Sardin Gulung Dari Mak - Fatihah Fazlin

Khamis, 23 April 2015

Sardin Gulung Dari Mak

ASSALAMUALAIKUM.

Hi korang!

Sardin Gulung Dari Mak | Bulan April ni asyik buat entry pasal makanan je kan? Maaflah ye, tak tahu kenapa simptom mak mak muncul. Asyik nak masak je. Lepas tu update kat blog dan Instagram.  Dah macam tabiat bulan April. Adakah kerana April bulan GST, jadi memasak di rumah itu harus. Jimat. Pergi kerja pun bawak bekal okey. Sehari boleh jumat RM 5-10. 


Sardin Gulung ni bukan mak buat, nik yang buat sendiri. Tapi resepi asalnya memang dari mak lah. Mak kita pandai buat kuih muih tradisional kelantan. Kalau bulan puasa, kaya dengan kuih muih kami adik beradik, lagi lagi kalau mak rajin buat. 


Inti Sardin gulung.



Mari kita mulakan cara nak buat inti sardin gulung dulu ye kawan-kawan. Bahan-bahannya tak banyak. Kita cuma perlukan ikan(sama ada nak rebus atau goreng terpulang, nak guna ina sardin pon boleh), cili boh/cili giling/, secubit garam dan 2 biji bawang besar dipotong dadu(tapi nik punya tak potong dadu sangat). 

Tumbuk ikan dalam lesung batu. Jangan bagi ikan tu hancur sangat ye. Lepas tu masukan cili boh, garam dan bawang besar. Tumbuk sekali lagi nak bagi semuanya sebati. Kalau nak pedas, boleh letak cili padi. 


Adunan untuk menggulung


Adunan untuk menggulung pulak, kita cuma perlukan tepung gandum, majerin dan air secukupnya. Nik punya hari tu buat sikit je, dalam 400g gandum, majerin satu sudu dan air 2 gelas.

Biarkan adunan dalam dua tiga jam. Ada yang kata kena tutup adunan dengan tuala dapur. Nak kasi adunan tu tak keras sangat.

Nak buat adunan kena masukkan tepung gandum dulu, lepas tu majerin. Kacau dua benda ni sehingga betul-betul sejati, baru boleh masukkan air. Carik adunan dan gentel supaya menjadi bentuk bulat. Senang nak leperkan untuk digiling nanti.  

Masa giling tu, gilingkan kasi bujur sikit ye. Lepastu boleh letakkan inti dalam satu sudu macam tu. Kalau korang rasa gulungan tak melekat,boleh gunakan telur sebagai pelekat. Tapi nik punya melekat elok. hahaha. Jimat telur. 


So, inilah dia rupa bentuk sardin gulung yang belum siap digoreng.



Sardin gulung yang dah siap goreng

Nik kalau menggoreng tak pernahnya tak hangit. Mohon maap ye kengkawan. Rupa tak cantik sangat sebab hangit. hahahaha. Tapi rasa, insyaallah tak teruk. kekeh. Pada yang teringin nak mencuba sardin gulung versi orang kelantan, boleh lah try resepi ni ye. hehehe. 

Tapi jangan goreng hangit macam ai tau! 


6 ulasan:

  1. nampak sedap pulak
    sebelum ni hanya tau dlm bentuk karipap je
    rupanya ada lagi mudah, main gulung, nak cuba la nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa.. karipap nak bentukkan dia tu susah skit bagi yg tak reti mcm sy ni. Hehe

      Padam
  2. nenek parihh pernah buat . tapi pakai roti gardinier

    BalasPadam
  3. yeayy TQ Nik, nanti kakmi nok try buat lah..hehe

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard