10 Days Challenge :Day 2| 2 Film - Fatihah Fazlin

Selasa, 2 September 2014

10 Days Challenge :Day 2| 2 Film

ASSALAMUALAIKUM..

Hi korang! -__-

Hi september too..
Cuba sedaya upaya cari ruang update blog dari kesibukkan bermain games Hay Day dan Clash Of Clans sehari dua ni. FYI, nik dah macam acidict dengan COC ni. huhuhu..baru main tiga hari. Kepada sifu-sifu COC,sila tunjuk ajar! hahaha..

Lari tajuk. Takpelah kan, mukadimah untuk september. 10 Days Challenge Day 2 kembali lagi ye korang.. Kalau nak baca kisah day 1 kisah pelamin kahwin, korang boleh tekan ayat yang korang baca ni..

2 Film???
Filem la kan? Tapi nik nak share satu filem dan satu drama. bolehkan? Sebab drama ni drama yang paling taching the verry taching la masa nik tengok about 4 or 5 years ago. Alamak! terlampau lama la pulak kan. hehehe.. Tak kisahlah, sebab kerana cerita tu nik jadi sebak sedu sedan sampai terpaksa control depan adik-adik masa nonton sesama kat rumah dulu..huhuhu..

Tajuk cerita/drama ni CINTA SI REMPIT. Lakonan Liyana Jasmay dan Arwah Faizal Yusof. Kalau ada yang tengok cerita tu, mesti macam nik jugak kan. terhenjut-henjut bahu tahan ayaq mata! hahaha.Cerita ni best sangat tau. Mengisahkan Si Liyana Jasmay(Lj) ni anak kepada pembantu rumah family Faizal yusof(FY). FY ni dalam cerita tu, seorang mat rempit, nakal dan sewaktu dengannyalah.. Si Lj ni pulak dia menulis novel. Kerana satu kejadian(nik lupa apa) dorang jatuh cinta. hehehe. Lepas tu si Lj ni disahkan mengidap leukimia.. tahap 4 rasanya. So, dorang pun kahwin la sebelum si LJ meninggal. Dalam pada tu banyak la cerita dan babak sedih yang buat nik menangis.. hahaha.. Orang cakap cerita ni  macam cerita A Walk to Remember by Nicholas Sparks. Nik pun tak pasti sebab tak pernah tengok pun cerita tu..


Kalau filem pulak, baru baru ni nik ada tengok cerita maleficent. Nik bagi 5 bintang untuk cerita ni sebab best dan tak bosan. Tambah pulak jalan cerita yang menarik. Kalau korang nak baca review  boleh ke SINI. nik ada tulis pasal filem ni.huhuhu

So, setakat tu je kot untuk 10 Days Challengs:Day 2 nik..hehehe..esok insyaallah kita update untuk Day 3 pulak! 

till then,
good night!

3 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard