Salam Benua - Fatihah Fazlin

Selasa, 23 September 2014

Salam Benua

ASSALAMUALAIKUM




Semalam semasa membaca artikel pasal Gaza, tiba-tiba nik rasa sedih. Ye. Memang perang dah berhenti setakat ni dan pejuang hammas dah menang, tapi kita tak boleh nak senang hati, sebab zionis tidak akan sewenang-wenangnya berhenti berlaku kejam dengan rakyat Palestin.  Tapi kita umat Islam, apa yang termampu kita buat, terus menerus doakan semua ni berakhir. Sudah sekian lama rakyat Palestin menderita di bumi mereka sendiri.

“Selepas lapan hari, Tuhan menjauhkan tangan mereka daripada penduduk Gaza“Semua matlamat Israel menemui kegagalan,” Ketua Hamas, Khaled Meshaal 
Kat sini suka nik nak kongsikan dengan korang satu sajak dari penyajak yang nik gemar, iaitu Usman Awang.

Salam Benua

Mereka memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tembok nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain

telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas

saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandannya
anak-anak kecil menyandang senapang
saudara menghitamkan langit menyelubungi
saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin

Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpal awan
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini

Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua.

1970

 Usman Awang

4 ulasan:

  1. Singgah dan follow 1019 dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2014/09/giveaway-2014-mialianacom.html ;)

    BalasPadam
  2. lama tak dengar sajak usman awang ni.

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard