Ayam Masak Pedas Simple - Fatihah Fazlin

Jumaat, 17 April 2015

Ayam Masak Pedas Simple

Assalamualaikum...




Tetiba rasa rajin nak update entry, tapi blur nak update pasal apa. Bak kata otai, jangan biarkan blog bersarang. Jangan biar blog tak berisi. So, sekarang nak isilah. hehehe. Buka nak isi apa pun, just nak share resepi simple lagi senang dengan korang. Resepi Ayam Masak Pedas simple.

Sebelum ni, nik tak pandai pun nak masak Ayam Masak Pedas ni, tapi hari tu cuba buat, menjadi.. yeeehaa. Tapi masa tu tak terfikir pun nak snap gambar ke apa. Try kali ke dua buat Ayam Masak Pedas ni, baru terasa nak update kat blog. hehehe.. Idoklah sesedap mana. Tapi rasalah jugak ayam pedasnya. 

Meh nik share resepi Ayam Pedas yang nik buaat ye :)


Bahan bahan Ayam Masak Pedas:
8 ketul ayam di potong kecil - goreng separuh masak ye.
1sudu besar sos cili
1 cawan air
2 biji bawang besar - satu biji untuk dihiris dan satu lagi untuk dikisar
2 ulas bawang merah - untuk dikisar
2 ulas bawang putih - untuk dikisar
Halia - terpulang nak letak banyak mana - nik kisar je. hahaha
Serai - Sebatang cukuplah
8 tangkai cili kering -Untuk dikisar tapi sebelum tu rendam dengan air panas dulu.
1 biji tomato - belah 4 bahagian
Garam secukup rasa Gula secukup rasa- nik letak secubit je
Minyak masak

Cara cara nak  Ayam Masak Pedas:

Memula panaskan minyak dalam kuali dulu.Agak-agak minyak dah panas boleh start tumis semua bahan yang dah kita kisar tu. Nik kisar guna blander sampai lumat.  Lepas tu masukkan sos cili. Agak-agak minyak dah pecah, boleh masukkan ayam yang dah kita goreng separuh masak tu. -_-

Kacau rata.. Masukan air. Kalau kata nak kuah banyak, boleh masukkan air lebih la. Takdak hal. Ada orang suka letak santan, nak bagi kuah pekat kan? Tapi nik tak boh pun, buat simple simple je.. Lepas tu masukkan serai.

Biar masakan sampai pecah minyak. Masa tu dah boleh masukkan hirisan tomato, gila dan garam. Secukup rasalah. Bila dah dapat rasa Ayam Masak Merah, kira siap dah tu..:)
 
Senang kan? Rasa menyesal pulak tak belajar masak Ayam Masak Merah ni masa muda-muda dulu. hahaha




6 ulasan:

  1. salam fatihah....
    ada silap tu, haru biru kang Ayam Masak Pedas tu kalau letak gila...hiiihiii, jangan marah yer, gurau ajer...(gila tu gula kan..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamakkkk.. hahaha, terima kasih sebab perasan. Seb baik menjadi masaknya.. nanti nak betulkan. hehehe...

      Padam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard