Kerana Cinta Klon BAB 6 - Fatihah Fazlin

Sabtu, 17 Mei 2014

Kerana Cinta Klon BAB 6





BAB 6
Gamat keadaan Dorm Syarie dengan suara-suara penghuninya. Masing-masing berada dalam beberapa kelompok dan sibuk bercerita mengenai cuti masing-masing. Hanya dikesempatan sebegini sahaja mereka mampu bersua muka dan beramah mesra dengan ahli keluarga, hanya dua minggu sekali itupun hanya untuk dua hari. 
Disalah sebuah katil, Fazlia, Syakila, Siti Aqlima dan Nur Izzah Hayati sedang sibuk berbual. Siti Aqlima bercerita tentang kakaknya yang baharu sahaja selamat melahirkan anak saudara sulung untuknya. Syakila pula sibuk menuar-uarkan berita tentang abangnya yang bekerja di Jepun akan pulang dan menetap di Malaysia serta akan membawa pulang kekasih hati untuk dijadikan isteri pada cuti pertengahan tahun ini. Tidak putus-putus mereka bercerita.
Fazlia dan Nur Izzah hanya mendengar dan sesekali menyampuk. Tiada yang menarik yang mahu diceritakan oleh mereka. Nur Izzah sendiri lebih senang menadah telinga mendengar adik-adiknya bercerita itu dan ini. Cerita lucu, dia akan turut ketawa dan begitulah sebaliknya. Loceng makan malam telah dibunyikan. Semua mereka bersiap untuk menikmati hidangan yang disediakan. Rata-rata tidak sabar untuk menjamah makanan yang dimasak oleh tukang masak di dewan makan kerana makanan disitu selalunya tidak mengecewakan.
 
*****************************************************************

“Ingat, jawab semua soalan yang saya berikan ni. Hari Khamis ni saya akan check dan jawapannya kita bincang sama-sama. Tapi jangan ada yang tak buat pulak.” pesan Cikgu Cheng dalam pelat cinanya. Beliau merupakan seorang guru Fizik yang mempunyai pengalaman luas dalam menggubal soalan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Malah beliau juga adalah salah seorang pemeriksa kertas bagi matapelajaran Fizik sejak 15 tahun yang lepas.
Guru Fizik yang mengajar di Tingkatan 5 Sains2 ini begitu komited mahu anak didiknya berjaya dalam bidang Fizik kerana baginya Fizik adalah suatu kehidupan.Sejak dia mengedarkan kertas solan tadi,dia tidak habis-habis mengingatkan supaya pelajarnya menjawab soalan-soalan tersebut.Tidak lama selepas itu,keadaan makmal Fizik tenang dan sunyi,semua pelajar 5 Sains 2 sudah keluar dan kembali meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) di kelas mereka.
“Penatlah macam ni. Habis saja masa ‘Cheng Jarang’ tu, mesti pening kepala aku. Susahlah belajar Fizik ni..” Besar nampaknya keluhan Haniff hari ini
Ada yang tergelak mendengar apa yang baru sahaja terkeluar dari mulutnya. Nama ‘Cheng Jarang’ itu sengaja ditekannya. Malah gelaran ‘Cheng Jarang’ memang telah direka khas buat cikgu itu kerana rambutnya yang nipis dan jarang. Ini semua idea Haniff. Dia memang tidak meminati matapelajaran Fizik, dan mungkin sebab itu dia tidak sekepala dengan cikgu yang mengajar. Ada sahaja yang tidak kena dengan Cikgu Cina dari Selangor itu baginya.
“Kau ni Niff, ada saja yang tak puas hati, relaks la. Kata nak straight A.” balas Faizol.
 Nyatanya, sudah lama Faizol tidak seaktif dulu. Kalau sebelum ini Faizol salah seorang yang tidak jemu menghidupkan kelas dengan perangainya yang selamba, kini tidak lagi. Faizol sudah banyak berubah. Semua rakan-rakan seperjuangan tertanya-tanya bagaimana rakan mereka bisa jadi begitu. Masing-masing rindu akan usikkan Faizol yang bersahaja. Mereka begitu terasa kehilangan. Insan yang selama ini tidak lekang dengan senyum dan tawa bagai sudah hilang. Sekelip mata, dia berubah.
“Ssshh..cikgu dah datang!” Terdengar suara Naziman memaklumkan ketibaan guru mereka.
Sampai di pintu Hazriq tersenyum. Namun jelas senyumannya menggambarkan ada sesuatu yang sedang mengganggu kotak fikirannya.
“Gaduh dengan makwe ke Cikgu? Monyok semacam aje.” usik Haniff. Remaja itu juga perasan akan kekeruhan wajah cikgu kesayangan mereka.
“Monyok? Masalah kewangan negara la Haniff.?” balas Hazriq berseloroh. Masih boleh dia bergurau walau hati sedang beriak berombak.
“Patutlah berkerut semacam. Nampaknya hari ni takdelah senyuman menawan Cikgu eh.” kali ini Syakila pula menyampuk.
“Layan awak semua alamatnya tak mengajarlah saya. Ada je yang nak tambah.” ujar Hazriq sambil menggeleng.
“Kenalah tambah Cikgu, nanti tak cukup rasa..” Riuh satu kelas dengan gelak tawa. Itulah masalahnya bila Mak Cik Haniff sudah mula membuka mulut. Aura menyengat dari mulutnya lebih cepat dari mana-mana siaran berita.
“Tak nak tukar jantina ke Niff?” Lagi Haniff kena denagan cikgunya.
“Alah Cikgu ni, masa single nilah nak cakap banyak bila dah kahwin esok dah tak sempat nak bercakap. Kita pula yang kena dengar cakap”
“Macam-macam awak ni.” Kelas jadi hidup dengan pelbagai keletah dan gelagat. Ditambah lagi dengan tajuk panas karangan yang mereka bincangkan iaitu Faktor Pembuangan Bayi Dalam Kalangan Remaja menambahkan lagi kehangatan sehangat terik panas mentari. Semua dengan pendapat tersendiri. Kelas juga telah mula membentuk dua kumpulan yang nampaknya sudah siap sedia dengan hujah mereka.
“Jadi Fazlia mesti sayang sangat kat diakan?” Hazriq tiba-tiba teringat akan perbualannya dengan Syakila petang Rabu lalu
“Mestilah Cikgu. Dia orang tu memang rapat sangat, macam tak boleh nak berpisah.” “Hubungan mereka lebih dari sepupukan?”dalam gusar Hazriq menyoal.
“Maksud Cikgu..Mmm, mungkin.Faz tak pernah bagitahu tapi bila tengok Abang Eri pandang Faz memang lain sangat. Tak seorang pun boleh sakiti Faz, dia jaga Faz macam jaga nyawa dia. Abang Eri memang sayang pada Faz, tak ada orang beleh tandingi kasih sayang dia.” Panjang lebar Syakila menjelaskan perihal kawannya. Padanya Cikgu Hazriq perlu tahu semua itu agar dia mengerti dan boleh menyayangi kawannya lebih daripada arwah Tengku Hairi Amer.
Daripada cerita Syakila, Hazriq dapat bayang dan simpulkan betapa dua insan itu saling menyayangi dan memerlukan. Tapi sayang seribu kali sayang kematian telah memisahkan mereka. Dia jadi berfikir sendiri,apa mungkin kasih sayangnya juga begitu pada Fazlia?
“Apa yang dimenungkan tu Riq? Dari tadi tak habis-habis mengeluh. Kita dah lewat nak ke masjid ni.” teguran Haji Zainal membawanya ke dunia nyata.
“Riq dah siap. Kita pergi dengan motor ke Ayah Ngah?”Haji Zainal mengangguk. Mereka menuju ke masjid menaiki motosikal Haji Zainal. Hazriq jadi teringat akan Shahrul. Rindu rasanya pada teman dia yang satu itu. Dia selalu ke masjid bersama Shahrul untuk sama-sama mendirikan solat Jumaat. Padanya Shahrul bukan sekadar kawan, tetapi seorang abang. Walaupun perangai Shahrul sedikit keremajaan, tetapi lelaki itu adalah teman yang baik dan memahami.

Fazlianira cuba mencari jawapan yang terbaik agar kata-kata yang bakal terpacul keluar dari mulutnya sesaat dua lagi tidak mengguris apatah lagi melukakan hati Cikgu Hazriq. Walaupun dia maklum jawapan yang sebenar sememangnya akan membuatkan Cikgu Hazriq jauh hati. Mungkin tidak akan dipamer rasa itu, tetapi sudah pasti akan ada impak di kemudian hari.
“Abang Eri sepupu saya Cikgu, dah tentulah saya sayangkan dia”
“Tapi dia dah tak ada Fazlia, awak kena lupakan dia.” Fazlia menggeleng.
“Tak boleh!
“Kenapa? Awak sebenarnya bukan tak boleh tapi awak yang tak mahu cuba. Awak yakinkan diri awak yang dia ada disamping awak. Dia dah lama mati, awak kena terima kenyataan ini. Kalau awak terus macam ni, awak sendiri yang akan tersiksa. Sampai bila awak nak hidup dalam bayang-bayang? Fazlia, awak kena buat sesuatu..untuk diri awak”balas Hazriq. Kalau Fazlia boleh bertegas, dia juga akan buat begitu. Tetapi selagi dia boleh berlembut dia akan cuba.
Dia tidak mahu Fazlia terlalu tertekan. Cuma, dia mahu Fazlia memikirkan sebab dia bertindak demikian. Jika bukan kerna sayang, jika bukan kerna simpati dan jika bukan kerna cinta Hazriq tidak akan berani mengambil risiko ini. Malah mungkin dia tidak akan sampai membuang egonya sebagai seorang lelaki.
“Cikgu tak faham.” ujar Fazlia perlahan.
Yes, saya tak faham dan saya tak akan faham sebab bukan saya yang laluinya. Tapi kalau awak nak hidup normal macam orang lain, awak kena ubah diri awak. Jangan terlalu ikutkan hati.”
“Cikgu tak rasa apa yang saya rasa..saya takut..” Fazlia bersuara, ada sendu dalam suaranya. Ya. Ada titisan kecil mula menjalar di  pipinya. Hazriq merapatkan dirinya, Fazlia disuruh duduk. Dia menggosok-gosok belakang gadis itu dan berdiri di belakangnya.
“Memang saya tak rasa. Tapi tolonglah..kalau awak dah tak tahan nak rasa semua ni, awak lawan!” Hazriq berhenti, dia sendiri bingung apa lagi yang patut dia katakan. Ini semua kerja pakar. Dia tidak punya apa-apa ilmu dalam bidang psikologi.
“Susah Cikgu.”
“Sssh..abang. Paksa diri awak, abang pun tak tahan tengok awak macam ni.”ujar Hazriq menyuarakan rasa hatinya. Dadanya terasa sebak. Dapat dia rasakan betapa Fazlia sedang cuba melawan penyakit misterinya.
“Abang janji, kita sama-sama lawan semua ni..selagi Fazlia tak sembuh selagi tu abang akan sentiasa ada untuk Fazlia. Jangan nangis lagi sayang.”lemah gadis dalam dakapan Hazriq. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala dan melepaskan keluhan berat.
“Cikgu..”
“Abang..Abang.!” Hazriq cuba bertegas.
“Abang tolong Faz?”
Sure sayang! Abang akan tolong selagi termampu. Fazlia jangan risau.” pujuk Hazriq.  
“Dah, stop it. Bengkak mata nanti nangis lama-lama. Ingat Allah. Selawat banyak-banyak.” ujar Hazriq lagi. Dia cuba menyeka air mata di pipi gadis itu namun sepantas kilat dia dihalang.
“Maaf..abang takde niat apa-apa.” sedar Fazlia bukan sembarangan gadis.Dia melepaskan Fazlia dari dakapannya.Gadis itu tunduk.
“Abang call Ila ya? Minta dia datang. Fazlia balik hostel, rehat banyak-banyak.Jangan menangis lagi, habis make up nanti.”
“Faz tak pakai make uplah!” cepat saja Fazlia menafikan. Hazriq ketawa.
“Abang tahu..saja je nak kenakan sayang.”Fazlia tersenyum kelat. Cikgu Hazriq semakin terbiasa memanggilnya sayang. Entah macam mana jika dia tersasul di hadapan rakan sekelas nanti. Haru-biru satu dunia.
Syakila Marini tiba 15 minit kemuian.Masih lengkap berpakain sekolah, tetapi kakinya sekadar menyarung selipar jepun hitam. Hazriq tahu Syakila adalah teman yang baik untuk Fazlia. Gadis itu sanggup berbuat apa sahaja demi temannya yang tersayang.Malah kehadirannya disisi Fazlia menjadikan Fazlia lebih ceria dan gembira. Jenakanya sentiasa sahaja menghiburkan.

“Awak semua cuma perlu tunggu sampai hujung tahun ini saja. Saya sayang pada masa depan awak semua that why saya tak habis-habis bagi nasihat. Tinggalkan saja niat nak bercouple ni. Tak ada sudahnya. Balik-balik awak semua juga yang akan frust nanti. Ingatlah pesan saya.”
Senyap. Tiada siapa yang berani bersuara apabila Madam Azizah mula memberi motivasi. Yang kedengaran hanya bunyi bising dari aras atas dan blok sebelah. Masing-masing tidak berani membantah atau menyuarakan pandangan. Kalau sekejap tadi, masih ada yang menyampuk tapi kini tidak lagi. Madam Azizah kelihatan serius.
    “Awak semua ada peluang untuik menggenggam segulung ijazah. So please, jangan lepaskan peluang ini.” tambahnya lagi. Hari ini dalam sejarah Madam menyuarakan hal tersebut. Sudah semestinya dia ada terdengar atau melihat perkara yang sudah lama bertapak dan berkembang di sekolah itu. Dia sudah menghidu sesuatu. Selepas ini pasti ada pelajar yang akan ditegurnya. Memandangkan loceng telah berdering, dia mengemas buku-bukunya. Guru yang berumur dalam lingkungan lewat 40-an yang mengajar subjek Matematik Tambahan itu keluar setelah disalami oleh pelajar prempuannya. Dan dalam sekelip kelas menjadi hingar-bingar.
“Kenapa senyap aje ni?”
“Madam sindir aku ke Ila?” Keanehan menjalar di fikiran Syakila. Dia cuba bertanya pada dirinya  sendiri sindiran bagaimana yang dimaksudkan Fazlia.
“Kau perasan tak dia selalu pandang aku masa bercakap tadi. Aku rasa dia tahu pasal Cikgu Hazriq.” Berubah wajah Syakila serta merta. Dia digamit perasaan serba-salah. Patutkah dia membocorkan rahsia yang diketahuinya pada Fazlia? Bagaimana pula nanti reaksi kawannya itu?
“Kau mengarut apa pulak ni? Dia cakap tadi umumlah, yang kau fakir bukan-bukan kenapa?” balas Syakila berbohong. Tidak mungkin dia berterus-terang. Biarlah dia berdosa kerana menipu asalkan temannya tidak berfikir seperti itu lagi.
‘Aku minta maaf Faz, memang Madam dah tanya aku pagi tadi. Dia dah tahu. Tapi aku dah kelentong macam-macam. Kau jangan risau.’
“Aku malulah Ila kalau ada orang lain tahu.” ujar Fazlia jujur.
“Kau malu ada orang sayang kau? Kalau aku, dah aku tayang satu dunia.”S yakila melebih-lebih.
“Bukan itu. Aku tak setaraf dengan dia, dia cikgu. Aku ni apa yang ada?Aku gila Ila.”
“Kau aje yang anggap macam tu. Cikgu Hazriq sendiri tak kisah pasal ni, kenapa kau nak persoalkan? Wei..tolonglah, benda dah lepas.” Syakila bangun sambil mendengus kecil. Dia meninggalkan Fazlia sendiri dan menuju ke luar kelas. Tidak sampai lima minit dia kembali. Dari jarak beberapa meter di belakangnya, cikgu Bahasa Melayu mereka menghayun langkah kemas menuju ke kelas. Berbaju kemeja putih dengan tali leher berbelang serta beseluar slack hitam, cikgu muda itu tampak lebih tampan. Lagaknya bersahaja, namun masih lagi menjadi tumpuan beberapa pasang mata. Tubuhnya tidaklah setinggi Shah Rukh Khan, juga tidak sesasa Salman Khan tetapi masih tetap mampu menjadi igauan ramai gadis.

“Ke mana Ila?” tanya Kartini sebaik sahaja Syakila melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Tandas.” sepatah Syakila menjawab.
“Buat apa?” Fazlia pula bertanya. Dia hairan mengapa tadi Syakila tiba-tiba meninggalkannya padahal mereka masih belum habis berbicara.
“Adalah! Kau orang ni semua nak tahu. Secret okey.” ujar Syakila tersengih. Dia cuba berahsia. Sebaik sahaja dia duduk, Cikgu Hazriq tiba.
“Hensem semacam aje Cikgu hari ini. Ada apa-apa ke?” Faezah yang sedang berdiri di hadapan pintu kelas menegur. Senyumannya yang penuh makna membuatkan Fazlia, Syakila dan yang lain-lain menyampah. Dia memang tidak pernah berhenti meraih perhatian terutamanya golongan lelaki. Fazlia sendiri pernah mendengar desas-desus yang mengatakan bahawa Faezah menyimpan perasaan terhadap Cikgu Hazriq. Dia juga bertekad mahu mendapatkan guru itu. Dua hari lepas Syakila pernah bertanya akan komennya perihal itu tetapi bagi dia, Faezah punya hak. Dia tidak kisah selagi hal tersebut tidak menyakiti hatinya. Tetapi jika sudah terlalu menyemakkan pandangannnya, dia tidak akan segan-silu melancarkan serangan.
“Saya ada date. Maklumlah, orang hensem…makwe pun ramai.” jawab Hazriq berjenaka. ‘Puji diri sendirilah pula aku ni!’desis hatinya.
“Jangan macam tu Cikgu nanti ada yang marah. Seorang dahlah.” sampuk Saiful.Matanya dilirikan betul-betul pada Faezah, pelajar 5 Sains 2 yang selalu sahaja menimbulkan masalah disiplin. Kebiasaannya, dia selalu tiada di kelas. Ponteng! Sejak dua tiga minggu ini sahaja dia lekat di dalam kelas, sejak kehadiran Cikgu Hazriq!
“Ada yang marah ke? Kenapa tak cakap?”Hazriq masih melayan kerenah para pelajarnya yang sudahpun dia anggap sebagai adik.
“Nak cakap tapi malu, kan Faezah?” tambah Saiful lagi.
“Ha’ah. Tergugat kedudukan dia bila Cikgu sembang dengan Faz.” Satu suara mengusik, menokok tambah kenyataan Si Saiful.
“Kau orang melalut apa hah? Aku sepak kang baru tahu.” Dari riak wajah Faezah yang merona merah, sukar untuk dia menidakkan kenyataan maut itu.
“Ha! Apasal babitkan nama aku pulak?” Fazlia berang namanya disebut.
“Cikgukan sayang kau lebih..” jawab Haniff.
“Mulut kau ni aku ganyang dengan cili baru tahu diam!!” Marah benar Fazlia.
“Sshh..awak semua ni selalu saja bertengkar. Haniff..kalau ya pun nak bergurau, janganlah sampai orang marah.” Hazriq meredakan keadaan yang riuh itu. Hendak tergelak pun ada dia menyaksikan Fazlia dan Faezah dikenakan oleh Haniff dan Saiful. Tidak senang duduk kedua-dua mereka. Hazriq menjalankan proses pengajaran seperti biasa. Tutur katanya yang bersahaja dan sering kali disertai dengan unsur-unsur lawak membuatkan ramai pelajar senang belajar bersamanya. Bagi Hazriq sendiri, masa belajar, kita tidak perlu terlalu serius dan tertekan. Belajar secara relaks dan santai lebih mudah dan berkesan.

Hazriq tersenyum dari jauh tatkala dia ternampak Fazlia menjinjit sebuah beg kertas yang sederhaha  besarnya.
“Mana Syakila?” tanyanya sebaik Fazlia tiba di pondok pengwal.
Cancel. Ayah dia datang ambil, family dia nak balik ke Besut.” jawab Fazlia dengan riak wajah yang keruh. Mungkin kecewa kerana kawan baiknya tiada bersama. Dia mencapai pen yang disediakan dan terus mencatat sesuatu pada buku kawalan keluar masuk pelajar asrama.
“Fazlia tak kisahkan balik seorang dengan Abang?” sekali lagi Hazriq bertanya. Fazlia memandang Hazriq dengan dahi berkerut. Dari awal dia sudah mengagak Cikgu itu akan tersasul akhirnya. Nah! Sekarang terimalah padahnya. Matanya beralih pula kepada pengawal asrama, Pak Cik Zainal. Orang tua itu senyum penuh makna.
“Agak-agaklah Cikgu.” Fazlia berbisik.
“Dengan pak cik pun nak sorok juga?” tiba-tiba lelaki itu bersuara. Dia kemudian melabuhkan punggung di meja yang sama dengan Cikgu Hazriq.
“Sorok apa pak cik?” kali ini guru itu pula yang tersenyum padanya. Dia bingung sendiri.
“Fazlia, inilah Ayah Ngah yang Abang cakap tu.” Hazriq memperkenalkan Haji Zainal kepada Fazlia. Haji Zainal pening melihatkan karenah anak saudaranya yang memang sejak dari dulu suka mengenakan orang sekelilingnya. Fazlia duduk dengan agak kasar tanda protes.
“Sampai hati kenakan Faz! Pak cik pun sama.” Kedua-dua lelaki di hadapannya ketawa. Senang barangkali dapat mengusik dan mengenakan orang.

Fazlia berdebar-debar menugggu respon daripada abahnya. Manakala Encik Harun masih lagi dengan wajah yang serius  memikirkan sesuatu. Sebenarnya sejak petang tadi Fazlia sudah berkira-kira mahu memberitahu abahnya  namun dia tidak punya kekuatan untuk membuka mulut, dia tidak cukup berani. Fazlia berdiam diri, membiarkan Encik Harun berfikir. Anjung rumah tradisional moden yang mereka diami sunyi sepi memandangkan jam sudah pun melewati angka 11. Nazri dan Irfan, masing-masing sudah tidur. Puan Fauziah pula sedang melipat kain di ruang rehat.
“Along pasti Along akan kuat kalau suatu hari nanti dia tinggalkan Along?” soal Encik Harun setelah lama berdiam-diri. Si anak terpana.Dia sendiri pernah memikirkan hal yang menakutkan itu. Sayangnya, dia tidak mengerti apa yang harus dilakukan. Dia cuma tahu dia mahukan Cikgu Hazriq sentasa ada dengannya seperti mana arwah Abang Eri dulu. Kini dia pula berfikir. Angin yang dingin menampar kuat tubuhnya menyedarkan dia kembali. Dia memandang Encik Harun. Sesunggguhnya dia tiada jawapan untuk soalan abahnya sebentar tadi.
“Abah tak akan halang, abah juga tak suruh. Along dah besar, dah tahu bezakan yang baik dan buruk. Yang penting Along tahu jaga diri dan maruah keluarga. Jangan terlalu obses dengan hubungan macam ni, okey. Orang lelaki ni, walau sebaik mana pun, nafsunya tetap ada. Along faham kan?” Fazlia mengangguk tanda faham. Lega benar dengan penerimaan abahnya.
“Jom masuk. Dah lewat ni..” Encik Harun mengunci pintu dan gril sebelum mereka anak- beranak beriringan masuk ke ruang rehat. Udara yang begitu sejuk di luar rumah mengcengkam ulu hati.Sejuknya hingga ke tulang hitam.

Fazlia menyalami tangan Encik Harun dan Puan Fauziah sebelum masuk ke bilik. Sedang dia cuba melelapkan mata, telefonnya berdering nyaring. Ada panggilan masuk.
“Waalaikumussalam, siapa ni?” Fazlia tertanya-tanya siapa agaknya yang berada di hujung talian. Suara itu seakan biasa di telinganya.
“Abanglah. Belum tidur lagi?”
“Oh..ingatkan siapa. Boleh cakap ni maknanya tak tidur lagilah.” balas Fazlia. Kedengaran ketawa kecil di talian. Sungguhnya tidak dia menyangka Cikgu Hazriq yang menelefon. Entah dari mana lelaki itu mendapatkan nombor telefonnya.
“Fazlia ni selalu kenakan Abang. Janganlah serius sangat.”
“Bila pula saya kenakan Cikgu?”
“Panggil Abang okey? Cikgu tu kat sekolah takpelah.”
“Malas..tak biasa.”
“Malas? Kalau asyik malas macam mana nak berjaya?”
“Tak ada kaitanlah Cikgu!
Usikan Hazriq mula mencambahkan benih kemesraan antara dia dan Fazlia. Gadis itu semakin menunjukkan tindak balas yang positif. Hazriq yakin suatu hari nanti dia akan bisa menakluki hati Fazlia walaupun dia tahu gadis itu sukar untuk diselami. Dia juga percaya penyakit misteri yang dihidapi oleh  Fazlia akan dapat dirawat. Dia akan berikhtiar sehabis daya mencari doktor yang terbaik bagi menyembuhkan gadis itu.
“Fazlia..” panggil Hazriq.
“Emm?”
“Abang sebenarnya dah lama sayangkan awak. Dah lama Abang tunggu saat ni.” jujur Hazriq menyatakan isi hati. Fazlia diam tidak terkata. Dia menunggu Cikgu Hazriq meneruskan kata.
Say something Fazlia. Kenapa diam saja ni?” Hazriq kekok. Fazlia seolah-olah mahu menjadi pendengar sahaja.
“Tak tahulah. Aaa..Abang cakap Faz dengarlah.” ujar Fazlia lambat.
“Ha! Boleh pun panggil Abang. Ingatkan dah tak boleh sebut perkataan tu.” tukas Hazriq.
“Tak bisu lagilah.”
“Kalau bisu awal-awal lagi Abang tak called. Fazlia happy?”
“Macam biasa, kenapa?”
Nothing. Just want to know. Apa-apa pun, Abang sayang awak tahu.”
Fazlia ketawa. Meremang bulu romanya tatkala mendengar sekali lagi ucapan sayang dari Cikgu Hazriq. Dia cuba sembunyikan perasaan gementarnya. Sukar untuk dibayangkan bagaimana agaknya jika Cikgu Hazriq mengucapkan kata-kata itu ketika mereka bersua muka. Pastinya dia akan mencari tempat yang paling tersorok untuk menyembunyikan muka. Dulu bolehlah dia beralasan lelaki itu bersepakat bersama Faizol untuk memperdayakannya. Tapi kini?

Bersambung .... :)


2 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard