


Berjalan lagi di Bukit Fraser | Macam biasalah.. bila tiba je hari minggu, nik akan mereput dalam bilik for the whole day. Sadis betul hidup tanpa kawan ni kan. But itsokey. Dah biasa. Dah lali.. boring-boring boleh je turun ofis. Dekat, kalau sendawa pun boleh dengar. Ahaaa..

Ni entry sambungan jalan-jalan di BukitFraser hari tu tau. Ada a few tempat yang ni tak cerita kat entry tu, so now...here, new entry. *dah apasal omputeh sangat ni*

AMARAN..
Amaran sekali lagi, Bukit Fraser bukan sejenis tempat untuk berhuha huhu.. but tempat untuk relaxing.. untuk korang keluar dari kepompong stress and whatsoever. !

Okey boleh teruskan.

Allan's Water
Tempat ni bersebelahan je dengan Strawberry farm tu. *baca sini*. Actually nik parking pun depan pintu utama Allan's water. Masa kami sampai. Takde orang pun. Tempat cantik. Macam tasik la. Dikelilingi pokok-pokok hijau.

Pintu masuk. Sebelah kanan dia nilah Farm yg ada strawberry tu.

Nak masuk tempat ni free of charge je. Cuma kalau nak buat apa-apa aktiviti lain tu.. adalah bayaran dia. Korang boleh refer kat bawah.


Meh selfie dengan muka penat nak tido.. dari kelantan.. hantar adik kat uitm jengka.. lepastu patah balik ke lipis-raub.. naik bukit fraser untuk ke Kkb. 

Ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan kat Allan's Water ni Kalau berminatlah. Hahaa.. Yang nik nampak best ada belon besar. Kalau tak salah, kita boleh masuk belon tu and jalan-jalan atas air. Tapi ni tak berminat pun nak try. Just tengok tengok je.




Memandangakan si kawan ni,jenis yang suka sangat nak explore tempat yang dia tak pernah pergi.. dia pergi semua jalan yang ada kat Bukit Fraser ni. Sebelah jalan semua gaung okey. Gayat tak boleh cerita. Tapi yang bestnya dapat tengok beberapa banglo cantik cantik macam oversea.. pemiliknya nik tak tahu pun.  Kalau ada rezeki lebih nak jugak buat banglo kat tempat tinggi macam ni. Berangan dulu...


One f the bungalow.. Nak masuk minum teh panas, tapi takdak sapa jemput. Hahaha. Patah balik jelah..

Lepas tu kami cuba seeking for air terjun. Cari punya cari tak jumpa. Haiyaaa.. tak tahu air terjun tu pergi mana. So kami decide untuk pergi makan. Kedai makan tu sebelahnya ada masjid. Rasanya masjid bersar Bukit Fraser kot. So senanglah nak solat ke apa. 


Bestnya makan sini. Udara lembab tak panas. Sesambil layan view cantik dan selfie. !

Sambil makan hadap the greenies.. Syokkk.


Menjelang petang, kami turun. Cukup sehari je nak menjelajah Bukit Fraser. Tu pun byk masa dihabiskan untuk google tempat-tempat best. Pelik gak.. dah pergi baru sibuk nak google. Terkapai kapai kat atas tu. Haha.

Soon.. nak pergi naik Bukit Kutu..newbie hiking.. waaaa.. tak sabar. Jom siapa-siapa nak join sama.. kita baru nak cari geng.


4 ulasan:

  1. Waah. bestnya pergi bukit fraser. pemandangan pun cantik. kalaulah saya ada masa dan ongkos, nak pergi jugaklah one day. jelez tengok gambar orang je.. huhuuu

    BalasPadam
  2. rinduuunyee bukit fraser... dulu gi time kcik2 jee,,, huhu

    BalasPadam
  3. wah bestnya
    iena tak pernah sampai sini lagi
    selalu juga dgr cerita dr member
    teringin nk pergi tp xde masa lg :(

    BalasPadam
  4. Tak jumpa ladang kuda ke? aritu akak g. Cantik.

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard