Puding Roti Kukus Sedap - Fatihah Fazlin

Sabtu, 18 April 2015

Puding Roti Kukus Sedap

Assalamualaikumm...

Puding Roti Kukus Sedap ! | Amboii sangat kan?? Tajuk kemain sedapnya. Betul ke sedap tu? haaa. Boleh la setakat nak makan kat tekak sendiri. Rasa jugaklah puding roti air tangan sendiri. Alang alang rajin semalam, nik buat jelah. Bahan pun dah ada. Cuma roti jelah, kirim kat kawan suruh belikan,


Mengidam nak makan puding roti sebernarnya. Tu yang pulun buat tengah malam. Semalam masa tengok cerita Percy Jackson rasa lapar, teringat puding roti. hehehhe. Terus p buat, masa tu dah dekat jam 12 malam.. Nik ni bukan biasa sangat nak buat puding apa semua ni. Malah tak pernag nak try buat pun. Ni mimpi apa entah. Macam dah minat dan jatuh cinta pulak nak main masak-masak. Dah mula suka masak. Tak tahu kenapa.

Malas la nak cerita panjang,, Meh la kita share sikit cara nak buat Puding Roti Kukus Sedap. Tak payah pun. Buat tak sampai 30 minit. hahaha


Bahan-Bahan Puding Roti Kukus.

Roti 8 keping (posotong kecil)
Susu Cair tapi nik guna susu tepung dan bancuhkan. Agak agak setin.
Telur 3 biji
Esen vanilla 1 sudu kecil
Gula 1 sudu
Garam secukup rasa
Mentega 1 sudu

*Ini resepi ikut suka hati je ye. Nik tambah air sikit sebab takut keras sangat.


Cara Cara Buat Puding Roti Kukus.

Nak senang, guna blander je. Nik blend je semua bahan-bahan iaitu roti yang dah nik carik hancur 3 keping, susu, telur, esen vanilla, mentega, gula dan juga garam. Tambah sikit air(takut keras) hahaha tapi memang keras sikit puding roti ai.. Blend je semua bahan ni. 

Sediakan loyang. Susun roti yang dah dipotong. Tuang semua bahan  yang telah diblander tadi dalam loyang tersebut. Kalau rasa nak letak kismis ke apa sebagai hiasan pun boleh. Nik letak oat yang wholegrain punya. Nak kais nampak cantik sikit sebab tak de kismis. hehehe

Lepas tu kukus dalam pengukus dan kukus dangan api sederhana 15-25 minit. Bila dah siap kukus, sejukkan dalam peti ais.. Lepas tu dah boleh hidang. yeayyy!!!









Makan dengan milo panasss,.. huaaa. sedap jugak walaupun sedikit keras. Hahaha. 




4 ulasan:

  1. Memang sedap.. time bulan puasa je mesti mak sye akan buat.. mmg best gile makan time bukak puasa tu pstu smbung lps tarawih plk..haha..XD

    btw jemput join GA arrien yea :D
    http://arrienlove.blogspot.com/2015/04/simple-anniversary-blog-giveaway-by.html

    BalasPadam
  2. lama dah tak mkn puding roti... teringin pula... nik tlg poskan.. hahaha

    BalasPadam
  3. ohhh cmtu je ke..nampak senang dan sedap
    ada nti balik keje terus buat sebab bahan2 ada semua
    http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. tgok terus rasa nak makan puding roti ni

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard