Cara-cara Shopping Atkiners. - Fatihah Fazlin

Isnin, 26 Januari 2015

Cara-cara Shopping Atkiners.

ASSALAMUALAIKUM..

Sejak dua menjak ni, gejala mengupdate blog semakin menjauh dari hidupku. Dan ini adalah satu perkembangan yang negatif tau dak. Diri mohon rajin rajin sikit. Blog boleh buat duit tau dakkkk...

Wokeh. Nak war-warkan kat sini, hari ni genap 12 hari nik berdiet atkins, menjadi sebahagian daripada atkiners **insyaallah yang berjaya** hehehe. Dan dalam 12hari ni, sudah nik halau 6kg berat badan yang tak penting. hahahah. Insyallah nik akan ikut fasa 1 ni sehingga hilangnya berat sebanyak 20kg kg kg lagi. Tahun ni nak beraya sebagai "the new nik" gitewwwww..



Mohon korang doa kat nik ye :)

Wokehh..*sekali lagi** entry simple lagi malas untuk ditaip kali ni, nik nak kongsikan dengan kalian seluruh alam, cara cara untuk shooping bagi atkiners.. Sonok tak? Harus, sebab rata-rata new atkiners *macam nik la* bila pergi giat ka...tesco ka.. mesti pikir nak beli apa.. kan kan..





So here... nik kongsikan pembacaan nik dengan korang semua..


Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet:

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. 

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.




Dah khatam? 
Dah paham?
Dah boleh shopping dah pagi esok naaa.. Nik nak naik belon dah lusa. Balik kampung ohohhoho balik kampung...


 

3 ulasan:

  1. hai atkiners.. yui dh settle diet atkins..inshaaallah ada prncgn nk smbung lg..hihihi...

    BalasPadam
  2. jelesnya dah turun 6kg dalam masa 12 hari?? wow!! fantastic!! nak jugak... :(

    BalasPadam
  3. kiranya mengelakkan karbo dan gula lah ni kan... tapi minyak okay yer...??

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard