Hati Kena Cekal - Fatihah Fazlin

Isnin, 12 Mei 2014

Hati Kena Cekal



Assalamuaikum..

Baca tajuk kali ni, agak-agak apa yang korang akan fikir.. Apalah maksud hati kena cekal ni. Kenapa tiba-tiba je bangkitkan soal hati ni. Haisssshhh. Baru-baru ni ada sedara bau-bau bacang mengadu.. lebih kepada bercerita sebenarnya.. Dia kata sejak akhir-akhir ni, macam-macam masalah timbul. Lepas satu babak.. timbul babak lain pulak. Kesian jugak kita yang mendengar ni. Simpati!.



Tapi, lumrah kehidupan; kita cuma meminjam. Segala apa yang kita miliki, bukan bersifat kekal. Kan? Tapi apa pun masalah yang kita hadapi, kita kena kuat. Kena cekal. Kena kebal. Kena selalu tanam sifat positif dalam diri.

Tak de manusia dalam dunia ni tak de masalah. Besar atau kecil bukan persoalan. Pokoknya, setiap seorang kita pasti ada sesuatu yang di panggil masalah. Tapi ALLAH dah janji dengan kita, Dia tidak akan membebankan kita dengan masalah yang kita tak mampu nak tamggung! 



So penyelesaiannya.. senang! Cuba redha untuk menerima. Latih diri kuat untuk berdepan dengan masalah. Cekalkan hati supaya diri tidak mudah jatuh saat ditimpa masalah. Sebab masalah ni sebenarnya lebih mematangkan kita. 

Yes. Akan ada yang cakap. "Ala..kau cakap senang la sebab takde masalah. Cuba kau di tempat aku"

Hellooo.. who says?? Siapa kata aku takde masalah?  Ada!!! It just aku cuba tutup masalah tu and be positive... be happy but in the same time cari jalan macam mana nak selesaikan masalah tu. Memanglah bukan mudah, tapi setiap masalah ada jalan penyelesaian kan? Even setiap peenyakit pon ada ubatnya. So? 

Renung-renungkanlah.. Masalah bukan untuk diratapi, tapi untuk diselesaikan. 

Masalah bukan untuk menjatuhkan kita, tapi untuk buat kita lebih dewasa. 

Sekian...
Salam sayang.. :)


4 ulasan:

  1. bila kena kat diri sendiri ambek masa jugak nak bangun kembali..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya betul, tapi at least kita bangun kan. Stay positive. :)

      Padam
  2. yang penting kita kena sentiasa berfikiran positif bila hadapi sesuatu masalah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kak.. itulah yang nik maksudkan.. positif.. :)

      Padam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard