ASSALAMUAKUM.
Ego?? adalah salah satu sikap mazmummah ye. Jangan terlalu 'peraja'kan ego ni sebab ia boleh membuatkan seseorang menjadi tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar. Yes, semua orang ada egonya sendiri..me too..cant deny it!
cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut yang perlu kita kawal sebaiknya. sebab ego ni kadang-kadang boleh buat hidup kita merana! AWAS!
Ego jugak kadang-kadang berkait rapat dengan sifat sombong atau disebut juga takbur. Sifat ini jugalah yang
tercela dan dibenci oleh Allah swt. . Manusia lebih suka menyeksa diri sendiri kerana mahu mencari peluang untuk
dipuji, dianggakat dan disanjung. Sedangkain kita semua tahu yang pujian itu sebenarnya sebuah ujian ! Lagi teruk,ada manusia yang berlakon di depan orang lain. Allah
marah kalau kita riak.. takbur dengan apa yg kita ada samada harta, ilmu, amal
dan sebagainya.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kalian aku beritahu
sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu.
Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila
seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila
mengetahui seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Peringatan untuk diri sendiri juga, dan kita semua. Kita sama-sama renung balik diri kita. Muhasabah. Moga kita bukan salah satu daripada mereka. Buang ego! Tolak Takbur. Dua-dua satu sifat yang membinasakan.
Sekian.
Salam sayang :)
moga kita semua dijauhkan dari sifat mazmumah ini
BalasPadamAminnn... :)
Padamsemoga kita semua terhindar daripada sifat ego
BalasPadamYa kak...aminn...
Padam