Cabaran 30 Hari | Hari 21: Tempat Yang Teringin dan Tak Pernah Nik Pergi. - Fatihah Fazlin

Ahad, 21 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 21: Tempat Yang Teringin dan Tak Pernah Nik Pergi.

ASSALAMAUALAIKUM.

Tempat Yang Teringin Dan Tak Pernah Nik Pergi | Salam Isnin korang.  Kepada yang bekerja, selamat menjalankan tugas masing. (Sebenarnya entry ni di taip malam tadi,tapi terlupa publish pagi tadi. Mohon sejuta kemaafan pada anda dan diri sendiri kerana tidak berdisiplin). #Kelabbloggerbenashaari

Dalam entry yang lepas ada jugak nik bercerita pasal tempat yang teringin nik nak pergi. Tapi malas pulak rasa hati nak menggodek entry tu. Biarlah kan? Meh nik cerita lain ye. Tempat paling palinggggg nik nak pergi dan nik tak pernah pergi pun seumur hidup ni, Mekkah al Muqaramah.

Orang lain especially mak abah nik, dorang tak tahu nik menabung sepuluh sen sehari untuk tujuan ini. Sekarang dah kerja, gandakan 10sen tu jadi RM1 sehari. Korang kiralah. hehehehe. Benda tak mustahil.


Masyallah. tengok gambar hati rasa membuak-muak nak pergi. Moga Allah bukakan pintu rezeki untuk nik. Nak bawak mak abah jugak. ")

Kamsahamida... hehehe. negara yang nik teringin jugak nak pergi, nilah! Korea. Huaaaa. Menangis tengok winter sonata dulu sebab tempat diorang berlakon teramatlah cantik. Dah plan baik punya dengan adik kesayangan nak pergi jugak tempat ni kot-kot mana pun. Dapat pijak tanah Korea je pun, jadilah. Adik nik kempunan nak bercakap korea dengan orang korea. Cakap dengan nik, nik balas "TALK TO MY HAND!" hambekk mung. padan muka. Kaklong kawasan mung ni tak minatlah kpop bagai. Melayu je i minat ye dik!

ni tempat lakonan dalam drama winter sonata tu kan? walaupun tak minat, tengok jugak sikit-sikit. Tapi tak over macam adik-adik nik kat rumah tu. Dengar ayam cakap Korea pun, dah jaja satu kampung.>>:


Satu pengalaman baru kita akan dapat kalau berjalan mengenal tempat orang. Lagi banyak kita berjalan, lagi banyak benda baru yang akan kita pelajari, kan?


1 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard