Maaf Jika Aku Tak Sempurna. - Fatihah Fazlin

Selasa, 28 Oktober 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna.

ASSALAMUALAIKUM.



ADAPTASI NOVEL-ACIK LANA

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. 

Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.
Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. 

Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?





Maaf Jika Aku Tak Sempurna.  

Kalau ikutkan nik tak berapa tengok sangat cerita ni. Tapi, serius cakap novel dia memang best, sebab nik ada baca. Cerita drama ni nik tengok gitu-gitu je sebab tak sempat. Kerja. Kalau tengok pun, tengok secara online.

SIARAN : Slot Akasia 2014   
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Fahrin Ahmad, Sara Ali, Zamarul Hisyam, Amy Mastura, Tasha Shilla, Shella Faeiz, Sabreena Ibrahim, Reza Hasbi, Ika Nabella

  LAGU TEMA / OST  Liza Hanim - Egoismu

Ramai yang kata best. Nik rasa meamng best sebab sambutan pun memang terbaik. Sana sini orang duk bercerita. Nik suka lakonan Sara Ali dan Ika Nabila sampai gigih pergi follow mereka berdua ni kat IG. hahaha. Fahrin Ahmad pula macam biasalah. Dia kan memang pelakon senior. Sorry to peminat Fahrin, sebab nik tak berapa minat kat abang sado korang ni. hehehe. Kalau Izzue Islam jadi hero, baru nik komen banyak sikit.

Tapi lakonan Ika Nabila memang terbaik nik tengok. Walaupun sempat tonton beberapa episod je tapi bila tengok Ika bawa watak tu, memang rasa feel sangat. Nampak la kesungguhan dia. Memang watak Sarah tu dia dapat bawak betul-betul. Bila nik tengok Sara Ali pula dalam drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna ni, nik jadi teringat kat Sofea Jane. Susuk tubuh kot yang sama. Entah. 

Drama dah habis baru nik buat entry pasal cerita Maaf Jika Aku Tak Sempurna ni. hahaha. Biasalah, nik kalau bab movie dan drama ni nik memang terlewat daripada biasa. Lagipun nik jarang tengok tv. Lepas ni, memang nik nak tonton online je drama ni slow-slow.  

Korang kalau nak tonton drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna ni, boleh tengok kat tempat yang nik tengok ni ye.




Okey. itu je dulu kot. hehehe. Jumpa lagi korang.  

10 ulasan:

  1. Puas hati dapat tengok ending dia walaupon banyak termissed cite bahagian tengah hehe

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/5-energy-booster-yang-diperlukan-ibu-hamil.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha.. kann... nik dah marathon 31 episod semalam... sedih pulak espisod2 last tu.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Nik sempat juga review...yg layan hari2 langsung tak update.
    Skrg kemaruk ShafiqKyle pulak.....hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe. Sebab novel dia best kak zana. Tu nik cerita sini. Cerita dlm drama pun sama dalam novel..

      Padam
  4. tgk masa dia kahwen je huhu..
    salam perkenalan
    jemput join segmen ni..http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/10/9-awesome-blogs-of-month.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal.. terima kasih sudi singgah..

      Hehehe.. yg kahwin tu episod awal2 lagi.. kena tgok yg tgh2 tu best.

      Padam
  5. sebenarnya tak pernah tengok pun cerita ni hehe..tapi macam best je..

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard