Puteri...Dia Suami Nur! (PART 3) - Fatihah Fazlin

Sabtu, 12 April 2014

Puteri...Dia Suami Nur! (PART 3)



Terasa lama menunggu.. jam sudah menginjak ke pukul 6.30 petang. Tak senang duduk aku. Terus, laju saja aku capai telefon bimbit dalam handbag dan menghantar sms pada suami. 

"Nur balik naik teksi. Sorry"

Pendek saja. Tanpa menunggu lama aku terus menahan sebuah teksi. Dulu sebelum kahwin, sebelum ada kereta aku memang biasa jugak naik teksi ni. Takde lah takut sangat. 

Suami? Humm..entahlah. Jarang dia lambat menjemputku. Aku tak tahu kenapa hari ni boleh jadi begini. Pulak tu tiada langsung dia memaklumkan padaku. Kalau ya pun busy, takkan lah tak boleh luang masa satu dua saat taip sms suruh aku balik dengan teksi ke apa ke. Selalunya, kalau banyak kerja sangat pun, dia akan minta Kak Lizah, merangkap setiausahanya menelefon aku. Bukan aku marah pun kalau dia sibuk dan maklumkan aku awal-awal. Sikit pun Aku tidak kisah sebab aku tahu skop kerjanya bagaimana. Aduhaai.. Rasa nak menangis dalam teksi je ni. 

Sebolehnya tidak mahu hatiku untuk terus bersangka buruk, hari aku wanita, aku isterinya. Mengenangkan kejadian tengahari tadi buat aku berfikir balik. Allah.. jangan palingkan hati suamiku. 

"Dik, Persint 16 kan?" Abang driver teksi bertanya. Tengah aku melayan perasaan jugaklah dia nak bertanya. Nasib baik mampu cover air mata yang nak meluncur jatuh. 

"Ye bang, Err..tapi tak jadilah, abang stop dekat Alamanda je." 

Aku mengubah fikiran saat akhir. Takdelah akhir sangat. Hehehe. 

Singgah di sanalah. Boleh aku window shopping. Melegakan rasa berat yang menerjah. Bab solat, no worries. Kat sanakan ada surau kecil. Tak jadi masalah. Kain telekung pun aku rasa ada, sebab dah banyak kali shopping kat sana, aku solat. Ada je kain telekung.  

Aku menyandarkan diri pada seat. Merehatkan fikiran. Nafas ku tarik dalam-dalam tapi perlahan. Aku hembus perlahan. Ya Allah. Apalah perasaan yang sedang bermain di benakku sekarang ni. Aku sedang mencurigai suami sendiri ! Salahkah aku? Salahkah aku kerana cemburu melihat suamiku melayan kawan baikku sendiri? Salahkah aku terasa tersisih? Salahkah aku membawa diri ke Alamanda ni? Erkk???  Ohmen. Bab ke Alamanda ni memang silap. Aku kena maklumkan!  Ya. Tak baik keluar rumah tanpa izin suami. Acapkali si suami berpesan. Acapkali juga mama mengingatkan. Nasib baik Nur tak lupa. Hehehe.  Terus laju aku membuka lock screen telefon. Aku  sms suami. Eh, silap whatsapp! Tadi pun aku whatsapp juga, bukan sms lupa..  apala Nur ni. 

Dunia dah maju. Orang dah tak guna sms biasa lagi.. ambik! 

"Nur dalam teksi. Nak pergi shopping" 

Ada tanda right, bermakna whatsapp aku sudah sampai ke telefon suami. Tapi sayang, tak berbalas. 

Setelah menyerahkan beberapa kepingan wang kertas kepada pemandu teksi, aku turun. Menuju ke bilik surau di shopping kompleks yang besar macam gajah ni. Usai solat dan make up ala kadar, aku mula jalan-jalan. Dah bagitahu tadikan, nak window shopping je. Hehehe. Bab duit ni, aku memang bakhil sikit.. Bukan apa, aku berjimat untuk masa depan. Mana tahu sebelum umur 30 aku mampu kumpul duit nak pergi haji atau umrah. Cita-cita aku yang paling utama tu sekarang. Kalau boleh nak pergi dengan suami, mama dan abah.  

Aku round satu Alamanda. Dari tingkat bawah ke tingkat atas. Kedai yang berkenan di hati aku singgah. Mencari sehelai dua blouse yang boleh di pakai untuk ke pejabat. Mencari sehelai tudung untuk di 'matching'kan dengan baju yang dibeli. Tidak susah pun untuk aku memilih. Kain sejuk dan tak jarang, tak ketat, aku balun je. Asalkan menutup aurat. Alhamdulillah. Bab aurat memang aku amat menjaganya sejak dari bangku sekolah lagi.  Moga Allah tetapkan hati aku untuk itu. Mujahidah itu pahit kerana syurga itu manis. Kan?Dalam al-quran ada banyak kalam Allah yang menerangkan tentang wanita dan aurat. 

Contohnya, firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud;
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`araf, ayat 26 yang pun sama, Allah berpesan pada kita yang bermaksud;
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” 

Sampai malam aku berlegar-legar di Alamanda. Aku tahu aku berdosa dengan suamiku. Tapi dia langsung tidak menghubungiku. Telefonku langsung tidak berbunyi. Mungkin dia tidak risau akan aku, mungkin tidak mencari aku.

Tiada ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard