BAB 7
Fazlia, Syakila, Haniff dan
Kartini tekun mendengar penerangan Saiful, merangkap ketua kelas mereka. Bahang
mentari petang itu kurang dirasakan kerana kehadiran angin yang agak kuat. Perbincangan
berkumpulan mereka yang pertama bagi tahun ini berjalan lancar. Subjek Sejarah
yang dipilih untuk dibincangkan agak menarik buat mereka. Saiful yang
sememangnya hantu sejarah menawarkan diri untuk menjadi ‘cikgu’ mereka pada
hari itu. Hampir jam lima petang, mereka selesai berbincang sesama sendiri. Pastinya
banyak subtopic yang tidak difahami
dirujuk oleh mereka. Nyata, masing-masing begitu bersemangat untuk belajar demi
membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan besar pada hujung tahun nanti.
Setelah usai membasuh
kain di pantry, Fazlia turun ke
ampaian untuk menyidai pakaiannya. Kemudian, dia naik ke dorm menunaikan solat
asar. Setelah solat, dia menggosok pakaiannya. Syakila pula tidur
berlingkar di katil. Letih katanya. Sebaik sahaja loceng makan dibunyikan, Fazlia
terus sahaja mengejutkan kawannya itu. Mereka turun ke dewan makan setelah
menyiapkan diri. Kedua-duanya memang memerlukan sesuatu untuk dimakan.
Laju Hazriq menunggang
motosikal Yamaha RXZ milik Shahrul. Angin kuat menampar seluruh tubuhnya, menghilangkan
terik panas sang suria yang kian membakar bumi. Kelajuan yang melebihi had laju
yang dibenarkan membolehkan Hazriq tiba lebih awal di rumah Ayah Ngahnya. Tanpa
menunggu lebih lama, Hazriq bergegas pula ke Kota Bharu. Jam 12.30 tengah hari
tadi dia mendapat panggilan dari setiausaha 3H Holding mengatakan bahawa client dari Korea telah tiba di Kelantan
lebih awal dari tarikh yang dijanjikan. Malah mereka sekarang berada di pejabat
3H Holding!
Hazriq penat, dia
benar-benar keletihan. Dari satu tempat ke satu tempat dia berkejar. Namun, demi
mama, demi papa yang telah banyak menabur jasa padanya, dia rela mati
keletihan.
“You know what Hazriq? First time I heard about you, I actually did not
sure with your capability…you know…How can I accept that young man like you can
handle a big bussines like this? But now, you proof it young man! I’m sure
Dato’ Hisyam was so proud of you. He’s really lucky. Well done!” Panjang Mr. Koon mengakhiri perbincangan mereka.
Kembang-kempis hidung Hazriq mendengar pujian untuk dirinya itu. Nyata, Dato’
Hisyam tidak salah dalam memilih.
“I..Well..it’s was my responsibility, I’m his son. Anyway thanks so
much, Mr.Koon. Thank you for
believing all my work.” Bertalu-talu ucapan terima kasih Hazriq. Dia
membalas huluran tangan dari lelaki Korea itu. Beberapa wakil lain yang turut
bersama Mr.Koon tidak ketinggalan berjabat tangan dengan Hazriq.
Setelah hilang sahaja
wakil-wakil dari syarikat Korea dari pandangan yang hanya terpisah dek cermin
lutsinar, Hazriq tersenyum puas. Jujur, pada mulanya dia agak gementar untuk
menguruskan mesyuarat itu tanpa kehadiran Dato’ Hisyam. Manakan tidak!Mr. Koon
dan rakan seperjuangannya tadi bukan calang-calang orang, mereka datang dari
syarikat gergasi besar dari Asia Timur semata-mata untuk melihat dan meneliti
beberapa proposal baru yang dikemuka
oleh 3H Holding.
Alhamdulillah..Akhirnya
terjawab sudah kegelisahan yang melanda dirinya sejak awal tengah hari tadi. Nasibnya
baik kerana orang kepercayaan Dato’ Hisyam ada bersama ketika mesyuarat itu
berlangsung. Jika tidak cuak juga mengendalikan mesyuarat tanpa insan yang
lebih berpengalaman.
“Mama tahu anak mama pasti boleh handle. Kalau tidak papa takkan ambil risiko ni and bagi sepenuh
kepercayaannya pada Hazriq. Mama bangga dengan Riq!”
“Riq hanya buat yang termampu ma..nervous jugak mula-mula tu.”Datin Hasna ketawa di hujung talian. Dia
tahu bagaimana perasaan Hazriq. Tanggungjawabnya besar.
“Congratulations
Riq!”
“Ma..mama tahu kan Riq tak nak terlibat dalam bussines
papa. Riq terpaksa.”Akhirnya terluah jua apa yang terbuku di hati. Hazriq
sebnarnya terseksa hidup bergelumang dengan kesibukkan yang tidak bertepi. Sesungguhnya,
hanya mama yang tahu akan hal ini, kerana hanya pada mama dia mencurahkan segala
yang terpendam.
Walau apapun yang berlaku, dia harus memikul
tanggungjawab ini sama ada dia mahu atau tidak! Hazriq terima…dia terima demi
mahu menjaga hati Dato’ Hisyam, seorang ayah yang selama ini telah memberikan
dia kehidupan. Hazriq lebih rela mempertaruhkan minatnya yang mendalam dalam
profession perguruan daripada mengingkari kata muktamad Dato’ Hisyam.
Cita-citanya besar mahu menjadi seorang pendidik yang
berjaya untuk anak-anak bangsa. Masih segar lagi dalam kotak fikirannya, beberapa
tahun lepas dia berperang dingin dengan Dato’ Hisyam. Orang tua itu mahu
menghantarnya ke Austaralia, namun dia tetap berkeras mahu melanjutkan
pelajaran dalam bidang pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Akhirnya terpaksalah orang tua itu mengalah, namun dia masih lagi menetapkan
satu syarat. Hazriq hanya memiliki tiga tahun untuk menjadi seorang guru
setelah graduasi. Setelah itu, dia harus melupakan terus impiannya itu. Tika
itu, walaupun dengan hati yang berbelah bagi, namun dia terima. Demi papa.
“Riq tak kasihankan papa?” soal mamanya.
“Sebab kasihan dan sayangkan papa Riq buat senua ni ma. Walau
terpaksa berkejar, walau letih sekalipun Riq tetap mahu tunaikan janji Riq. Tapi
Riq penat ma..” Datin Hasna sebak. Ya! Dia faham perasaan Hazriq. Tapi, apa
lagi yang bisa dia lakukan selain mejadi tulang belakang, menyokong Hazriq. Hazriq
adalah kurniaan Tuhan yang hebat biarpun 23 tahun lepas dia terpaksa menahan
sakit yang teramat untuk melahirkan. Tidak terlintas di benak untuk memuji anak
sendiri, hakikatnya Hazriq punya periadi yang baik, lebih baik dari abangnya, Hakim.
Amat memilukan hati bila berbicara mengenai Hakim. Datin Hasna keliru dan tidak
mengerti di mana kesilapannya bersama suami dalam mendidik anak sulung mereka.
Semua kasih sayang dan wang ringgit telah dibahagi sama rata. Tiada yang dapat
lebih, dan tiada yang dapat kurang.
*****************************************************************************
Setiap kali dia rindu untuk menatap wajah manis Fazlia, dia
sentiasa membuka dompet kecilnya. Di situ terselit gambar gadis itu. Rasa
rindunya tidak dapat dibendung. Setiap masa fikirannya melayang teringatkan
Fazlia. Sungguh kuat penangan gadis itu.
Setelah puas meratah raut wajah Fazlia, Hazriq kembali pada kerjanya yang
menuntut seribu satu ketelitian. Kontak baru yang diterima petang tadi daripada
Kak Imah, merangkap setiausahanya di 3H Holdings. Hazriq meneruskan
pembacaannya dengan lebih teliti. Dia tidak mahu menurunkan tandatangan secara
membabi buta. Hampir satu jam dia bersama kontrak-kontrak tersebut. Letih,
penat, mengantuk semua ada. Namun, ditahannya juga kelopak mata agar tidak
terkatup sewenangnya. Petang tadi, dia telah berjanji dengan Kak Imah, kontrak
itu akan diambil awal pagi esok. Jadi, dia harus menyelesaikannya malam ini
juga.
“Duduk dulu Kak Imah, saya pergi ambil fail kat dalam” jemput
Hazriq. Setiausahanya patuh. Sebentar kemudian Hazriq keluar dengan beberapa
buah fail dan pendraf.
“Bos, pihak NRQ Maju ada call, mereka nak disscus
fasal proposal yang kita bagi. I dah confirm the date, Isnin
depan jam 4.30 petang. High Tea at Hotel
Perdana. Bos free that time?”
“My schedule
macam mana?”Hazriq pula bertanya tanpa mempedulikan pertanyaan setisusahanya. Dia
sibuk meneliti dokumen diatas meja buat kali terakhir. Takut-takut ada
kesilapan.
“I dah tengok, ok..on! Tapi tak tahu la kalau Bos ada
temujanji peribadi yang tak masuk dalam schedule.
Kalau ada may be I boleh tukar…”
“No..no..no..confirmkan tarikh tu.”cepat Hazriq
memintas. Dia tidak mahu mengubah apa-apa. Nanti, apa pula tanggapan yang
diberikan NRQ Maju. Dia tidak mahu reputasi diri dan syariakt terjejas dek
kerana selalu sangat postponed meeting yang dia sendiri aturkan.
“Bos, I dengar Dato’ akan lawat 3H Holdings
bulan depan. Betul ke?”
“Siapa bagitahu Kak
Imah? Entahlah I pun tak dapat
apa-apa berita lagi, I akan cuba
tanya Dato’.Masih lagi sibuk dengan fail, Hazriq menjawab. Di hadapannya, setiausaha
3H Holdings setia memerhati gelagat bos kesayangan staf-staf di pejabat. Macam
mana tak boleh sayang, bos muda ini amat menitikberatkan tentang kebajikan anak
buahnya. Ramah, baik, teliti, tegas dan yang paling penting tidak pernah
menyombong.
“Okey, beres! Semua dah sign.
Ada lagi Kak Imah?”
Lega Hazriq. Kerjanya
selesai. Dua tiga hari ini, mungkin dia boleh berlapang dada. Kontrak besar sudah
diselesaikan. Kerjasama bersama NRQ Maju hampir ke kemuncak. Besar kemungkinan
proposal yang dibentang akan berjaya menarik minat pihak tersebut. Harapan 3H
Holdings untuk bekerjasama dengan pihak NRQ memang menggunung.
Bersambung.. :)
Bersambung.. :)
Tiada ulasan:
Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.