Cabaran 30 Hari | Hari 18 ; Siri TV Kegemaran Nik - Fatihah Fazlin

Khamis, 18 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 18 ; Siri TV Kegemaran Nik

ASSALAMUALAIKUM

Siri Tv kegemaran Nik : Sejak 2007 lagi, hidup nik bukan semata-mata di rumah sebab nik tawarkan diri pada mak nak duduk asrama memandangkan jarak dari rumah dan ke sekolah lebih kurang 10KM jauhnya.  Payah juga nak menghantar kalau nik ada kelas tambahan atau aktiviti ko kurikulum. 

Disebabkan sejak sekian lama tinggal di asrama, semakin lama, semakin nik tak minat menonton televisyen walaupun ceritanya 'meletup' kalah mercun bola!. Dari segi itu, memang nik ketinggalan. Tapi nik tak kisah pun, nik boleh hidup kalau tak ada tv. Even tempat nik stay sekarang pun tiada tv. Berbulan dah tak tengok siaran tv. Hidup nik tetap happy. Tetap bermakna. Gituuu..

Tapi nik ada satu siri kegemaran yang nik suka tonton. Tapi memang bukan selalu nik menonton la. Sekadar pada waktu yang memang takde apa nak buat. Hehhehe

kredit gambar pada uncle google ^_^
Detective Conan !!!
Hahaha.. nik rasa cerita ni jelah yang nik betul-betul minat dari dulu sampai sekarang. Malah kalau boleh memang nik nak tengok hari-hari. Ulang siri yang sama pun nik tak kisah. Ada yang kata Detective Conan ni cerita budak- budak, tapi nik rasa sebaliknya. Lagipun, cerita berunsur penyiasatan begini memang nik akan tengok walau berbentuk kartun. Seriously, kalau jenis kartun lain, nik tak tengok. Tak minat kartun.a Dan Detective Conan lebih menyeronokan daripada Running Man. ! Hahaha. Bagi nik la. Lain orang lain citarasa.
Pemint RM jangan marah.. 


Kalau drama pulak, dulu ada la layan Telenovela. Hahahaha. Pukul 3 terpacak depan tv! Gara-gara nak tengok Rosalinda, Ruby, Lalola dan cerita-cerita lain yang seangkatan dengannya. Gara-gara nak tengok cerita ni, selalu berebut dengan adik lelaki. Gaduh sampai kejar mengejar keliling kampung. Tapi start tahun 2013 nik dah tak tengok dah. Selalu kena marah dengan mak kalau tengoj cerita seksi meksi macam ni. Dia kata 'kurus puasa' ! Hehe. 

Sekian! 
Salam sayang korang.




5 ulasan:

  1. saya pun suka telenovela. rosalinda, mis tres hermanas, la usurpadora, secreto de amor, mi gorda bella, yo soy betty la fea, la mujer en el espejo dll. hahaha. dulu kan trend cerita2 telenovela ni.

    BalasPadam
  2. Conan tu kakak dan anak2 selalu tengok juga

    BalasPadam
  3. saya pun suka detective conan ni...membuka minda menyelesaikan masalah...

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard