10 Day Challenge| Day 5: 5 Foods - Fatihah Fazlin

Sabtu, 6 September 2014

10 Day Challenge| Day 5: 5 Foods

Hi korang...Assalamualaikum.
Selamat petang. Salam Jumaat :)

Nak bercerita pasal makanan pulak hari kelima 10 DAY CHALLENGE ni.. Of course la makanan kegemaran yang menjadi topik kan. Makanan kegemaran? Humm.. nik sememangnya seorang penggemar makanan yawww..  kalau makan ramai-ramai, and ada yang tak habis, nik boleh tolong habiskan. So, korang kalau risau makanan tak habis masa makan kat mana-mana, dont worry! Ajak nik. I can HABISKAN... hahaha.

My FAVOURITE food adalah....
1- TOMYAM..tak kira tomyam apa, nik suka. And ada satu kedai kat lebuhraya Machang ke Jerteh menyediakan tomyam yang memang kena dengan selera nik. peghhh.. kalau bercerita pasal tomyam mesti ingat kat kedai tu. Sedap melampau. Kecur ayaq liuq! !

2- KUIH WAJIK..Kuih ni baru je masuk dalam senarai list kegemaran.. hehee.. kat tempat keje ni kalau nik syift pagi memang pegi beli sokmo lah! hehee

3- CHOCOLATE INDULGENCE CAKE.. hehe.. kek ni sape tak suka tak tahu nak kata apelah! sedapppp.. Tapi kalau selalu makan atau makan dalam kuantiti yang banyak muak jugak. :P

4- NASI AYAM PENYET.. Semenjak dua menjak ni, nasi ayam penyet dah jadi fav nik. ni pun tengah rasa nak makan ni.. adooii..

5- LAKSA PENANG.. PERHHHHHHH.. laksa penang memang fav sejak kecik lagi tahu! nak-nak pulak kuah dia yang sedap kebabom tu, memang nik boleh balun 2 pinggan tanpa sedar korang!


Tapi, tulahkan kalau makan tak ingat dunia tak elok jugak. Kena jaga pemakanan kita.Tahu-tahu jelah, sekarang ni macam-macam penyakit ada. Makan pun kena beringat! :) 

BACA SINI JUGAK KORANG EH :)
DAY 5
DAY 4
DAY 3 
DAY 2
DAY 1


4 ulasan:

  1. Semenjak dua menjak ni sy teringin nak makan laksa penang......mana nak cari??? huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laksa penang kena g penang la.. banyak kot kat sana.. hahahaha

      Padam
  2. wow kalau melihat tomyam pasti enak sekali rasanya ya sedap..... terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard