Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik - Fatihah Fazlin

Rabu, 24 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik

ASSALAMUALAIKUM




Rumah Impian Nik | Masa budak-budak dulu, selalu berangan nak ada rumah sendiri. Pulak tu tak nak rumah yang biasa-buasa ni, nak banglo tiga empat tingkat macam rumah Dato' Yusof Haslam dalam cerita sembilu tu.. hahaha. Lagaknya impian nik ni kalah Tan Sri Puan Sri korang. Hahaha.

Nak ada gelanggang tenis dalam kawasan rumah, nak ada swimming pool sebesar laut cina selatan, nak ada taman bunga kalah pesta floria kat Putrajaya, nak ada bibik untuk setiap tingkat rumah, nak ada bodyguard berkawal empat penjuru. .. hoiii sangat kan??? 

Korang yang baca mesti hangin satu kepala. Sabar ye... ^_^

Dan masa pun berlalu. Nik pun dah meningkat dewasa. Dah pandai dah ukur baju di badan sendiri. Dah pandai dah ukur saiz rumah ikut gaji bulanan yang diterima. Ahaks.!  So now, nik decide nak rumah impian yang the verry simple, tak payah besar macam rumah Dato' Siti Nurhaliza, tak payah macam rumah Mawi. Just rumah macam kat bawah ni je pun okey dah.erkkk..

Rumah idaman yang nik imaginkan, cukuplah seleasa dan berkonsepkan modern English.. gitewww.. Pastel colour.. Dinning table kaca yang modern. Pokoknya yang simple simpel je bukk. Ada mini garden. Tanam pokok tulip! I love tulip forever. Tapiii.. hidup ke tulip kat Malaysia? ? Okey second choice, kalau tulip hidup segan mati tak mahu, nik tanam orkid.. 


Ada lagiii.. rumah impian tu jugak nanti kat luarnya kena ada buaian. Ala buaian yang boleh naik empat orang secara berdepan tuuu.. boleh bayang kan? Boleh buat sendiri tu... tak yah beli, mahal. Ini cuma impian  je tau korang. Impian yang nik cuba usahakan.. jangan pulak nanti ada yang datang rumah nik, eh takde pun pokok tulip! Eh takde pun buaian 4 orang duduk! Korang jangannnnn.. 

6 ulasan:

  1. semoga impian nik tercapai...tak dapat semua, dapat sikit pon jadi la yer...^_^

    BalasPadam
  2. perghhhhh... besar rumah.. hehe..

    BalasPadam
  3. Saya tak nak rumah yang besar sangat.. Nanti penat nak kemas.. Hihi

    BalasPadam
  4. Mmg nak rumah yg besar serba lengkap tapi apakan daya ikut kemampuan juga kan ... hehe

    BalasPadam
  5. Perhhh... besau & cantiknyaaaa... kalu dah dapat rumah macam nih... tak keluar rumah pun tak per kan... ekekeke...

    Jom tgk rumah impian saya pulak jejom... ekekekeke....

    http://supernifzvitamin.com/hari-6rumah-idaman-cabaran-30-hari-entry/

    BalasPadam
  6. semoga tercapai hajat yer. dalam masa terdekat boleh la beli buaian dulu kot...

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard