KERANA CINTA KLON BAB 3 - Fatihah Fazlin

Khamis, 17 April 2014

KERANA CINTA KLON BAB 3






BAB 3

“Suara macam orang frust aje ni.. Ada masalah ke?” tanya Shahrul. Suara Hazriq pagi ini lain benar, persis orang bermasalah besar.
“Dia reject aku Shah…”luah Hazriq hampa. Dari riak wajahnya sesiapa pun akan dapat mengagak dia sedang berdepan dengan masalah, monyok bagai suami yang baru kehilangan isteri. Tidak pernah dia begini.. Kerana seorang gadis dia jatuh tersungkur.
“Bodoh la dia tolak tuah! Dahlah, tak payah nak bersedih sebab perempuan, satu pergi sepuluh yang datang. Cari yang lain jelah!Bukan seorang aje perempuan kat dunia ni.”
“Aku tahu lah. Tapi lain orang lain perangai.. Aku suka dia kau tahu!”
“Hah! Kalau dah betul-betul suka kenalah usaha lebih. Kau sendiri yang cakap dulu, kalau usaha lebih ganjaran pun lebih. Nak seribu daya, mahu seribu cara.”
Hazriq mengukir senyuman mendengar nasihat kawannya. Dia teringat, dia sendiri pernah melafazkan ayat itu pada Shahrul suatu ketika dulu.
“Macam nilah Riq, kau jumpa dia sekali lagi. Jelaskan pada dia satu per satu. Buat dia faham perasaan kau. Tunjuk kat dia yang kau betul-betul serius.”Shahrul behenti sekejap mengambil nafas. Dia kemudian menyambung.
“Kali ni kalau dia tak terima kau, maknanya kau bukan citarasa dia. Mungkin dia mahukan anak raja!”
“Yelah! Kau doa la supaya dia terima aku”
Shahrul dan Hazriq sama-sama ketawa.Shahrul tahu kawannya itu bukan seorang yang mudah berputus asa. Jika melibatkan perkara penting, Hazriq tidak akan mudah menyerah. Selagi apa yang diinginkannya belum tertunai,selagi itu dia akan berusaha mendapatkannya.
“Wei,macam mana dengan motor aku, buat hal ke?”
“Pasal motor kau jangan risau, aku akan jaga baik-baik.”
“Aku bukan risau fasal mator tu, aku risaukan kau..manalah tahu tiba-tiba dia buat hal kat tengah jalan, kau juga yang susah.”
“Tahulah aku handle nanti. Oh ya, Hani ada cakap bila dia nak datang KB?”
Perbualan mereka berubah dari satu topik ke satu topik yang lain. Keakraban mereka lebih daripada seorang kawan. Jika orang yang tidak mengenali, pasti menyangka dua rakan baik ini yang bukan-bukan. Pernah sekali mereka disindir sebagai homoseksual olah rakan sekampus. Sukar untuk mengubah pandangan manusia. Apa yang pasti mereka bukan manusia sebegitu. Mereka masih lagi digarisi sempadan fitrah azali manusia.Nauzubillahiminzalik.

Tika itu jam telah menunjukkan pukul 11.25 minit pagi. Fazlia mendengar namanya dipanggil oleh Pak Cik Zainal dari pondok jaga. Ketika itu suasana di kawasan Aspura dan Aspuri tenang sekali. Kebanyakkan penghuni asrama ke pusat Bandar memandangkan semua pelajar dibenarkan outing sehingga jam 5.00 petang. Semua merebut peluang ini kerana ianya hanya sekali dalam dua minggu. Fazlia yang sedang membasuh pakaiannya di bilik pantri cepat-cepat masuk ke dorm dan menukar baju T-shirtnya kepada baju T asrama. Disarung tudung hitamnya dengan cepat. Dia mengambil telefon bimbitnya dan memaklumkannya pada Syakila. Dia yakin, uminya yang datang walaupun baru semalam Puan Fauziah menelefon  memberitahu tidak akan datang kerana terpaksa ke Terengganu.P ada perkiraannya mungkin uminya membatalkan perjalanan ke sana.
Dari koridor asrama, dia langsung tidak nampak akan kelibat umi atau abahnya.

********************************************************** 


‘Siapa pulak yang datang ni? Tak kan Faizol.’hati Fazlia berteka-teki. Dia dalam dilemma samada untuk turun atau tidak. Sekali lagi Fazlia mencari-cari kalau-kalau ada kelibat manusia yang dikenalinya, tetap juga dia gagal. Tiada siapa pun di pondok pengawal kecuali Pak Cik Zainal. Akhirnya dia turun apabila namanya di panggil sekali lagi.
“Siapa yang datang pak cik?”tanya Fazlia sambil matanya memerhati keadaan sekeliling.Tiada sesiapa!
“Pergilah tengok sebelah sana, pak cik kurang pasti.”
Fazlia mengalihkan pandangannya ke tepi pondok pengawal.
“Fazlia..saya rindukan awak.”
Bicara yang ditutur Hazriq benar-benar menarik keluar seluruh urat nadinya. Platletnya seakan mencair. Dan hanya membisu respons darinya. Tiada sepatah pun kata yang mampu terkeluar dari bibirnya yang pucat itu. Malangnya bukan sekadar bibir yang berubah,tangannya juga tetiba menjadi teramat sejuk. Wajahnya ditundukkan. Gerak tubuh Cikgu Hazriq mengingatkan dia kepada insan yang amat dirinduinya. Cuma…yang menjadi persoalan, apa tujuannya kemari? Dia mendekati lelaki itu perlahan-lahan. Dengan perasaan yang berbelah-bagi, dalam getar suara Fazlia cuba membuka mulut. Sungguh dia tidak menyangka lelaki ini datang menemuinya.
“Cikgu datang nak apa?”
Hazriq cuba membuang gementar yang sejak sekian tadi beraja di hati.
“Nakkan jawapan daripada Fazlia.”jawab Hazriq, terus kepada matlamat utama dia kemari. Namun begitu dia tetap tidak pasti apakah dengan cara mendesak begini, Fazlia akan dapat menerimanya. Menurut kata Ayah Ngahnya, Fazlia tidak patut diasak dan didesak, boleh jadi akan timbul masalah.

“Cukuplah cikgu! Saya dah bosan dengan semua ni. Faizol memang nekad nak kenakan saya. Dia tak habis-habis mahu bermusuh dengan saya. Sampaikan Cikgu pun dia sanggup gunakan. Memang dasar lelaki gila!”
Wajah Fazlia merah menahan marah. Dia benci sebencinya pada Faizol. Lelaki itu bersama keluarganya telah memusnahkan seluruh hidupnya.
“Fazlia jangan serkap jarang okey! Hal ini tak ada kena mengena dengan Faizol. Saya! Saya sendiri yang nak datang sini, nak jumpa awak. Saya tak digunakan sesiapa. Saya sukakan awak, sayangkan awak. Susah sangat ke awak nak faham?”
Bagaikan halilintar membelah tubuhnya tika itu. Apakah betul apa yang sedang dia dengar ini atau hanya ilusi pada pandengarannya? Dia pernah berikrar pada diri untuk melupakan segala-galanya tentang Arwah Eri. Tapi mengapa kini bila ada sedikit cuma memori tentangnya terbias, Fazlia kembali lemah. Kenapa harus begini jadinya? Fazlia keliru bermain perasaan. Dia kembali ke dunia nyata. Dia sedar siapa dirinya, dia juga sedar siapa insan dihadapannya. Lelaki ini tidak boleh masuk ke dalam hidupnya apatah lagi dia sekutu Faizol.
“Fazlia, are you okey?”Hazriq menggelabah melihatkan wajah yang berhadapan dengannya tidak semena-mena pucat dan berpeluh.
Fazlia menarik nafas panjang. Dia duduk di atas pasu sebesar pemeluk orang dewasa yang tidak ditanam dengan sebarang pokok. Nafasnya makin tidak menentu. Beberapa kali dia menelan air liur.
“Fazlia?”Hazriq memanggil. Dia mula risau, panik dan cemas.

Tangan Cikgu Hazriq yang cuba menyentuhnya ditempis kuat oleh Fazlia.
       “Berapa Faizol bayar Cikgu untuk buat saya jadi lebih gila daripada ni?”Agak kuat Fazlia menengking cikgunya.
Hazriq berundur setapak dari gadis itu. Dia ternampak Pak Cik Zainal sedang memerhati dari jauh. Mungkin pak cik itu ingin tahu apa yang sedang terjadi.
“Bukan saya nak buat awak gila Fazlia, tapi saya yang tergila-gilakan awak. Please.. Percayalah, Faizol tak pernah bayar saya! Dia bukan macam tu, dia baik Fazlia.”
Fazlia ketawa. Baginya, apa yang dilafazkan Cikgu Hazriq bukan dari minda yang waras.
“Ya! Saya mengaku Faizol memang baik, tapi cuma baik sedikit sahaja daripada iblis dan syitan! Faizol di mata saya kotor dan jijik! Dan tak lama lagi, Cikgu pun akan jadi macam tu kalau Cikgu berterusan menyebelahi dia. Dah kira untung saya layan Cikgu agungkan pembunuh tu!”
Hazriq terkedu mendengar pengakuan dan tengkingan dari Fazlia. Dia hairan mengapa remaja bernama Faizol begitu rendah di mata Fazlia. Daripada riak wajah dan pergerakan mata, Hazriq begitu pasti kebencian Fazlia tiada batasan.
Listen, dalam hal ni, Faizol langsung tak terlibat. Sayang saya pada awak bukan kerana berpura-pura atau bersubahat dengan Faizol. Saya betul-betul ikhlas.”
“Oh…Terharunya saya. How sweet. Saya yakin ini akan jadi kenangan terindah dalam hidup saya. Cikgu boleh balik dan bagitahu Faizol, rancangan dia memang tahap terbaik. Saya respect dia sebab pandai buat plan. Lepas plan A, plan B.Never give up!”Fazlia membalas sinis kata-kata Cikgu Hazriq.
Dia langsung tidak memandang wajah guru itu.Pandangannya dilempar jauh ke arah jalan raya yang ada di luar pagar asrama. Yang jelas pandangan itu tidak tertumpu kepada apa-apa atau sesiapa. Hanya untuk melarikan matanya daripada terus diratah pandangan Cikgu Hazriq yang bisa menggetarkan jiwa. Ironinya, dia tidak mampu untuk bertahan jika berterusan direnung setajam itu.
“Berapa kali harus saya bagitahu untuk buat awak percaya? Come on Fazlia, dahlah buat tak tahu. Saya suka awak dan saya yakin awak pun sama. Betulkan?”
Fazlia tersengih. Dia mula membuka langkah.
“Fazlia, I want the answer!” pinta Hazriq.Dia menarik kuat pergelangan tangan Fazlia agar gadis itu tidak terus pergi.
“Biarkan saya pergi Cikgu.”
“No! Till I get the answer.”
Fazlia dan Hazriq masing-masing sama-sama berkeras. Kedua-dua tak mahu mengalah.
“Cikgu janganlah paksa saya menjerit. Lepas!”
Fazlia merentap tangannya dari genggaman Cikgu Hazriq. Dia masih tetap dengan egonya.  Begitu juga dengan Cikgu Hazriq. Pak Cik Zainal, pengawal asrama begitu risau menyaksikan apa yang sedang terjadi di hadapannya. Namun tiada sebarang kemungkinan untuk dia turut masuk campur.
“Lepaskan saya Cikgu. Tolonglah.”
Kali ini Fazlia seakan mengalah. Lemah kedengaran suaranya. Wajahnya yang tadi sudah pucat kini bertambah pucat. Tangannya juga kian sejuk. Manakala kepalanya yang tadi agak pening kini bertambah pening. Akhirnya tubuhnya yang kurus itu hampir rebah ke tanah, namun masih sempat disambut oleh Cikgu Hazriq.

Desakan demi desakan menjadikan Fazlia begini. Hazriq sedar akan salahnya. Menyesal dahulu pendapatan menysal kemudian tidak berguna. Hazriq tidak tentu arah. Belum pernah dia mengalami situasi sebegini. Pahanya dijadikan alas untuk kepala Fazlia menyandar. Tubuh kurus di ribanya itu bagaikan mayat. Pucat! Hazriq tidak berani memutuskan apa-apa waktu itu. Pak Cik Zainal menguruskan segala-galanya bersama-sama warden asrama yang juga salah seorang guru sekolah itu.
Untuk beberapa  jam, Fazlia ditempatkan di bilik sakit asrama. Namun, menyedari gadis itu meracau dan suhu badannya kian meningkat, pihak asrama memutuskan untuk membawa gadis itu ke hospital kerana tidak mahu perkara  yang lebih buruk berlaku. Hazriq yang tetap tidak berputus asa masih setia di pondok pengawal.
“Kenapa masam aje Cikgu? Janganlah risau sangat fasal Faz. Mungkin demam biasa aje kot. Lagipun dia memang selalu begini.” Ujar Syakila, cuba menenangkan hatinya sendiri juga yang kerisauan.
Hazriq mengangguk. Tiada sepatah kata yang diucapnya. Salah dia, Fazlia jadi begitu.
“Takpelah Cikgu, Cikgu Lan dah panggil tu. Saya nak papah Faz masuk dalam kereta.”
Belum sempat Syakila Marini membuka langkah, Cikgu Hazriq mengutus pertanyaan.
“Syakila, awak dah tahu?”
Gadis itu tersenyum dan kemudian melangkah pergi. Dari jauh, Hazriq memerhati Fazlia dipapah oleh beberapa pelajar lain masuk ke dalam kereta Wira milik Cikgu Zailan, warden asrama Jejak Gemilang sekolah itu. Rasa kesal masih lagi memerpa di hati. Kasihan Fazlia.




BERSAMBUNG...

Baca yang lain..
KERANA CINTA KLON BAB 1
KERANA CINTA KLON BAB 2

Puteri.. Dia Suami Nur!
PART 1
PART 2





3 ulasan:

  1. sambung ler yg puteri dia suami nur

    BalasPadam
  2. hai awk:)

    jemput join simple review segment by me :) tinggal beberapa hari shja lg.
    :http://aliyahsyofia.blogspot.com/2014/04/simple-review-segment.html

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard