Blog FatihahFazlin direviw oleh Denaihati.com - Fatihah Fazlin

Selasa, 16 September 2014

Blog FatihahFazlin direviw oleh Denaihati.com

ASSALAMUALAIKUM...



Blog Fatihahfazlin direview oleh Denaihati.com | Alhamdulillah. Syukur dipanjatkan kepada Allah swt kerana bagi peluang yang sebegini rupa. Yang mana jarang-jarang diperoleh. Baru-baru ni, blog nik menjadi sebuah blog yang bertuah kerana dipillih untuk direview oleh sebuah blog yang terkenal dan pemiliknya memang bukan calang-calang, Tuan Denaihati. Sebelum nik menulis lebih panjang, jutaan terima kasih sekali lagi kepada Tuan Denaihati dan Saudara Eizil.

Banyak lagi kelemahan blog nik ni sebenarnya. Kalau korang tengok blog ni memang cantik. Nik suka sangat! Ehh. Warna kegemaran nik lagi tu. Tapi macam yang selalu blogger otai cakap, nak berjaya dalam bidang ni, kita kena titikberatkan dari segala aspek. Banyak ilmu baru yang nik dapat setelah blog direview oleh Denaihati.com. Review yang diberikan oleh Denaihati.com lengkap untuk keseluruhan blog nik, Insyaallah akan nik gunakan kesempatan ni untuk perbaiki mana yang kurang dan tambah apa yang perlu untuk masa depan blog ni.

Bagi korang yang nak baca review tersebut boleh masuk ke link INI. Insyaallah, ianya bermanfaat untuk semua yang membaca apatah lagi untuk blogger baru. Nik yang 2 tahun berblog ni pun dapat banyak ilmu blog kat situ. Antara yang disentuh dalam review tersebut adalah: 

-  penggunaan gambar yang tidak dikecilkan.Sebelum ni nik tak pernah kisah pun. Kena ambil berat untuk pastikan loading blog lebih cepat dan laju.
Penggunaan disable highlight. Nik dah able balik dah. Banyak juga keburukan dia.
set target sebagai blank (buka di new tab/window)
sistem navigasi.
saiz font yang kecil. Kena alert tau pasal ni. Susah orang nak baca kalau font kecil atau warna yang kurang jelas.
-  tiada elemen SEO. Ohooo. nak kena belajar banyak lepas ni.
links dalam halaman utama terlalu banyak. Nik tak faham dan tak tahu sebelum ni, tapi bila dah tanya orang baru tahu.
daftar domain dot com. Sedang dalam pertimbangan. Soon nik akan tukar sebab memang dah lama nik berimpian nak tukar domain.
 
Yang paling terkesan tentang review tersebut nik rasa pasal elemen SEO yang mana ianya memang nik sedar amat penting. Nik cuba belajar pasal SEO ni perlahan-lahan.Boleh dikatakan pengetahuan tentang SEO nik KOSONG!  Perlu berguru dengan mereka yang pakar juga kan? 

Pendapat korang tentang blog nik pulak macam mana?

7 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard