Wanita; Period 2 kali Sebulan ? - Fatihah Fazlin

Jumaat, 17 Oktober 2014

Wanita; Period 2 kali Sebulan ?

ASSALAMULAIKUM 




Punca Wanita Period 2 kali Sebulan | Period dan wanita memang sinonom. Bagi sesetengah orang terutamanya period ni perkara biasa. Tapi tidak bagi nik. Time period tu, kesakitan dia melampau. Terpaksa makan ubat. Kalau tak memang tak boleh buat kerja. Rasa nak baring je sepanjang masa. Kalau ada yang tegur ke apa ke..rasa nak tengking "TAK NAMPAK ORANG TENGAH SAKIT NIHH !!!" 

Gitulah gamaknya.. Bukan alang-alang tau kalau orang perempuan sakit time period(senggugut/period pain) ni. Buat para suami, take note ya. Tapi kan, kali ni nik nak share dengan kaum wanita, pasal punca yang menyebabkan kita period dua kali dalam masa sebulan.

Ada yang tanya, betul ke ada orang period dua kali sebulan? Yup. betul. Ini memang berlaku dan benda ni dah tak asing lagi. Ada juga yang gelabah bila benda ni berlaku pada diri mereka. Bertenang ye adik kakak. Sebelum kita cari jalan penyelesaian, mari kita kaji dulu sebab-sebabnya. Mana tahu kita boleh cegah dan kawal kan ? 

 Punca Wanita Period 2 kali Sebulan

  • Penurunan berat badan yang drastik – ianya boleh menjadikan gangguan hormon dan hormon yang berfungsi menunjukkan tempoh haid bermula telah menunjukkan lebih awal.           
  • Senaman yang berlebih-lebihan - Ini juga boleh mengganggu hormon.
  • Tekanan - Peperiksaan, masalah keluarga, masalah kewangan, bercerai , malahan keluar Negara untuk bercuti sekalipun boleh menyebabkan perubahan sementara dalam kitaran haid.
  • Penyakit  dan / atau ubat - Beberapa jenis ubatan boleh menjejaskan kitaran haid. Minta nasihat doktor untuk menghentikan sementara atau meminda pengambilan ubat jika ianya difikirkan menganggu kitaran haid.
  • Masalah-masalah uterus seperti polip, sista, fibroid atau ketumbuhan (samada benign atau cancerous).
  • Jangkitan Kelamin- Boleh menyebabkan pendarahan diantara dua haid dan sesetengah wanita tersilap menyangkakan ianya  darah haid.
  • Masalah tiroid - Penyakit tiroid boleh menyebabkan penebalan lapisan Rahim dan ini boleh mengakibatkan lebih banyak pendarahan dari biasa.
  • Reaksi kepada kontraseptif - Kadang-kadang pil, suntikan depo provera atau IUD boleh mengakibatkan perubahan dalam kitaran haid.Pil dan IUD juga boleh menyebabkan pendarahan di antara 2 kitaran haid atau dikenali sebagai "breakthrough bleeding" dan wanita mungkin tersilap menyangkakan ianya pendarahan haid.
  • Kadang-kadang perubahan atau menghentikan kaedah kontrasepsi anda boleh menyebabkan penurunan hormon secara mengejut dan ini boleh mengakibatkan perubahan kepada kitaran haid.
  • Permulaan putus haid – Bagi wanita berumur 45 keatas ianya membawa tanda wanita tersebut bakal melalui menopos.Ianya juga  tanda “kilang telur”akan mula ditutup. 
    See.. dah habis baca kan? Banyak benda yang boleh menyebabkan para wanita mengalami period dua kali dalam satu bulan.. Ada di antara punca tu kita boleh kawal sendiri.
    So, kalau anda rasa anda tergolong dalam kelompok ni, jangan terkejut dengan apa yang berlaku.  Ianya tidak membahayakan kalau sekali sekala.. Tapi kalau dah macam kerap sangat period, pulak tu dalam jangka masa yang lama. Nik sarankan korang berjumpa dengan mereka yang lebih pakar. Dapatkan nasihat doktor ye..  :)

    Sekian.
     
     

21 ulasan:

  1. anis penah jugak kena cmnie.. period dua kali..mula2 risau jugak.. nasib baik xkerap.. nice sharing :)

    BalasPadam
  2. http://madey09.blogspot.com/ salam done follow ...

    BalasPadam
  3. K.Ma pun biasa..even skrg pun ..maybe sbb medication yg K.Ma ambik utk eczema kot :-)

    BalasPadam
  4. tak pernah alami lagi..yang pernah jadi ialah tak datang haid..mengandung rupanya..ekekkeke

    BalasPadam
  5. so far,alhamdulillah tak pernah kena lagi,harap dijauhkan la..kurang selesa ja.. thanks utk info kita budak baru tahu ..hehe

    BalasPadam
  6. Anak saya biasa terjadi period 2 kali sebulan, memang dia sakit perut melampau. Spapun tip yg fatihah berikan mungkin dapat membantu.

    BalasPadam
  7. erm... akak pun pernah klu time period tu awal n hujung bulan...

    BalasPadam
  8. So far ni rasanya tak pernah terjadi lagi nik..

    BalasPadam
  9. Ini yg sy alami skang.risau sgt2 x penah alami
    mcm nie.ble tnye kwn2 bru thu mmang ada period 2 kali sbulan

    BalasPadam
  10. skrng sy alami piyed slpas 2 hri hbis piyed.......piyed sbnr tmpoh smggu da hbis...selang 2 or 3 hri,sy piyed lg... nie prtma kli alami nye n sy sgt risau......

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. saya mempunyai masalah yang sama dah masuk bulan ketiga period saya akan datang 2 kali sebualan...sedih sedih sedih ada kekawan yang mengalami masalah yang sama ka....

    BalasPadam
  14. saya tgah alami nya sekarang.. sangat2 risau dan takut..

    BalasPadam
  15. Saya pun mengalami bende yg sama 2 bln ni.Period 2x sebulan ..dh g klinik biasa Dr BG ubat perancang.. Tapi yg period untuk kali ke2 tu sedikit je darah yg keluar..risau sgt

    BalasPadam
  16. Sy alami period 2 kali sebulan sejak pertama kali sy period sehingga sekarang umur sy 22..10 thun period 2 kli sebulan

    BalasPadam
  17. bln lps sy bru pg check, doktor kata sy ad ketumbuhan.. sekarang period sy dtg x menentu.. 2 kali sebulan.. kwn2 pnh kena mcm sy tak?? umur sy 25thn.. sy sudah khwin, penah mengandung 2 bln lbh, tp xde rezeki gugur.. doktor suh sy jgn mgdung dlm mse 3 taw 6 bln.. bln ke 4 sy nk mgdung balik, period sy dtg sbln 2 kali, sy pergi check, doktor kte sy ada ketumbuhan sebesar 3 inci.. kwn2 pnh kne mcm sy x?? sy blh mengdung semula ke lps buat pembedahan buang ketumbuhan tu..

    BalasPadam
  18. Sy baru kna bulan lepas, selang 12 hari dtg lagi. Bulan ni pon kne lg. Xda ape ke ye? Tkut plk rasenye

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada rsa skit perut mcm sengugut,skit pinggang?
      saya pon mengalami masalah yg sma.. haid dtg 2 bulan sekali,dtg cket2 je darah haid tp berpanjangan.. xsmpai kitaran haid, haid datang balik..sy ad check doc, doc ckp ada cyst besar 4.8cm..skrng da wat appointment dgr pkar o&g tp date app lmbt lg bln 9..huhu

      Padam
  19. saya pun alaminya first time tapi darah haid keluar sikit2x je?risau sangat ney...

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard