10 Days Challenge | Day 9: 9 Loves - Fatihah Fazlin

Rabu, 10 September 2014

10 Days Challenge | Day 9: 9 Loves


ASSALAMUALAIKUM..



10 DAY CHALLENGE di hari yang ke 9. Fuhhhh.. Gigih segenap jiwa nak siapkan 10 cabaran! Takpe takpe. Alang-alang dah mulakan, nik akan habiskan. Satu entry sehari okeylahkan? daripada biarkan blog bersawang tak di update. Masalahnya ada ke orang nak baca? eh ada... sape kata takde? Kalau orang tak baca, view taklah meningkatkan. Alhamdulillah walaupun tak banyak. Dah nama pun blog personal, picisan pulak tu..hehehehe...

Stop merapu, jom baca cerita nik di hari ke sembilan ni.!! 9 LOVES ? ? ? Nik agak challenge ni nak nik kemukakan SEMBILAN benda/orang/ape-ape je yang nik sayang kot. Kita assume macam tu jelah eh?

Dalam hidup, orang yang paling nik sayang dari dulu sampai sekarang adalah family terutamanya mak abah dan adik-adik yang gila Ps kat rumah. Merekalah nyawa nik. I'll do anything to make them happy. Even nik banyak buat salah atau benda yang mak abah tak suka, tapi dalam hati ni, tetap sayang! So YOU! beware! dont ever dare to make something stupid to my parents. 

Sahabat.. orang kuat nik, juga tulang belakang, sebab nik dah anggap dia macam family. Walaupun sempat kenal sekejap je, tapi UKHWAH tu macam dah bertahun. Takyah la mention kat sini kan? Sebab dia tahu siapa dia. heheheh. btw, TQ sudi berkawan dengan nik.. Lap u lah!!

Lagi?? hmm..handphone nik kot.. harta dunia yang paling mahal yang nik miliki. Ye harta dunia..huhuhu. harta yang nik beli dengan titik peluh yang berbesen-besen peluhnya... tapi hp tu dah tenat. nak tahu cerita? Korang baca kat ENTRY JIWANG NI. Nak cerita sekali lagi takut banjir pulak! eh %#$^$*^

Seterusnya koleksi novel nik yang tak berapa nak banyak lagi tu. Nik suka membaca, lebih-lebih lagi novel. Kalau dah suka, banyak la yang nik dah beli. Tambah-tambah bila dah keje ni, setiap kali gaji nik cuba dapatkan satu novel. hehehe. Dapat baca novel tak tidur pun no hal. Dan i love my collections verry much.

Kesayangan dan kecintaan nik yang lainnya... foods! yes. iolls adalah penggemar makanan especially seafood dan tomyam.  Next, my Blog. Yang ni takleh tinggal. Jatuh cinta dengan fatihahfazlin333.blogspot.com pada tanggal 02.10.2012.. hehehe. Sampai sekarang masih bercinta dengan blog ni.

Next, i love writting! sebab tu blog ni wujud dan sebab tu jugaklah ada dua e-novel yang nik tengah usaha sehabis daya untuk siapkan dan update kat sini. kalau ada yang sudi baca, silakan. Kalau nak yang cintan cintun korang baca Kerana Cinta Klon. Tapi kalau nak yang lawak-lawak romantik gitu korang baca Puteri.. Dia Suami Nur! ... hehehe


Apa lagi eh? oahhh blue! yang ni dah terang bersuluh lampu neon kan? blog pun dah biru.. Biru muda ye adik kakok. Kalau boleh semua nak biru. baju.. beg.. jam.. rumah.. eh? okey next! Cincin....oooo..cincin yang mak dan kawan kesayangan bagi, tak pernah terbuang dari jariku. Sayang yang teramat wehhhh..

last but not least, my purse. Walaupun tak berwarna biru tapi nik tetap sayang! dah dekat 3 tahun guna purse yang satu tu. Harga jangan terkejut eh RM10 je, kat mana entah nik beli, lupa. Tapi tak pernah terasa nak guna atau beli yang lain. Selesa dengan yang tu jee...Dah lama guna kott..

OK!
tarik nafas... hembus. 
siap!! 9 kesayangan nik. Kalau ikutkan, banyak lagi. Tapi ni antara yang terlintas kat kepala masa menaip. Ni jelah yang tersenarai.
byeeeee :)
































2 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard