(Ar-Rahmaan 55:21)
BISMILLAH...
aku terkadang penat merasai lelah
aku terkadang perit merasai susah
waktu berlalu dan aku masih lelah mencari senang
masa terus berdetik dan aku masih susah mengenal bahagia
kenapa tidak tuhan takdirkan aku yang baik sahaja
kenapa tidak tuhan berikan aku yang suka sahaja
biar aku tidak bersusah payah
kerana penat dan lelah itu
aku banyak merungut
pada sangkaku, dunia tidak adil
sayang aku tidak sedar
bukan...
aku nafikan hakikat, perancangan tuhan bersebab
aku pandang kanan,
ada makcik buruk bajunya
aku pandang kiri,
ada gadis tanpa wujud suaranya
aku toleh sebelah,
ada mereka bergelandangan tanpa rumah
aku toleh lagi,
ada dia yang tak punya ibu mahu bapa
aku tuju kedepan,
dah aku sedar
aku...
masih mampu beli sepasang baju untuk beraya
masih mampu menggunakan segala fizikal
masih mampu beli cadar baru untuk katil empuk
masih ada mak abah yang selau titip doa untuk aku
maka...
nikmat mana lagi yang aku mahu dustakan?
sedang, Allah tahu apa yang aku tak tahu..
Allah.
alhamdulillah, terlalu banyak nikmat yg telah diberikan oleh Yang Maha Berkuasa
BalasPadam