Menjawab Persoalan Kenapa Perempuan Lambat Bersiap.. - Fatihah Fazlin

Ahad, 19 April 2015

Menjawab Persoalan Kenapa Perempuan Lambat Bersiap..

Assalamualaikum...

Menjawab Persoalan Kenapa Perempuan Lambat Bersiap | Hi korang! Happy sunday ya. Ai is kerja, so sunday ke saturday ke monday ke sama je. Takde makna pun. Takpe, mak pesan keje jela kalau mampu angkat badan. Alhamdulillah masih mampu, cuma penat sikit je. Alah, kalau tak nak penat goyang kaki kat rumah je lah.

Okey berbalik pada tajuk gempak petang ni, Menjawab Persoalan Kenapa Perempuan Lambat Bersiap. Gempak sangat kan? Betul ke perempuan kalau bersiap, lambat? Lambat sangat ke sampaikan si lelaki penat menunggu. For me, personally.. yes! yes! and yes! Perempuan/gadis/wanita memang lambat bersiap untu ke mana-mana. Even nak pergi sidai kain kat luar rumah pun masih berkira-kira nak pakai tudung instant mana satu. 




Bagi lelaki kat luar sana, nak tahu kenapa perempuan lambat bersiap.? Meh baca sini nik akan kongsikan beberapa sebab.

Pertama. Banyaknya baju/pakaian dalam almari buat perempuan rasa 'takde' baju lagi untuk di pakai. Masa ni, perempuan akan termenung lama depan almari sampai berlalunya masa setengah jam. Nak pakai apa hari ni adalah satu masalah besar buat perempuan. Itu sebab perempuan ni complicated.

Pakai bedak terlebih tebal. Ini jawapan paling susah nak terima kan? Tapi itulah hakikatnya kenapa kaum adam terutamanya ayah ayah terpaksa tunggu si ibu sejam dua. 

Bab make up ni memang akan jadi tumpuan utama perempuan kalau nak keluar. Selagi maskara tak keras elok, tak leh nak pakai tudung. Bab tudung pulak macam mana nak lilit. Style neelofa ke style Heliza? Ke nak pakai macam Yuna? Pening! Masalah dalaman orang panggil dan perempuan tak mampu dan tak boleh nak elak benda ni.

Tu tak masuk lagi nak fikir tudung biru sesuai tak dengan baju hijau. Bedak terlebih tepek hal lain lagi. Eye liner panjang sebelah 0.0000092 inci. Masalah. Gincunya pulak warna tak sesuai dengan make up. Merah terlampau menyerlah, Nude colour macam mayat pulak. Sejam habis depan cermin. Aduh. 

Lagi klise perempuan ni dia ambil berat pasal segala mak nenek nak cari kunci bilik kunci dapur kunci grill la, nak matikan suis elektrik la nak tutup segala pintu rumah. Logiknya, takkan nak tinggal rumah macam tu aja kan? Orang lelaki jarang kot kisah pasal ni.

Nah kaum lelaki, fahamlah kamu. Wanita ni complicated. Tapi menyenangkan. Jangan salahkan perempuan kalau mereka lambat bersiap lagi eh sebab Girls always feel insecure ! Percayalah ! 

Dah faham kan Kenapa Perempuan Selalu Lambat Bersiap? 

So..

Selamat memahami jiwa wanita. :)









6 ulasan:

  1. Hehe... Bab baju tu ye juga la... Make up tu tak sgt sbb mmg tak suka make up lebih2... Hehe

    BalasPadam
  2. kalau sy tak pulak. 5 minit dah boleh terus pergi dating! nti bf terus ckp wanginyeeeeee..hehehee

    BalasPadam
  3. yes perempuan sangatlah complicated. insecure memang always hee

    BalasPadam
  4. hehehe.. nik saya sekejap je siap.. terimalah diriku seadanya.. haha..

    BalasPadam
  5. masa bujang x fikir pasal apapun bila nak kuar tpi skang ni lambat more sebab siapkan anak2.. :D

    BalasPadam
  6. setuju 200%

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard