September 2014 - Fatihah Fazlin

Ahad, 28 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 28 | Andainya...
ASSALAMUALAIKUM.

Andainya...Andainya.. Kalaulah... bagi nik sama sahaja maksudnya. Merujuk pada sesuatu yang kita rasakan. Apalah ye nik nak cerita pasal " andainya" ni? Kalau novel Andai Itu Takdirnya, boleh jugak nik rungkai sikit-sikit. Heee.



1- Andainya nik berkesempatan, nik nak hadiahkan sesuatu yang bermakna untuk mak abah yang selama ni dah besarkan nik tanpa pernah minta apa-apa balasan.

2- Andainya nik boleh putarkan waktu, nik nak kembali ke zaman dulu dulu. Zaman yang penuh dengan kegembiraan tanpa henti. Zaman kanak-kanak. 

3- Andainya di panjangkan umur, nik mahukan sebuah kehidupan simple dan penuh sederhana dengan keluarga tersayang. 

4- Andainya nik punya kuasa , nik nak ubah segala yang tak betul kat dunia ni. Nik nak damaikan dunia. Laungan dan slogan 'ZERO KEGANASAN' nik pegang. 

5- Andainya nik dapat terbang ke bumi Kelantan hari ni. Mesti best ! Sebab nik mula rindu dengan harum bau tanah Cik Siti Wan Kembang. 

Kalaulah 'Andainya' nik nik boleh menjadi reality, ia akan jadi satu kenangan indah buat nik. Tapi siapalah kita. Cuma makhluk kerdil yang meniti hidup sematar menunggu masa untuk pulang. Qada dan Qadar yang Allah dah tentukan untuk kita mungkin yang terbaik. RancanganNya adalah rancangan terbaik. Dan kita cuma mampu merancang, Dia penentu segalanya. 

DAY17 CABARAN 30 HARI #5 PERKARA YANG NIK RINDU 
DAY18 CABARAN 30 HARI #SIRI TV YANG NIK KEGEMARAN NIK
DAY19 CABARAN 30 HARI #RESEPI KEGEMARAN NIK 
DAY20 CABARAN 30 HARI #QUOTES KEGEMARAN NIK
# DAY21 CABARAN 30 HARI #TEMPAT YANG TAK PERNAH & TERINGIN NAK PERGI
DAY22 CABARAN 30 HARI #DESTINASI PERCUTIAN NIK
# DAY23 CABARAN 30 HARI #KERJAYA LAIN YANG NIK IMPIKAN  
DAY24 CABARAN 30 HARI #RUMAH IMPIAN NIK
DAY25 CABARAN 30 HARI #BERITA TERKINI
# DAY26 CABARAN 30 HARI #GAJET KESAYANGAN NIK
DAY27 CABARAN 30 HARI #MOOD HARI INI



Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Hari Ni
ASSALAMUALAIKUM.


selfie seorang gadi bunga.

Mood Hari Ni | Mood nik hari ni tak tahu nak cakap macam mana. Berubah-rubah. Macam lalang pulak. Tak tahulah kenapa, mungkin orang perempuan macam ni kot, mudah bertukar mood. Kejap menangis, kejap ketawa, kejap merajuk, kejap marah-marah. Donno why.. In one day, banyak rasa yang nik boleh rasa. Korang macam nik tak atau adakah nik je yang macam ni. 

Kadang tu, tanpa sebab nik menangis. Teremo suddenly. A minutes after, i can smiel and laugh. See. nik pun pelik dengan diri sendiri. Dan benda kecil je someime nik boleh fikir macam benda tu melibatkan masalah negara. And at the end, nik merana sendirian sebab migrin! Panadol jadi mangsa. Bila bagitahu mak:

me: mok, ore sakit palo.
mak: bakpo pulok? Duk mikir gapo?
me: ubat gigi nak abis. Kedai india bawoh tu tutup. SevenE mahal.
mak: gitu pun jadinyo pikir. Beli johla. Buke sapa spuluh ya pon.

See. i can be moody and sakit kepala yang teramat sangat sebab ubat gigi. Ya Allah. Me myself wondering whats wrong with me. Tapi buat derkk jelah. tidur kejap, then bila bangun, boleh pulak ketawa. :P eh! Tercerita panjang pula. Padahal nak bagitahu mood hari ni je pun. Okey secara keseluruhan, mood nik okey okey je. Happy. Thank to Allah for this feeling.

Sabtu, 27 September 2014

Asam Pedas Goreng
ASSALAMUALAIKUM.


Asam Pedas Goreng | Sebelum terjadi apa-apa nik mohon maaf terlebih dulu ye pada chef chef dunia kerana merosakan asam pedas. Nik tak pandai sangat bab masak memasak ni. Tapi semenjak dua menjak ni keiginan untuk memasak membuak-buak. Hari ni pula tekak teringin nak makan asam pedas. 

Nik takde ikan. Ayam dan sosej je yang ada. Barang-barang lain pun takde kecuali sepeket asam pedas segara. Help me ! 

Sooo...Nik decide untuk masak. Tak kisahlah tak sedap pun asalkan kenyang. tarararara.. jadi asam pedas nak kata goreng pun tak.. tak kata berkuah pun tak. Tapi Asam Pedas ni sedap jugak.*adakah ambe masuk bakul angkat sendiri?* Not badlah for the biginner Kena dengan tekak. So korang terimalah kreativiti masakan asam pedas nik ni. :P  

Resipi asam pedas ni ciptaan sendiri. Tak menjadi pun asam pedasnya, tapi dah kerana nik guna perasa asam pedas, jadi nik letak nama asam pedas goreng ayam dan sosej kerana lapar! Kurrlasss gituu.. Ada yang nak mintak resepi? Ohomm.. ohommm... p mintak dengan Pak Cik Mat gebu ye. Hahahha.. kalau minta dengan nik, anda salah orang!

P/s: Doakan diri ini pandai masak ye kawan kawan sekalian. 

Jumaat, 26 September 2014

Cabaran 30 Hari| Hari 26 : Gajet Kesayangan Nik.
ASSALAMUALAIKUM.



Gajet Kesayangan | Dalam dunia moden ni, agak mustahil kalau seorang remaja tak mempunyai sebarang gajet kan? Paling takde pun handphone. Kalau nak ikutkan gajet ni bukanlah keperluan yang wajib, tapi mungkin dah jadi trend, setiap sorang mesti ada gajet, khasnya smartphone. Perhhh... 

Nik dulu guna NOKIA je. Tu pon dah bangga gila siap bawak pergi sekolah. Time sportchek mulalah gelabah tak tahu nak letak mana! Adakah korang sama dengan nik?  Kalau sama sila recall balik memori tu. Ahaksss..

Okey.. back to story. Gajet kesayangan nik tentunya telefon kesayangan. Jenama Samsung jenis Galaxy Mega GT-19205. Tapi sekarang dah tinggal kenangan. Sayanga seribu kali sayang. Tapi nik move on. Biarlah Samsung Galaxy Mega tu pergi meninggalkan nik. Nik redha dalam pasrah. Hehehe... coz i already have a new baby. ..😗😗😗 Thanks for the gift my dear friend ..



Khamis, 25 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 25: Berita Terkini Hari ini.

ASSALAMUALAIKUM.

Berita Terkini Hari Ini | Berita terkini yang ni baca hari ini ialah Pasal kenaikan gaji yang telah kecoh dan tersebar luas di media sosial seperti Whatsapp, Facebook  dan sebagainya. Nik dari petang kelmarin lagi dah terima whatsapp pasal ni, tapi kalau dalam whatsaap ni nik payah sikit nak percaya bulat-bulat. Budaya copy dan hantar tanpa selidik ni kan memang famous di kalangan penggunanya. So, nik abaikan je.



Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik Vs GST 2015?

Cuepacs sebagai gabungan yang cukup prihatin dengan masalah yang bakal menimpa kakitangan awam di Malaysia tampil dengan cadangan terbaru kepada kerajaan Malaysia supaya diumumkan kenaikan gaji kakitangan awam 2014 sebanyak 30% dengan harapan ia sedikit sebanyak membantu kalangan kakitangan kerajaan bersedia untuk menghadapi sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dijangka dilaksanakan pada 1 Mei 2015. Setuju?-beritasemasa-

Untuk pengetahuan korang jugak, berita ni adalah tidak benar sama sekali.. hehehehe. jangan mudah percaya ye. Angan-angan je tu sebenarnya. Kalau korang nak baca berita penuh boleh pergi ke berita semasa .

Catat Sejarah
ASSALAMUALAIKUM.

-rasa macam gambar dan kata-katanya tak masuk dengan entry-

Catat sejarah | Blog biru nik catat sejarah bulan ni. Selama sebulan ni macam-macam kenangan manis yang berlaku sepanjang dua tahun nik melibatkan diri dalam dunia blogging. 

Dulu nik berblog sekadar untuk menulis, sebab nik minat menulis. Tapi sekarang, nik berblog bukan sekadar untuk menulis. Ada yang lebih bermakna dari itu. Apa dia? Nanti nik kongsikan di entry lain. 

Hari ni, sukacita dengan senyum lebar nik nak kongsikan dengan korang semua yang sepanjang bulan SEPTEMBER ni blog nik mencatat sejarah baru apabila berjaya menghasilkan lebih dari 40 entry !! Nik bangga dengan pencapaian ni walaupun ramai blogger lain mampu menulis hingga 100 dan lebih entry sebulan. Nik cuba jadi diri sendir dan buat apa yang nik mampu. 

Dan nik rasa kejayaan ni di sebabkan adanya #cabaran30hari yang di asas kan oleh Kak Sue dan #10daychallenge yang bersumberkan dari blog Sally. Nik cuba konsisten update entry setiap hari. Alhamdulillah. Selain tu, nik dah berjaya mencapai misi berblog untuk tahun ni. Mengumpul 1000 follower. Alhamdulillah tercapai. Dan wishlist baru nik, nak naikkan views blog. Insyaallah.  

Dan satu penghargaan buat korang yang sentiasa memberi komen kat blog ni. Nik ucapkan terima kasih daun keladi. Kalau sudi komen lagi ^_^

 

Rabu, 24 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
ASSALAMUALAIKUM




Rumah Impian Nik | Masa budak-budak dulu, selalu berangan nak ada rumah sendiri. Pulak tu tak nak rumah yang biasa-buasa ni, nak banglo tiga empat tingkat macam rumah Dato' Yusof Haslam dalam cerita sembilu tu.. hahaha. Lagaknya impian nik ni kalah Tan Sri Puan Sri korang. Hahaha.

Nak ada gelanggang tenis dalam kawasan rumah, nak ada swimming pool sebesar laut cina selatan, nak ada taman bunga kalah pesta floria kat Putrajaya, nak ada bibik untuk setiap tingkat rumah, nak ada bodyguard berkawal empat penjuru. .. hoiii sangat kan??? 

Korang yang baca mesti hangin satu kepala. Sabar ye... ^_^

Dan masa pun berlalu. Nik pun dah meningkat dewasa. Dah pandai dah ukur baju di badan sendiri. Dah pandai dah ukur saiz rumah ikut gaji bulanan yang diterima. Ahaks.!  So now, nik decide nak rumah impian yang the verry simple, tak payah besar macam rumah Dato' Siti Nurhaliza, tak payah macam rumah Mawi. Just rumah macam kat bawah ni je pun okey dah.erkkk..

Rumah idaman yang nik imaginkan, cukuplah seleasa dan berkonsepkan modern English.. gitewww.. Pastel colour.. Dinning table kaca yang modern. Pokoknya yang simple simpel je bukk. Ada mini garden. Tanam pokok tulip! I love tulip forever. Tapiii.. hidup ke tulip kat Malaysia? ? Okey second choice, kalau tulip hidup segan mati tak mahu, nik tanam orkid.. 


Ada lagiii.. rumah impian tu jugak nanti kat luarnya kena ada buaian. Ala buaian yang boleh naik empat orang secara berdepan tuuu.. boleh bayang kan? Boleh buat sendiri tu... tak yah beli, mahal. Ini cuma impian  je tau korang. Impian yang nik cuba usahakan.. jangan pulak nanti ada yang datang rumah nik, eh takde pun pokok tulip! Eh takde pun buaian 4 orang duduk! Korang jangannnnn.. 

KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
ASSALAMUALAIKUM


KakiPing.com: Laman Aggregator Blogger Malaysia | Nik nak nak share dengan korang semua laman agregator terbaru di Malaysia, khas untuk blogger ping url blog ataupun blog post. KakiPing.com ni amat sesuai untuk blogger jika mahukan trafik yang lebih tinggi secara berkualiti.

Nik nak bagi tutorial untuk korang daftar di KakiPing.com ni, tapi masa daftar semalam lupa nak screenshot. Jadi kalau korang rasa nak naikkan trafik blog korang bolehlah daftar di kakiping.com. Dan tutorial penuh untuk mendaftar korang boleh tengok di SINI.

Yang menariknya di KakiPing ni korang boleh ping artikel sebanyak mana yang korang suka, tiada had ! Selain itu, pendataran laman agregator ini adalah percuma. Korang juga boleh dapatkan widget jika sudah mendaftar di kakiPing. Widget kongsi trafik ini membolehkan korang berkongsi trafik dan jika artikel blog korang menjadi pilihan, KakiPing.com akan meletakkan list blog korang di laman web mereka. Blog yang menulis review tentang KakiPing.com juga  akan mendapat percuma dari KakiPing. Menarik kan? 

Jadi korang, tunggu apa lagi, jom daftar sekarang!



Selasa, 23 September 2014

 Salam Benua
ASSALAMUALAIKUM




Semalam semasa membaca artikel pasal Gaza, tiba-tiba nik rasa sedih. Ye. Memang perang dah berhenti setakat ni dan pejuang hammas dah menang, tapi kita tak boleh nak senang hati, sebab zionis tidak akan sewenang-wenangnya berhenti berlaku kejam dengan rakyat Palestin.  Tapi kita umat Islam, apa yang termampu kita buat, terus menerus doakan semua ni berakhir. Sudah sekian lama rakyat Palestin menderita di bumi mereka sendiri.

“Selepas lapan hari, Tuhan menjauhkan tangan mereka daripada penduduk Gaza“Semua matlamat Israel menemui kegagalan,” Ketua Hamas, Khaled Meshaal 
Kat sini suka nik nak kongsikan dengan korang satu sajak dari penyajak yang nik gemar, iaitu Usman Awang.

Salam Benua

Mereka memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tembok nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain

telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas

saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandannya
anak-anak kecil menyandang senapang
saudara menghitamkan langit menyelubungi
saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin

Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpal awan
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini

Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua.

1970

 Usman Awang
Cabaran 30 Hari | Hari 23: Kerjaya Lain Yang Nik Impikan
ASSALAMUALAIKUM.


Kerjaya Lain Yang Nik Impikan | Semua orang ada keriaja impian masing-masing. Alhamdulillah nik sekarang sudah bekerja dan berjawatan tetap. Walaupun gaji tidaklah tinggi, tapi cukup untuk hidup bersederhana. Sambil-sambil tu, ada jugalah mencuba nasib dengan buat side income. Alhamdulillah, adalah rezeki walau tak banyak. 

Ramai antara kita nakkan kehidupan yang selesa dan mewah kan? Mesti semuanya mahukan kesenangan dalam hidup. Tapi bukan mudah nak dapat sesuatu kerja yang kita impikan. Nak jadi doktor? Nak jadi peguam? Nak jadi pensyarah? bukan senang. Kena mulakan semua ni di alam persekolahan lagi. 

Sebelum ni, macam-macam kerja yang nik impikan. Tapi tak pernah terdetik kat hati ni nak jadi doktor, tak tahu kenapa. Kerjaya impian nik sejak dari dulu sampai sekarang cuma nak jadi ahli politik ataupun peguam, yang berjaya, yang mampu membawa kebaikkan kepada masyarakat dan negara. Tapi sayang, tak kesampaian. Belajar sekerat jalan inilah jadinya.! hahaha. 

Tapi nik tak kisah sedikitpun, sebab nik rasa impian nik masih lagi boleh dikejar, i'm just 21 now! hahahaha. sempat lagi nak sambung belajar kalau rajin. And memang i've struggle for it!  Mesti korang tertanya-tanya kenapa nak jadi ahli politik? bukankah ahli politik ni lebih sesuai untuk lelaki kerana ia lebih mencabar? Bagi nik, kalau sesuatu kerja tu lebih mencabar, lagilah nik suka. 

Nik suka bercakap. But please noted, nik suka bercakap perkara yang boleh membawa perubahan dalam sesuatu. Bukan hanya sekadar cakap kosong tanpa bawa apa-apa makna. Nik sukakan kebenaran. Sejak dari dulu bercita-cita nak jadi peguam sebab nak bongkar kebenaran. Huhu. Nik rasa ini semua disebabkan terpengaruh dengan detective conan !


Bagi nik, siapa pun kita, apa pun kerjaya kita. Kita kena sentiasa pandang ke bawah. Tak lupa juga nik nak ucapkan tahniah pada rakyat selangor serta menteri besar baru mereka, Azmin Ali. Semoga dengan pimpinan yang baru ni akan mencorakkan Selangor ke arah kemajuan yang di senangi oleh semua orang, dan yang paling penting ALLAH. 




Isnin, 22 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
ASSALAMUALAIKUM..

kredit gambar pada www.hoteldomestik.com

Destinasi Percutian Impian Nik | Demi kelansungan hidup, cabaran 30 hari #kelabbloggerbenashaari diteruskan dengan gigih tanpa mengenal erti putus asa.*ambek korang ayat karangan budak dapat A+ masa SPM* abaikan penyataan di atas. Ambil peduli penyataan di bawah.

Dalam bulan ni saja, nak banyak kali nik publish entry pasal tempat menarik/tempat percutian ni. Fuhhh. Perginya tidak! Sabar korang. Tengah saving nak kahwin ni. Nanti lepas semua hal kahwin, baru boleh bercuti dengan senang dan lenang! *ni kalau mak baca entry ni, dia suruh berhenti kerja balik tanam lengkuas belakang rumah* 

Ada hati nak kahwin, lengkuas dengan halia pun ambe tak kenal!

Korangggg.. let's back to the main point ya. __ Destinasi percutian impian. Waaa, dengar saje pun macam best je. Kalau tambah lagi destinasi percutian honeymoon impian, meletup! Percutian impian nik takdelah yang klas-klas sangat.. Tak mampu. Lain cerita pulak kalau kena sponsor !


Destinasinya ialah Pulau. Tak kisah pulau mana pun,as long as pulau tu cantik, airnya bersih, pantainya memutih, banyak aktivity, dan ada hotel yang best tapi murah. Kat Malaysia ni pun ada kan? Percutian tu nik nak angkut semua satu family. In case masa tu dah ada suami dan anak-anak, boleh pergi dengan mereka. Bersantai dan habiskan masa bersama.. Bonding time together. Mesti best kan. kan. kan. Berangan tak sudah !

Korang pulak macam mana?


Ahad, 21 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 21: Tempat Yang Teringin dan Tak Pernah Nik Pergi.
ASSALAMAUALAIKUM.

Tempat Yang Teringin Dan Tak Pernah Nik Pergi | Salam Isnin korang.  Kepada yang bekerja, selamat menjalankan tugas masing. (Sebenarnya entry ni di taip malam tadi,tapi terlupa publish pagi tadi. Mohon sejuta kemaafan pada anda dan diri sendiri kerana tidak berdisiplin). #Kelabbloggerbenashaari

Dalam entry yang lepas ada jugak nik bercerita pasal tempat yang teringin nik nak pergi. Tapi malas pulak rasa hati nak menggodek entry tu. Biarlah kan? Meh nik cerita lain ye. Tempat paling palinggggg nik nak pergi dan nik tak pernah pergi pun seumur hidup ni, Mekkah al Muqaramah.

Orang lain especially mak abah nik, dorang tak tahu nik menabung sepuluh sen sehari untuk tujuan ini. Sekarang dah kerja, gandakan 10sen tu jadi RM1 sehari. Korang kiralah. hehehehe. Benda tak mustahil.


Masyallah. tengok gambar hati rasa membuak-muak nak pergi. Moga Allah bukakan pintu rezeki untuk nik. Nak bawak mak abah jugak. ")

Kamsahamida... hehehe. negara yang nik teringin jugak nak pergi, nilah! Korea. Huaaaa. Menangis tengok winter sonata dulu sebab tempat diorang berlakon teramatlah cantik. Dah plan baik punya dengan adik kesayangan nak pergi jugak tempat ni kot-kot mana pun. Dapat pijak tanah Korea je pun, jadilah. Adik nik kempunan nak bercakap korea dengan orang korea. Cakap dengan nik, nik balas "TALK TO MY HAND!" hambekk mung. padan muka. Kaklong kawasan mung ni tak minatlah kpop bagai. Melayu je i minat ye dik!

ni tempat lakonan dalam drama winter sonata tu kan? walaupun tak minat, tengok jugak sikit-sikit. Tapi tak over macam adik-adik nik kat rumah tu. Dengar ayam cakap Korea pun, dah jaja satu kampung.>>:


Satu pengalaman baru kita akan dapat kalau berjalan mengenal tempat orang. Lagi banyak kita berjalan, lagi banyak benda baru yang akan kita pelajari, kan?


Review Blog Mereka.
Asalamualaikum..

Review blog mereka|Bukan mudah nak review blog orang lain. Nik tak pernah buat, dan ini adalah pertama kali. Tapi, review nik bukan untuk mengutuk atau mengomen sesuatu yang buruk. Tujuan review ni untuk perkenalkan blog mereka pada pembaca yang sudi singgah blog nik. Mungkin ada yang dah kenal dengan blog ni, mungkin ada yang belum. 

Sebelum tu suka nik nak maklumkan kat korang yang tiga blog ni adalah mereka yang terpantas join Segmen Pencarian Bloglist September dan Oktober yang nik anjurkan. Sepatutnya Review ni nik buat pada 1 september, tapi dek kekangan masa, nik terpaksa tunda. Untuk itu, nik mohon maaf kepada Fae, Mamapapaamir dan Kenny.


http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com
 







Nik bukan pakar dalam me'review' blog mereka yang lain. Nik tak tahu nak komen apa tentang blog mereka, sebab blog nik sendiri pun nik tahu banyak kelemahan. Jadi rakan-rakan blogger yang lain, kalau korang belum follow mereka bertiga, jom follow sekarang. 


 

Cabaran 30 Hari | Hari 20: Quotes Kegemaran Nik
ASSALAMUALAIKUM.

Quotes Kegemaran Nik | Cabaran hari ke 20 diteruskan lagi dengan tajuk, quotes kegemaran. Sebelum nik berkisah panjang, suka nik nak kongsikan dengan korang cara buat duit dengan blog. Kalau ada yang berminat, boleh ke link INI. Insyaallah bermanfaat. 
 
Okey, kita terus kepada cabaran hari ni. Sebenarnya banyak jugak quotes yang nik suka dan gemar. Hari ni nik kongsikan dua je eh. 

 
Tiada Insan Suci Yang Tidak Mempunyai Masa Silam, Tiada Insan Berdosa Yang Tidak Mempunyai Masa Depan.

I Keep Remind Mysilf That it's Okey Not To Be Perfect all The Time!  

Kalau korang google memang banyak qoutes yang akan korang jumpa. Tapi bagi nik, nik lebih sukakan quotes yang dapat memberikan semangat dan motivasi dalam kehidupan. Quotes pasal cintan-cintun ni terpaksa letak tepilah sebab nik tak berapa suka sangat.



Contest Blog Comel By: Shedaucu

ASSALAMUALAIKUM

(Sape Nak Join Tekan Banner Atas)

Contest Blog Comel By: Sheda Ucu  Di Anjurkan Oleh Sheda Ucu 
 Bermula 15 september  hingga 15 oktober Dengan Penaja Bersama 


Sabtu, 20 September 2014

Giveaway 2014 Mialiana.Com
ASSALAMUALAIKUM


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

FATIHAH FAZLIN@templatesyard