10 Days Challenge | Day 4: 4 Books - Fatihah Fazlin

Jumaat, 5 September 2014

10 Days Challenge | Day 4: 4 Books

ASSALAMUALAIKUM.

Hai korang....Day 4 dah nik hari ni. Gigihkan menaip masa time ada masa ni,.
Nik nak bercerita pasal buku buku kegemaran nik. Acctually banyak jugak buku yang nik suka baca. And for sure buku yang paling mendapat tempat di hati ni adalah novel. hehehe.. Kalau banyak duit kan, hari-hari nik nak beli novel. 1 novel habis dalam amsa satu hari. Fuhh..

Kadang-kadang membaca novel ni boleh menjadi terapi masa tengah sakit hati. Nik akan letakkan diri nik jadi heroin dalam sesuatu novel tu.. dan hehehe.. korang bayangkan sendiri la.. Nik rasa dah lebih 200 novel yang nik baca. Tapi novel yang paling buat nik tak menahan sebak didada adalah ANDAI ITU TAKDIRNYA karya Siti Rosmizah.

  
Novel lain yang terkesan di hati nik ialah novel Sebarkan Cinta-Mu yang ditulis oleh Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin. Buku ni memang terlalu banyak pengajarannya. Terutamanya kita wanita. Para wanita dan gadis di luar sana, nik syorkan korang telaah buku ni sampai habis. Sebabnya buku ni bukan sebarang novel tau. Setiap ayat yang terkandung macam bagi motivasi pada kita(pendapat peribadi nik).



Cinta High Class satu lagi novel Ustazah Fatimah Syarha yang nik suka baca dan banyak kali baca. Tak bosan! Dan yang penting input dalamnya memang tak mengecewkan la.


Yang ke-4, buku-buku karya JERRY D. GRAY. . Tapi dalam tiga gambar di bawah ni, nik hanya ada dua je, Art og Deception dan Rasullah Is My Doctor. Art of deception tu memang buka mata nik pasal penipuan yang dilakuakan oleh Israel dan sekutunya. Tak kurang pasal iluminati dan beliau juga berbicara pasal dunia akhir zaman. Banyak hal-hal dunia yang tersembunyi yang didedahkan  oleh penulis dalam buku ni. Tak rugi baca, tak rugi beli.


Next, nik nak cari buku Deadly Mist, Usaha Amerika merosakan kesihatan dunia. Perhh.. Tak sabar nak baca. 

So korang apa lagi,kalau belum ada buku ni, korang kena dapatkan tau. 

Baca 10 days challenge yang lain : DAY 3  DAY 2   DAY 1 :)  
SEKIAN.
SALAM SAYANG :)




3 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard