Terpinggir atau dipinggir? - Fatihah Fazlin

Isnin, 28 April 2014

Terpinggir atau dipinggir?




ASSALAMUALAIKUM.


Hampir semunggu jugak nik tak menulis di sini. Rindu! Seminggu bercuti dari menulis, seminggu jugakla nik makan segala jenis angin kat Sabah ni.. kikiki . Cuti-cuti Malaysia je kita. Nak pergi obersi tak mampu lagi..

Nik nak cerita satu situasi di mana buat nik rasa terpinggir. Aduhhh.. berat kes ni. Sampai boleh buat kita jadi stress.  Cuba bayangkan diri anda seolah diboikot. Kita tegur orang, orang tak layan . Ada tu siap cemuh-cemuh lagi. Tak ke rasa nak ketuk-ketuk kepala manusia macam ni??

Kita senyum, dia buat derkkk je. Kita tegur dia buat tak dengar. Kehadiran kita ni ibarat halimunan. Dalam dia tak nampak kita, tapi tiap kali buka mulut, pedas benar bicaranya? Bila ajak bersemuka, itu ini alasan diberi. Apa yang anda rasa? Suka? Geram? Nak tenyeh muka orang tu dengan cili?

Sabar. Kerana sabar itu separuh dari iman. Bagi nik, hiraukan saja manusia seperti mereka. Lambat laun mereka akan penat meminggirkan kita. Lambat laun mereka akan letih. Biarkan mereka terus meminggir. Yang pemting kita pegang pada satu kata azimat, kita berani kerana benar. Itupun kalau kita benaf dan betullah. Jangan terang tang tang kita salah, kita tetap nak menegakkan benang yang basah. Tak boleh jadi macam tu.!



Dan yang penting, muhasabah balik diri kita luar dan dalam. Mungkin salah kita. Mungkin silap kita. Sebab tu mereka meminggir kita. Siapa tahu. Kita pun seperti mereka. Manusia biasa. Tak sempurna. Ye dak??


P/s: entry ni ditaip ketika hati seolah rasa terpinggir. Tapi sebenarnya tidak..:P


Sekian..
Salam sayang.
Senyum sokmo!

6 ulasan:

  1. selalunya akan buat tak tahu je.. sebab nanti mesti akan ada sesuatu yg diperlukan yg memerlukan khidmat kita.. waktu tu secara tak langsung proses berbaik semula pon terjadi..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...buat tak tahu je kan. Lama2 akan okey jugak.. :)

      Padam
  2. Sabar je la nik... Mungkin ada kebaikan di sebalik semua ni...

    BalasPadam
  3. Nik...bukan dlm persahabatan saja perkara ni berlaku, dalam keluarga juga bnyk terjadi. Itu lebih sakit. Betul kata Nik, pedulikan semua tu, lambat laun pasti mereka perlukan kits.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nik perasan gak kak zana. Tapi dalam konteks family, belum pernah terjadi.. insyaallah tak.. :)

      Padam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard