Catat Sejarah - Fatihah Fazlin

Khamis, 25 September 2014

Catat Sejarah

ASSALAMUALAIKUM.

-rasa macam gambar dan kata-katanya tak masuk dengan entry-

Catat sejarah | Blog biru nik catat sejarah bulan ni. Selama sebulan ni macam-macam kenangan manis yang berlaku sepanjang dua tahun nik melibatkan diri dalam dunia blogging. 

Dulu nik berblog sekadar untuk menulis, sebab nik minat menulis. Tapi sekarang, nik berblog bukan sekadar untuk menulis. Ada yang lebih bermakna dari itu. Apa dia? Nanti nik kongsikan di entry lain. 

Hari ni, sukacita dengan senyum lebar nik nak kongsikan dengan korang semua yang sepanjang bulan SEPTEMBER ni blog nik mencatat sejarah baru apabila berjaya menghasilkan lebih dari 40 entry !! Nik bangga dengan pencapaian ni walaupun ramai blogger lain mampu menulis hingga 100 dan lebih entry sebulan. Nik cuba jadi diri sendir dan buat apa yang nik mampu. 

Dan nik rasa kejayaan ni di sebabkan adanya #cabaran30hari yang di asas kan oleh Kak Sue dan #10daychallenge yang bersumberkan dari blog Sally. Nik cuba konsisten update entry setiap hari. Alhamdulillah. Selain tu, nik dah berjaya mencapai misi berblog untuk tahun ni. Mengumpul 1000 follower. Alhamdulillah tercapai. Dan wishlist baru nik, nak naikkan views blog. Insyaallah.  

Dan satu penghargaan buat korang yang sentiasa memberi komen kat blog ni. Nik ucapkan terima kasih daun keladi. Kalau sudi komen lagi ^_^

 

1 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard