The Avengers: Age of Ultron - Fatihah Fazlin

Ahad, 26 April 2015

The Avengers: Age of Ultron

Assalamualaikum..


The Avengers: Age of Ultron | Berberapa hari lepas nik sempat lah tengok wayang cerita yang tengah panas meletop The Avengers: Age Of Ultron. Fuhh.. Kemain la semangat nak tengok sebab kawan-kawan pun dok kata best. Jadi, nik ikut depa. huuuu. Lagipun ada Hulk dan Captain Amereika.



Macam yang korang tahu, The Avengers ni diadaptasi dari komik Marvel bertajuk Avengers. Bagi penggemar cerita Marvel, filem ni dalam katogeri wajib tengoklah ye. Tapi dalam filem kali ni, ada watak baru iaitu watak kembar lelaki perempuan yang mempunya keistimewaan yang pelik dan tersendiri. 

The Avengers : Age of Ultron ni bermula dengan kisah sebuah human error yang dilakukan oleh Tony Stark terhadap program yang terlampau canggih yang mana dirancang untuk menjaga keamanan. Program ini di namakan Ultron. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, Ultron menjadi "lain" dan bertindak memusuhi manusia termasuk orang yang menciptanya, Stark. Kiranya Ultron ni berpaling tdah leerr.

Hero-hero popular seperti Iron Man, Captain America, Thor, The Incredible Hulk, Black Widow dan Hawkeye terpanggil untuk kembali bergabung menghadapi ancaman terbesar di bumi. Mereka ini menjadi harapan untuk menyelamatkan dunia.

Dengan kemunculan Ultron yang bertujuan mengancam, bumi hanya mampu meletakkan harapan kepada The Avengers kerana hanya Avengers yang mampu mematahkan dan menghentikan misi jahat Ultron. Kat sinilah pelbagai aksi kejam, aksi ganas muncul. 

Tapi sayangnya, nik tertidur 45 minit sebelum cerita habis. First time tidur dalam panggung okeyyy. Tak pasti sebab cerita ni bosan atau nik yang tak faham ceritanya. Mungkin sebab tak tengok sekuel yang sebelum ni kot. Maklumlah sebelum ni tak minat sangat cerita macam ni. kwang2. Setahun dua ni je yang rasa excited nak tengok cerita ni. 

Tapi bagi nik, permulaan cerita ni best la walaupun mengantuk, apatah lagi ambe tengok yang midnight punya. Ending pulak yang blurr.. tak tahu lagu mana sebab tidur. Menyesal jugak tido. Haish. Tapi Pak Cik Thor memang Thorbaikkk.. Lawak pulak dia dalam ni. Mengekek ambe ketawa. 

Lepas ni kena tunggu sekuel Avengers yang seterusnya la pulak kan? Katanya akan ada Avengers: Infinity War Part I  pada 4 Mei 2018 dan Avengers: Infinity War Part II pada 3 Mei 2019. Tak sabar okeyy..



4 ulasan:

  1. sye nk tgok td tp rmai org beratur...tak rajin pulak nk beratur sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najwa.. kalau gitu kena beli tiket online la.. haha..

      Padam
  2. aku belum tgk lagi... hoho..

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard