"Gat! Gat! Tunggu."
Amboiii sedap mulut atuk tu panggil laki aku gat gat. Ingat laki aku ni burung gagak hitam tu ke? Tak de insurans la mulut si atuk pemanggil ni. Aku marah dalam hati.
Cuba teka siapa yang panggil.? Encik Junaidi! Kenal pula dia dengan suami kecintaan aku ni! Tadi marah aku, sekarang ada hati nak panggil laki aku 'gat'. Tumbuk kang!
Tak jadi kami suami isteri masuk ke perut kereta.
"Itulah bos Nur abang. Yang marah Nur." Bisikku pada si suami. Nak juga aku tengok apa tindakan suami aku. Tapi aku tahu Megat Zamani ni bukan jenis yang cepat melatah. Dia cool. Macam cool fever. Erkk.
Suamiku mengangguk. Seolah-olah memberi isyarat 'okey tahulah macam mana abang gayang dia nanti'.
"Buat apa kat sini Gat? Sorrylah tak pergi majlis kau hari tu, abang ada hal kena hantar anak masuk kolej." Mereka bersalaman. Macam kawan lama aja lagaknya.
"No hal la abang Jun. Nanti majlis lain ada lagi." Suamiku ramah melayan. Si Encik Junaidi boleh pula bersenyum simpul depan suamiku. Dengan aku dan staf lain kat pejabat masam macam mempelam. Asyik marah-marah. Aku dipanggil suami mendekati mereka berdua. Jam aku tatap sekilas. Dekat pukul 5 sudah. Asarku belum di tunaikan.
"Hai Encik Junaidi" aku cuba menegur. Di jelingnya aku separa maut. Ceh!
"Kawan kau ke ni Gat? Bini kat rumah macam mana, tak marah?"
"Bini saya okey bang. " ujar suamiku sambil ketawa.
"Kau jangan Gat. Melambung periuk belanga nanti. Si Nur ni staf aku kat office. Kerja office tak terurus, boleh pula keluar dengan laki orang. Awak ni Nur..." bebel Encik Junaidi panjang.
Amboi...bila masa aku keluar dengan laki orang? Kerja office tak terurus sebab ada bos macam you Encik Junaidi. We all dah buat the best, tapi you yang selalu merungut. Ini salah.itu tak kena. Ini tak betul. Itu buat lain. Benda simple tapi you yang rumitkan! Aku menjawab dalam hati. Sakit hatiku biar saja aku simpan. Rasa hormat pada bos dan golongan 'warga emas' masih lagi menebal.
"Bang, Nur ni isteri saya bang!" Nah!! Ambik kau sebiji Encik Junaidi. Membuntang matanya. Terkejut monyet la tu.
Aku hadiahkan senyuman paling manis.
"Laa..Si Nur ni isteri kau ke Gat? Kenapa abang tak tahu? Maaflah." Senang ye minta maaf. Nasib baik saya ni baik orangnya Encik Junaidi. Kalau tak saya suruh suami kesayangan saya ni picit-picit hidung besar awak tu!
"No problem bang. Tapi betul ke isteri saya ni tak buat kerja? Kat rumah tip top pula prestasinya." Se'das' lagi tembakan dari suamiku. Dish. Dush. Dish. Dush. Aku tahan ketawaku. Dalam diam aku berterima kasih pada si suami kerana membelaku. Cayalah abang. You are the best.
"Tadi ada dia cerita, kena marah kat bos. Dia ni kalau kena marah, saya la yang jadi mangsa. Tapi tulah, saya pun tak suka orang marah-marah dia, menenking apatah lagi. Kalau betul dia silap, marah boleh tapi biarlah marah tu dalam nada mengajar dan menasihat. Kan bang?" Suami aku menyambung lagi. Syok gila dipertahan suami sendiri. He he he.
Aku tengok air muka Encik Junaidi dah mula berubah waktu itu. Kesian juga. Suamiku ini boleh tahan juga menyindir. Tapi aku tahu dia berani cakap begitu sebab dia kenal Encik Junaidi. Kalau tak, masakan dia nak cari pasal sesuka hati.
"Yalah Gat. Orang atasan pun kenalah bertimbang rasa. Tak boleh nak marah je." Pendek Encik Junaidi membalas.
"Hujung minggu ni jadi kan bang? Tempat biasa? Jam 5?" Sedar Encik Junaidi sudah tidak selesa atau mungkin termalu sendiri, suamiku mengubah topik. Apa pun, kawan tetap kawan. Aku pun tak berhak menghalang. Urusan kerjaku, suamiku tak perlu masuk campur, lainlah kalau aku teruk didera, dimarahi atau seumpanyanya di temat kerja.
"Eh mestilah jadi. Competition hujung bulan depan. Kena trainning lebih sikit. Dah tua ni stamina pun kurang." Aku ketawa. Suamiku jua. Encik Junaidi tersengih.
"Biasalah bang. Saya pun ni dah lama tak main. Tak tahulah macam mana nanti. Tangan ni entah kuat ke tak lagi." Ujar suamiku. Genggamannya dikepal-kepal. Nak tunjuk bodylah tu.
Sejurus itu, dia menyambung lagi. "Okeylah bang, dah lewat ni kami balik dululah. Next time jumpa lagi" kami berpamitan disitu.
Sejurus itu, dia menyambung lagi. "Okeylah bang, dah lewat ni kami balik dululah. Next time jumpa lagi" kami berpamitan disitu.
*********************************************
Dan aku kembali ke dunia nyata. Ada suamiku di sebelah. Dan ada Puteri di depan. Kami di restoren mewah. Dengan hidangan penuh di meja. Layar kenangan hilang sekelip mata. Yang berganti, rasa tertanya dan imaginasi yang bukan-bukan. Astarfirullahhal a'zim.. tak baik aku bersangka buruk.
"Abang ke mana selepas ni? Balik office?" Aku bertanya mahukan kepastian. Sakit sungguh bila suami bagai sudah mula berjumpa kenalan baru yang special ni. Tapi sabar itu separuh daripada iman. Mencetuskan pergaduhan tanpa bukti. Aku perlu siasat. Mungkin ini cuma perasaanku. Mungkin ini cuma imaginasi jahatku yang beremosi. Harap-harap ini cuma mimpi.
"Ya sayang. Banyak lagi kerja kat office tu. Tapi kalau sayang nak abang kat sini teman pun boleh." Balas suamiku berlawak. Tak lucu abang. Hati isterimu bagai disiat-siat. Dan kau sendiri yang menyiatnya!
Aku cuba ketawa. Dan lebih menambah perit di dada, Puteri! Ketawanya bagai menyindirku. Ketawa dia dan suamiku serentak? Aku? Tidak akan pernah aku ketawa berlebihan di luar rumah. Aku jaga maruahku, juga maruah suamiku. Biarlah . Biar mereka tertawa. Biarlah.
Aku menyuakan makanan ke mulut. Kalau boleh aku mahu habiskan makanan secepat mungkin. Tidak betah sudah aku berlama-lama di situ. Tidak mampu aku bayangkan api cemburu dalam diri yang masih aku dapat tahan. Siapa betah? Melihat suami sendiri seolah digoda wanita lain. Siapa tahan? Melihat suami sendiri bagai sudah hanyut bergelak tawa bersama wanita lain.
"Nur dah siap abang, Puteri. Nak balik office lah. Takut lambat nanti kena marah pulak." Suaraku memecah perbualan mesra mereka. Aku sekadar memerhati dari tadi.
Sedang aku mahu bangun, puteri tiba-tiba bersuara. Sangkaku dia mahu mengikutku.
"Nur balik dulu eh? Nak berbual dengan abang Zam jap. Seronok pulak ." Aku memandang suamiku. Dia mengangguk tanda memberi izin untuk aku bergerak.
"Okey."aku hanya membalas pendek kata-kata Puteri.
"Nur, kalau puteri lambat Nur tolong cover dengan Bos ye" aku mengangguk. Apa lagi mampu aku lakukan. Suamiku!! Sampai hatimu.
Aku berjalan longlai keluar dari restoran tersebut. Kalau bileh aku mahu menangis sekuat mungkin. Menjerit dan memberitahu dunia yang aku kecewa! Sungguh dan terlalu kecewa!
Langsung tidak aku dihalang pergi. Oleh Puteri aku tidak kisah, tapi oleh seorang insan yang bergelar suami, yang syurgaku bergantung pada redhanya, aku kisah. Aku terlampau kisah. Dan hanya hati yang mampu menangis pilu. Aku kuatkan langkah menapak ke pejabat. Tandas menjadi hala tujuku. Di situ aku lepaskan apa yang terpendam. Air mata tanpa henti menjadi pemujuk.
Tiada ulasan:
Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.