Fazlia memekakkan telinga mendengar bebelan Syakila. Saat
dia muncul di kelas jam tujuh pagi tadi, temannya itu seakan tidak mahu
berhenti bercakap. Mulut becoknya seolah-olah tidak mengenal erti penat. Bebelannya
yang entah apa-apa membuatkan Fazlia sekadar memasukkan butir bicaranya ke
telinga kiri, singgah sesaat di minda seterusnya keluar melalui telinga kanan. Lebih
baik kiranya dia menelaah buku kimia daripada menyesakkkan telinga.
“Kau dengar tak apa aku cakap ni?”
“Dengar..”
“Habis tu, nak maafkan dia tak?” Fazlia memandang tepat ke
wajah Syakila. Apa dia tersalah dengar atau Syakila yang tersilap cakap. Lain
macam saja kata-kata yang terkeluar dari mulut temannya itu.
“Maaf apa pulak kau ni?” Syakila menepuk dahinya. Rasa
mahu saja dia menyiat-nyiat telinga Fazlia.
“Dengarlah konon! Bagi perhatian boleh tak?” Marah
Syakila. Sakit hatinya dengan perangai Fazlia yang satu itu.
“Hah, cakap apa dia?” Fazlia berlagak bengang. Salahnya
juga tidak bersungguh-sungguh awal tadi.
“Faizol..dia nak minta maaf dengan kau. Dia menyesal cari
gaduh dengan kau.”Riak wajah Fazlia berubah serta-merta. Lagi-lagi nama lelaki
itu yang menjadi santapan telinganya. Ada sahaja cerita mengenai Faizol yang
mahu disampaikan padanya. Memang semua orang di sekelilingnya sudah dibutakan
oleh Si Faizol.
“Stop it Ila! Aku
tak nak dengar..”
“Tapi..”
“Kalau kau sebut nama dia depan aku, maknanya kau bukan
kawan aku.” Tanpa berfikir panjang, Fazlia memutuskan begitu. Dia sudah benci
mendengar nama Faizol dilafaz berkali-kali oleh insan-insan yang disanyanginya.
Benci yang terlalu benci!
“Okey.. Lepas ni aku tak cakap. Janganlah emo sangat. Asyik
nak marah aje.”Ujar Syakila. Dia menarik muncung panjang. Fazlia seakan tidak
mahu berhenti membenci Faizol.
“Dahlah, aku tak mahu dengar apa-apa lagi, jom kata ke
library..Nanti orang ingat kita ponteng.” Fazlia menarik tangan Syakila. Mereka
beriringan berjalan menuju ke Blok F. Perpustakaan agak penuh dengan kehadiran
tiga kelas pada satu masa. Kedengaran satu pengumuman dibuat. Semua pelajar
kelihatan menyepikan diri memberi laluan kepada pengumuman tersebut. Fazlia dan
Syakila yang sedang asyik menyiapkan kerja sekolahnya berhenti seketika.
‘Perhatian kepada semua exco pengawas tugas-tugas khas, anda
dikehendaki berkumpul di Anjung Jaya sekarang juga.’
Syakila tersenyum demi mendengar pengumuman tersebut. Sedar
dirinya adalah salah seorang exco pengawas, dia mengemas semua buku-bukunya, hanya
sebatang pen dan sebuah buku nota yang dicapai. Persediaan jika terdapat
apa-apa nota penting yang perlu dicatatnya semasa perjumpaan nanti. Fazlia tahu
panggilan tersebut adalah berkaitan dengan watikah pelantikan pengawas yang
bakal diadakan minggu hadapan. Dia ditinggalkan sendirian. Terkebil-kebil juga
dia tanpa Syakila. Rakan-rakan lain bukannya tidak ada cuma dia agak kekok untuk
menegur dan berbual tanpa Syakila. Selalunya Syakilalah yang memulakan
perbualan sama ada rasmi ataupun tidak. Dia bukan seperti Syakila yang mudah
beramah mesra dan bertegur sapa dengan orang lain. Untuk bergurau senda dan
bergelak tawa, itu lagi jauh sama sekali.
“Tak baik termenung.. Dah sampai ke bulan ke
apa?” Tergamam Fazlia mendengar suara garau yang seakan begitu hampir dengan
deria dengarnya. Romantik! Entah milik siapa suara itu. Dia menoleh.
“Apa ni Cikgu? Buat saya terkejutlah. Macam dah tak ada
kerja lain.” Bergetar suara Fazlia menahan marah. Walaupun suaranya tidak sekuat
mana. Namun dia pasti ada yang terdengar. Tapi lantaklah! Siapa suruh dia
diperlakukan begitu.
“Saya memang tak ada kerja lain selagi awak tak terima
saya. Please, maafkan saya.” Ujar
Hazriq separuh berbisik, tangannya sibuk membetulkan kerusi untuk duduk
walaupun tidak dipelawa. Buku Fazlia diambil dan dibelek beberapa kali sebelum
memulangkan kembali kepada gadis itu.
“Cikgu..tolonglah. Saya tak nak dengar apa-apa pun. Setiap
masa Cikgu asyik ganggu saya, rimas tahu tak! Saya nak belajar Cikgu..Saya rayu
Cikgu..tolonglah..” Fazlia cuba menduga dan mencari di mana dan sejauh mana
kebenaran kata yang dilafaz lelaki di sebelahnya.
“Yup..you have to
study. Saya tak halang. But please..percaya
saya. Saya sayangkan awak.”
“Hak Cikgu untuk sayang sesiapa. Jangan kacau saya lagi. Saya
tak nak ada kaitan lagi dengan Faizol.”
Dalam getar Fazlia mengutarakan kata. Jauh di sudut hati,
kata-kata lelaki itu amat terkesan di jiwanya. Seboleh mungkin dia cuba untuk
tidak mempamerkan segala riak yang bisa menggambarkan isi hatinya. Dia tidak
mahu Cikgu Hazriq tahu akan hal itu. Sama ada benci yang telah sekian lama
terpahat atau sayang yang harapnya tidak akan hadir atau apa jua perasaannya
tetap dia tidak mahu pamerkan. Biar dia saja yang mengolah segala rasa di jiwa.
Orang lain tidak berhak untuk tahu.
“Mulai sekarang saya pun tak ada kaitan dengan dia. Demi
awak Fazlia..Saya betul-betul serius sayangkan awak.”
“Terpulanglah Cikgu, saya tak mahu ambil kisah.”ujar
Fazlia senada. Muka Cikgu Hazriq tidak
berani di pandang.
“Jangan macam ni Fazlia, kalau awak tak sayang saya, at least jangan benci saya.” Berkerut
dahinya, kenapa lelaki ini boleh bicara sedemikian sedangkan dia tidak tahu apa
yang tersirat di sebalik perasaan benci yang ditunjukkan.
“Siapa yang benci Cikgu dan siapa yang tak sayang
pulak?”Bulat mata Hazriq memandang Fazlia. Halkumnya bergerak-gerak menelan air
liur.Seakan tidak percaya dengan kebenaran suara yang didengar.
“Then?” Fazlia
menjongket bahu.
“Entah! Saya nak buat kerja Cikgu..” Hazriq tersenyum, sedar
usahanya menyemai cinta akan membuahkan hasil yang tak ternilai harganya.
“Awak serius ke ni?” tanya Hazriq inginkan kepastian
walaupun dia sejak awal-awal lagi yaki n cintanya untuk Fazlia memang akan
terbalas. Cuma cara cintanya dibalas lain dari yang lain.Tapi siapa yang tahu
takdir Tuhan? Segala ajal, jodoh dan maut terletak di tangannya.
“Serius apa bendanya Cikgu ni?” tanya Fazlia buat-buat
tidak faham.
“Thanks..ni yang saya sayang sangat-sangat ni!” ujar
Hazriq gembira. Jujurnya dia tidak pernah segembira ini. Inilah kata orang, usaha
tangga kejayaan. Dia memandang gadis disebelahnya. Fazlia hanya membalas
pandangan tersebut dengan wajah yang selamba. Tiada kata yang ditutur cuma
gerak mata yang menjelaskan semua yang terpendam….
“Kan aku dah cakap! Kau tu yang tak nak dengar, ei..firasat
aku tak pernah salah la.”ujar Syakila. Walaupun dia pada awalnya sedikit kurang
percaya, namun dia yakin tidak ada sebab untuk rakannya berbohong. Maknanya
memang betul sangkaannya sebelum ini, Cikgu Hazriq sememangnya ada hati pada
Fazlia. Masakan tidak, setiap masa anak mata lelaki itu tidak pernah lari dari
melirik pada temannya itu. Malah kejadian yang berlaku pada petang Jumaat di
perkarangan asrama beberapa hari lepas sudah cukup untuk membuktikannnya. Hanya
Fazlia yang tidak menyedari atau mungkin juga dia pura-pura tidak menyedarinya.
Tapi apapun dialah insan yang paling bahagi saat ini. Pesaing kuatnya telah
menjadi hak milik orang lain. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan salam dari
seseorang.
“Eh Cikgu..tak balik lagi?” tanya Syakila
berbasa-basi.Salam yang dihulur dijawab perlahan sahaja.
“Ada datelah!” jawab Hazriq sambil tersenyum.
“Kalau macam tu, saya balik dulu Cikgu. Faz, aku chao
lu..” Syakila berpamitan.
Fazlia memerhati gelagat pengawas sekolah yang juga
merangkap Penolong Pengerusi Kadet Bomba Sekolah. Tidak dinafikan, Syakila
memang agak terkenal dalam kalangan guru dan pelajar sekolah. Pengawas itu
sudah acap kali mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian ko-kurikulum dan
akademiknya. Syakila Marini adalah salah seorang pelajar aktif disekolah, tidak
seperti dirinya yang hanya pandai melihat orang kain berkawad.
“Fazlia dah makan?” tidak ada jawapan, hanya gelengan
kecil.
“Kita makan kat luar nak? Abang belanja...” cadang Hazriq.
‘Hai, baru aje kenal berabang-abang. Betul tak mamat ni?’
“Saya janji dengan Abah, dia jemput saya hari ni. Cikgu
ni sihat tak?” soal Fazlia,dia kelihatan serius. Sekali lagi senyuman Cikgu
Hazriq mendetakkan jantungnya dengan lebih laju.Lelaki itu seakan menganggap
kata-katanya sebagai gurauan.Tidak pernah dia kisah dengan kata sinis mahupun
pedih yang dituju padanya.
“Of course saya sihat..kenapa?” soal Haziq kembali.
“Dah tu siap bahasakan diri tu abang apasal?”
“Saja..saya nak awak panggil saya abang. Saya tak nak
dengar lagi panggilan lain, bolehkan?” Fazlia menjeling. Dalam masa yang sama
dia mencebik. Cikgu Hazriq memang mengada-ngada!
“Eh! suka hati sayalah nak panggil apa..cikgu ke, abang
ke, sayang ke..mana boleh suruh-suruh..” marah Fazlia perlahan.
“Fazlia ni garanglah. Panggillah apa pun, abang tak kisah
sayang.”balas Hazriq dengan niat mahu mengenakan gadis yang menjadi pujaan
hatinya sejak beberapa bulan yang lepas.
“Cikgu ni tak tahu malu eh?”
“Dengan awak je, orang lain tak..”
“Yelah tu..saya nak baliklah.Abah tengah tunggu.” tukas
Fazlia cuba meloloskan diri daripada Cikgu Hazriq kerana setiap saat lelaki itu
tidak lepas dari mencuri pandang wajahnya. Dia malu diperlakukan demikian.
“Eh, nantilah! Kan panas ni..” sekat Hazriq. Bukan niat
mahu menghalang cuma tidak mahu Fazlia berpanas. Demamnya masih belum sembuh lagi..
bersambungg ...:)
ni dah mula menulis ye?
BalasPadamHeee..sejak dari form2 lagi kak.... :)
Padam