Review: Novel Bukan Cinta Secondhand - Fatihah Fazlin

Khamis, 9 Oktober 2014

Review: Novel Bukan Cinta Secondhand

ASSALAMUALAIKUM

Bukan Cinta Secondhand-karya Ezza Mysara

 

Review: Novel Bukan Cinta Secondhand|Mungkin kita pernah rasa tentang cinta yang takdirnya bukan untuk kita,...ceewahhh.. Entry review ni berbunga-bunga sikit, sebab review ni pasal novel yang berbunga-bunga. Layan jelah dulu sinopsis dia. ^_^


Sinopsis

​“Aku tak suka kau! Dah sepuluh kali aku ulang ayat yang sama. Apa kau tak faham bahasa ke? herdik Amril.

“Even if you tease me by saying this is foolish, I can’t turn this heart around… Yang pasti, aku akan tetap tunggu kau sukakan aku! Eh, bukan… aku akan buat kau sukakan aku!” tekad Naira.

Kemalangan hati paling dahsyat ialah bila kita terlanggar hati seseorang yang tak sukakan kita. Silap hari bulan, organ yang satu itu boleh masuk Unit Rawatan Rapi! Itulah yang terjadi dalam hidup Naira.

NAIRA ILYANI - Dia mengejar Amril setelah terpikat pada keperibadiannya. Bukan harta, ataupun rupa. Suara yang mengimamkan jemaah itu membulatkan tekad Naira untuk menjadikan Amril sebagai imamnya.

MUHAMMAD AMRIL - Cinta terhalang membuatkan jiwanya mati. Sayangnya pada Dewi Aleeya tidak pernah berbelah bagi. Namun kerana peristiwa itu, mereka terpisah sedangkan dalam hatinya hanya ada Dewi.
Demi merebut cinta, Naira sanggup lakukan kerja gila.

“Aku dah tak nampak jalan nak patah balik…. Aku nak tahu siapa Dewi. Aku nak jumpa dia. Aku nak kenal dia… aku nak ambil Amril dari dia.” NAIRA ILYANI.

Mengenali baiknya hati Dewi membuatkan hidupnya berubah. Malah, Naira sanggup menentang satu dunia untuk mempertahankan hubungan Amril dan Dewi. Namun, pemergian Dewi Aleeya secara tiba-tiba dan kehadiran Dewi Ilyani merubah segalanya.

Di saat Aril dan Naira masih mencari letak duduk hubungan mereka, Qiuzi hadir menghulur kasih kepada Naira. Dia lelaki biasa yang sempura. Namun, mampukah Qiuzi menggantikan cinta di hati Naira?

“Bila awak tolak saya, awak akan rasa lebih sakit sebab… awak pernah rasa apa yang saya bakal rasa itu. Sakit, kan? Dan saya pasti yang… awak tak mahu kongsi rasa sakit tu dengan sesiapa pun.” AHMAD QIUZI.

Benarkah harga cinta secondhand itu tidak setanding dengan nilai cinta pertama? Siapakah pemilik hati Naira yang sebenarnya?

Actually, novel Bukan Cinta Secondhand nik dah beli dan siap baca sebulan yang lalu. Tapi tak sempat nak tulis kat sini awal-awal.. Konkluksinya, novel ni memang menarik. Jangan ceita penuh konflik dengan kehadiran watak sampingan yang agak kepoh dan meriah.

Jalan cerita yang tak berat dan gaya penulisan novelis ni pun santai. Nak tahu ending novel yang best ni, kenalah beli ye korang. :P 

 

20 ulasan:

  1. Dah habis baca eh??? Bleh la sy pinjam jap...heee

    BalasPadam
  2. Cam best...lama tol dh xlayan novel...sejak jadi ibu2 ni...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaaa. boleh la kembalikan zaman muda dulu mama amir. best cerita ni.

      Padam
  3. Dulu hantu novel jugak.. Tapi skrg dah lama tak baca novel.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    BalasPadam
  4. menarik..klu wat drama pun best ni..

    BalasPadam
  5. dah lama tak baca novel cinta. haha

    BalasPadam
  6. sekolah rendah dulu suka baca novel cinta..sekarang dah tua

    BalasPadam
  7. Ala. Suspen je kan. Nak kena belilah jawapnya :)

    BalasPadam
  8. memang cukup lama tak baca novel... tebal novel ni, mesti best...

    BalasPadam
  9. Wahh... nak kena carik nih... my sis in law mmg suka sesgt bace & kumpul novel2 nih...
    boleh jadikkan hadiah tuk dia nih... tq 4 sharing sis...

    http://supernifzvitamin.com/rahsia-apa-itu-collagen/

    BalasPadam
  10. kakzana tunggu dijadikan drama... haha...
    takde masa novel2 skrg walaupun minat sgt.

    BalasPadam
  11. sempoi je ayat dalam novel ni. Menarik!

    BalasPadam
  12. dah lama tak baca novel sejak tinggalkan zaman sekolah, hehe

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/katakan-selamat-tinggal-kepada-stretch.html

    BalasPadam
  13. dah lama wawa tak baca novel. baru ni beli novel pun tergendala nak baca. kuikuikui

    BalasPadam
  14. Wah nak.bacalah buku ni. Macam Best je

    BalasPadam
  15. D mna ya sya bole beli buku nie?

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard